Tafsir asas quran nota 9(227)14
Bermaksud: Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu dan dengarlah (akan pengajaran- pengajaranNya) serta ta'atlah (akan perintah-
perintahNya) dan belanjakanla harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang terpelihara daripada kebakhilan dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang
beruntung. (at-Taghaabun:16).
Sesetengah 'ulama' pula berpendapat ia tidak mansukh, ia bahkan satu ayat yang muhkam.
Imam Ibnul 'Arabi berkata, "Di dalam Surah Aali 'Imraan tidak ada satu pun ayat lain selain ayat 102 itu yang layak dida'wa telah mansukh.
Alasan para 'ulama' yang mengatakan ayat 102 Surah Aali 'Imraan itu mansukh ialah kandungan perintah Allah yang tersebut di dalamnya di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia.
Sedangkan di dalam ayat 286 Surah al-Baqarah Allah telah menegaskan bahawa Dia tidak membebankan manusia melainkan sekadar kemampuannya.
Perintah Allah di dalam Surah Aali-lmraan ayat 102 pula menghendaki manusia bertaqwa kepadanya dengan sebenar-benar taqwa. Tentu sekali manusia tidak mampu sentiasa ta'at dan ingat kepada Allah setiap masa. Tidak melakukan ma'shiat langsung di sepanjang hayat juga di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia.
Maka semestinya ada ayat lain yang memansukhkannya. Ia sama ada ayat 16 Surah at-Taghabun atau ayat 286 Surah al-Baqarah yang telah dikemukakan sebelum ini.
Shah Waliyy'ullah pula berpendapat, ayat 102 di dalam Surah Aali Imran itu tidak perlu dikatakan mansukh dengan mana-mana ayat lain. Ia sememangnya tidak mansukh. Ayat 16 Surah at-Taghabun yang dikatakan sebagai nasikhnya itu sebenarnya hanya menjelaskan dan mentafsirkan ma'na taqwa yang berbeza pada kedua-dua ayat tersebut. Di dalam ayat 102 Surah Aali'imraan ia bererti memelihara diri dengan betul-betul daripada kesyirikan dan kekufuran atau dengan kata lain
dalam bab akidah umat Islam hendaklah betul-betul menjaga akidahnya. Di dalam ayat 16 Surah at-Taghabun pula orang-orang yang beriman diperintahkan agar
bertaqwa sekadar termampu, ia bererti beramal saleh sekadar termampu. Manusia dikira bersalah apabila meninggalkan amalan yang mampu dibuatnya, tetapi jika
sesuatu amalan yang diperintahkan itu tidak mampu dikerjakannya, maka tidaklah ia
227
Tiada ulasan:
Catat Ulasan