Khamis, Februari 11, 2021

K152.Bila Anak Seronok Belajar, Dia Akan Membesar Dengan Bijak!

K152.Bila Anak Seronok Belajar, Dia Akan Membesar Dengan Bijak!

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sekiranya mereka membesar dengan sihat, anak-anak akan menjadi lebih aktif, cerdas dan suka belajar. Latihlah anak untuk minat belajar sejak mereka dari kecil.

Jangan paksa, cuma galakkan dengan cara yang istimewa supaya anak-anak lebih teruja untuk melakukannya. Banyak faktor yang boleh menggalakkan anak-anak untuk belajar dengan gembira. Tanpa perlu memaksa, berikut adalah senarai perkara yang boleh anda lakukan untuk galakkan anak belajar:

1.BANTU ANAK BERKOMUNIKASI.
Untuk merangsang minat anak untuk belajar, ibu bapa harus sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Carilah satu topik untuk diajarkan kepada anak pada hari tersebut dan bercerita dengan mereka. Pilihlah kaedah bercerita supaya anak lebih mudah faham.

2.SEDIAKAN KEPERLUAN BELAJAR.

Untuk menarik perhatian anak-anak, sediakan keperluan untuk mereka belajar. Antaranya seperti alat tulis dan bahan bantu belajar yang menyeronokkan. Apabila belajar menggunakan semua peralatan ini, ia akan membuatkan anak-anak teruja dan lebih bersemangat untuk belajar.

3.BELAJAR SAMBIL BERMAIN.

Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk belajar. Sebaik-baiknya carilah teknik pembelajaran yang melibatkan mereka. Sebagai contoh, pilihlah kaedah bermain sambil belajar. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasa tertekan dan dapat belajar dalam keadaan yang lebih tenang dan gembira.

4.MAKANAN YANG BERKHASIAT.

Untuk menarik minat anak-anak belajar, berilah mereka makanan yang tidak menyebabkan rasa mengantuk atau lesu. Berilah anak-anak makanan yang kaya dengan nutrisi supaya mereka lebih bertenaga untuk belajar. Elakkan makanan ringan atau snek sebelum sesi pembelajaran supaya anak-anak tidak mengantuk dan hilang daya fokus ketika belajar.

5.AMALAN MINUM SUSU BANTU PERKEMBANGAN MINDA ANAK

Berikan rumusan susu untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian mereka untuk membantu tumbesaran anak secara keseluruhan.

Apabila mereka membesar dengan sihat, proses belajar akan menjadi lebih seronok dan anak-anak lebih teruja dan dapat berfikir secara kreatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan