Khamis, Februari 11, 2021

K463.“Semakin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Pada Usia Muda”. Dr Hamid Pesan, Paksa Anak Makan Sayur!

K463.“Semakin Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Pada Usia Muda”. Dr Hamid Pesan, Paksa Anak Makan Sayur!

Menurut Pakar Perbinanan yang terkenal, Dr. Hamid Arshat, masalah kerosakkan rahim adalah berpunca dari tabiat pemakanan yang salah sejak dari kecil lagi. Tambahnya lagi, semakin ramai golongan wanita mengalami kerosakkan rahim pada umur yang muda. Jadi sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab menjaga dan mengawal pemakanan anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Bukan hanya wanita sahaja mengalami masalah kesuburan akibat tabiat pemakanan dan gaya hidup yang salah, golongan lelaki juga tidak terlepas. Punca lain adalah disebabkan gagal mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil makanan segera dan lain-lain. Makanan segera tidak mengandungi nutrisi untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan. Kajian menyatakan kekurangan sesetengah nutrisi penting boleh menyebabkan sperma bermasalah. Oleh itu, golongan lelaki perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin seperti zink, vitamin E dan sillanium antara nutrisi yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma.

Dr. Hamid Arshat turut berkongsi beberapa maklumat mengenai penyakit ini dan berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk ibu bapa lain.

SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.

1. Penyakit ketumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40 tahun.
Zaman sekarang dalam umur 20 tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar ketumbuhan tersebut.

2. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.

3.Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.

4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada!

5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayur dan buahan. Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food. Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.

MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.

Dr Hamid Arshat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan