Khamis, Februari 11, 2021

K807.Semalam hari yang sangat mencabar.

K807.Semalam hari yang sangat mencabar. 

Bayangkan Miqdad gumpal-gumpalkan nasi, kemudian baling umpama menghayati jatuhnya salji-salji. Oh yer, Miqdad ketika itu baru berumur 2 tahun 1 bulan. 

"Abang nak pergi mana ?" sapa isteri aku.

Kami sedang makan bersama. Miqdad disebelah kanan aku. Biasalah, budak, makan bersepah bagi aku normal.

 Kalau orang tua makan bersepah macam budak, maknanya ada 'something wrong'

Sampai satu tahap, Miqdad baling nasi. Suatu keseronokkan bagi dia. Masa ni darah aku dah sampai kepala. Memang kalau mengamuk, confirm Miqdad akan aku rotan. Aku terus bangkit dan terus ke dapur

"Nak ambil penyapu, sapu nasi. Menangis tengok nasi sepah macam tu" jawab aku. 

Mana taknya. Sebagai ketua keluarga, tak aku nafikan, memang payah dan susahnya mahu cari sesuap nasi dan beri makan secukupnya kepada anak dan isteri. 

Pasti kita harapkan yang sempurna dari seorang anak kan ? Tapi kita mesti tahu dan sedar bahawa Segala apa yang berlaku adalah menuju jalan penyempurnaan.

Setiap tingkah anak laku, adalah pelengkap kepada sikap, nilai dan tingkahnya di hari kemudian. Ibu ayah yang membentuknya. 

Bayangkan di hari tua kelak, kita sebegitu. Bagaimana anak melayani kita ?

Terfikir aku, jika ketika itu aku marah dan rotan Miqdad. Emosi aku pula tak stabil. Pasti Khaulah akan simpan dalam memori dan di hari tua. Mana tahu, Khaulah akan buat pada aku di hari tua. 

Emosi, tingkah dan perbuatan ibu ayah sebenarnya akan ditiru oleh anak. Sebab itu jangan ambil enteng perangai kita di hadapan anak. 

Sikap dan tingkah laku kita adalah punca pembentukan psikologi anak. Sebab tu bila baca buku Dr. Dr Rozanizam Zakaria ni banyak benda yang mengubah tatacara aku bersama anak. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan