Isnin, Februari 01, 2021

Tafsir asas quran nota 9(232)14

Tafsir asas quran nota 9(232)14

(10) Firman Allah di dalam Surah an-Nisaa':

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 

An-Nisa' 4:16
وَٱلَّذَانِ يَأْتِيَٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَاۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا۟ عَنْهُمَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا 
Bermaksud: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perenpuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan- keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina
itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya atau sampai Allah rnemberi jalan lain kepadanya. (15). Dan (mana-mana) dua orang lelaki di antara kamu yang
melakukan perbuatan keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika rnereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.(16). (an-Nisaa':15-16).

Menurut kebanyakan 'Ulama', 2 ayat di atas telah dimansukhkan dengan ayat 2 Surah an-Nuur berikut:

An-Nur 24:2
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dariorang-orang yang beriman. (an-Nuur:2).

Pada pandangan mereka, hukum untuk penzina wanita dan lelaki asalnya ialah seperti tersebut di dalam dua ayat berkenaan. Kemudian setelah ayat 2 Surah an-Nuur
ditumnkan. Nabi s.a.w bersabda:

خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ


232

Tiada ulasan:

Catat Ulasan