Ahad, Februari 07, 2021

Tafsir asas quran nota 9(237)15

Tafsir asas quran nota 9(237)15

bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (at-Taubah:36).

Kesimpulannya ialah Ibnu `Abbaas, Qataadah, Mujahid dan asy-Sya`bi mengatakan sebahagian daripada ayat 2 Surah al-Maa’idah itu mansukh, iaitu 

َRamai ahli Tafsir memilih pendapat ini. Ibnu Katsir bahkan mengatakan ia adalah pendapat umhur mufassirin. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir j.2 m/s 7). 

Sementara itu Saiyyidatina `Aaishah, Hasan al-Bashri, Abu Maisarah `Amar bin  Syurahbil dan lain-lain pula berpendapat, tidak ada satu pun ayat di dalam Surah al-
Maa’idah dimansukhkan. (Lihat al-Jasshaash – Ahkaam al-Qur’an j.4 m/s 161, az-Zamakhsyari – al-Kassyaaf j.1 m/s 602, Muhammad `Ali as-Shabuni - Tafsir Aayaat al-Ahkaam j.1 m/s 403). Demikian juga pendapat ahli-ahli Tafsir yang tidak menerima adanya nasakh di dalam al-Qur’an. Shah Waliyyullah termasuk salah seorang daripada mereka. Bagi mereka larangan melanggar kehormatan bulan-bulan 
haram itu bererti larangan melakukan ma`shiat dan perkara-perkara haram di bulan-bulan itu. Ma`shiat dan perkara-perkara haram bukan sahaja perlu dijauhi orang-orang yang beriman pada bulan-bulan haram itu, di bulan-bulan lain juga ia perlu dijauhi, cuma di bulan-bulan haram lebih-lebih lagilah dituntut supaya dijauhi. Termasuk juga dalam menghormati bulan-bulan haram itu ialah lebih banyak melakukan kebajikan dan ketaqwaan padanya berbanding bulan-bulan lain. Sama sekali ia tidak bererti 
bebajikan dan ketaqwaan hanya perlu dibuat pada bulan-bulan haram sahaja.

Shah Waliyyullah memahami firman Allah: وََلَٱ الشَّهْرَ ٱلحَرَام
yang  melarang melanggar  kehormatan bulan haram itu dengan erti peperangan yang haram seperti berperang sesama Islam, memerangi kafir mu`aahid dan kafir dzimmi tanpa kebenaran dan lain-lain di bulan-bulan haram lebih keji dan lebih jelik daripada di bulan-bulan lain. Itulah yang dituntut Allah supaya dijauhi sangat-sangat oleh orang-orang yang beriman. Ia tidak bererti dahulu mereka dilarang berperang pada bulan-bulan haram, mereka memang haram berperang pada bulan-bulan itu, tetapi sekarang pula mereka dibenarkan berperang padanya.Keadaannya sama seperti sabda Nabi s.a.w. pada haji wadaa` bahawa:
 إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا



237

Tiada ulasan:

Catat Ulasan