Tasyrik dan Tanzil
Hukum ada dua;
A. Hukum Tasyrik.
B. Hukum tanzil.
Hukum Tasyrik ni adalah sesuatu hukum yang berasal dari pendalilan dari nas, sama ada Al-Quran dan hadis.
Contohnya, membaca Fatihah dalam solat tidak boleh dalam bahasa lain. Mesti dalam bahasa arab.
Hukum tanzil pula adalah sesuatu hukum yang berkaitan dengan perlaksanaan. Ia mengambil kira faktor
A. maalat (implikasi)
B. manat (punca hukum),
C. Maslahah dan mafsadah.
Contohnya, masyarakat Farsi di era Imam Abu Hanifah yang ramai mereka mula memeluk Islam dan tak mampu menyebut dalam sebutan arab.
Abu Hanifah memfatwakan bahawa keizinan mereka yang baru memeluk Islam menunaikan solat dengan membaca Fatihah dalam bahasa farsi dengan syarat-syarat yang ketat, antaranya perlu belajar menyebut dalam sebutan arab yang apabila dah boleh, maka tak boleh dah solat baca dalam bahasa Farsi.
PERJARAKAN SOF
Demikianlah juga, solat perjarakkan sof solat.
Hukum Tasyrik, memang kena rapatkan saf.
Hukum tanzil, tengok konteks sekarang yang ada kaitan dengan Covid 19 serta nasihat pakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan