Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(294)18

Tafsir asas quran nota 9(294)18

beberapa tempat lagi di dalam al-Qur'an. Supaya dapat difahami dengan betul uslub itu dibawah ini dikemukakan dua lagi contohnya. Allah berfirman:

Al-An'am 6:116
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ 
Bermaksud: Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (al-An'aam:116).

Syarat yang disebut di dalam ayat 116 Surah al-An'aam itu ialah 'Jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi". Oleh kerana ia tidak berlaku, maka tidak berlakulah juga jawabnya, iaitu "niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah".

Az-Zumar 39:65
وَلَقَدْ أُوحِىَ إِلَيْكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu, "Demi sesungguhnya! jika engkau
mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah), niscaya akan terhapuslah amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi. (az-Zumar:65).

Syarat yang disebutkan di dalam ayat ini ialah 'Jika engkau mempersekutukan (Allah)". Ia tidak berlaku, maka tidak berlakulah juga jawabnya, iaitu "niscaya akan
terhapuslah amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi". Begitulah juga dengan ayat 106 Surah al-Baqarah yang sedang kita bincangkan
sekarang. Oleh kerana tidak ada berlaku nasakh yang merupakan syarat di dalamnya, maka tidak adalah juga jawabnya, iaitu keperluan mendatangkan ayat lain yang lebih baik daripadanya atau yang setara dengannya. Uslub itu seolah-olahnya menyatakan maksud Allah yang sebenarnya, bahawa tiada pemansukhan, penukaran atau tindakan melupakan (nabi atau umat terhadap) mana-mana ayat al-Qur'an berlaku. Oleh itu tidak adalah keperluan Kami mendatangkan ayat lain yang lebih baik daripadanya
atau yang setara dengannya. Kerana sememangnya tidak ada yang lebih baik daripada al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah kepada NabiNya Muhammad s.a.w.


294

Tiada ulasan:

Catat Ulasan