Daurah tafsir 2019 sesi 22(57)nota 16(347)
Zaman Diturunkan
Surah al-Hadid diturunkan sebelum peristiwa perdamaian di Hudaibiyah sekitar tahun ke-5 dan ke-6 Hijrah, ketika itu kesediaan orang-orang Islam untuk mengorbankan nyawa dan juga harta dalam jihad mereka terhadap orang-orang kafir sangat-sangat diperlukan. Di dalam surah ini mereka diminta supaya selain berjihad بِالحَديد iaitu بِالسِّيف (berjihad menggunakan senjata) mereka juga diminta supaya berjihad بِالمل (dengan harta benda) iaitu infaq. Dari segi tartib kitabi, Surah al-Hadid mula-mula sekali disebut,
kemudian Surah al-Mujadilah kemudian Surah al-Hasyr dan akhir sekali Surah al-Mumtahanah. Tetapi jika dilihat dari sudut tartib nuzuli, maka Surah al-Hasyr adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan, ia diturunkan pada tahun ke-4 Hijrah. Selepas itu Surah al-Hadid, ia diturunkan di
permulaan tahun ke-5, selepas itu Surah al-Mujadilah, ia juga diturunkan di akhir tahun ke-5 Hijrah, kemudian akhir sekali Surah al-Mumtahanah, ia diturunkan di permulaan tahun ke-8 Hijrah.
Perkaitan Surah Al-Hadid Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Waqi'ah telah disebutkan pahala dan ganjaran yang diperolehi golongan السَّابقون dan golongan أصحابُ اليمين. Di dalam Surah al-Hadid ini pula disebutkan sifat-sifat mereka, merekaadalah orang-orang yang yakin sepenuhnya terhadap sifat-sifat Allah, selain berbelanja dengan banyak di jalan Allah mereka juga berjihad menentang musuh-musuh yang menceroboh dari luar, selain itu mereka juga menegakkan keadilan dalam masyarakat.
2. Di dalam Surah al-Mujadilah akan datang, terdapat pula arahan memerangi musuh-musuh Islam dari
dalam iaitu golongan munafiq, sifat-sifat mereka disebutkan.
Perkaitan Tema-Tema Di Dalam Surah Al-Hadid
Di dalam Surah al-Hadid mula-mula sekali disebutkan tentang sifat-sifat Allah dan keimanan kepadanya, selepas itu orang-orang Islam dituntut supaya membelanjakan harta benda di jalan Allah. Selepas itu mereka dituntut supaya berjihad dan berperang dan akhir sekali mereka diseru supaya menegakkan keadilan dalam masyarakat yang merupakan salah satu matlamat utama sekalian Rasul
diutuskan. Tanpa adanya aqidah tauhid dan pengetahuan tentang asma' dan sifat Allah, jihad adalah suatu yang
mustahil. Sebelum berjihad dengan jiwa raga, jihad dengan harta benda dengan membelanjakannya di jalan Allah adalah suatu yang mesti. Tanpa berjihad, negara Islam tidak mungkin ditegakkan dan tanpa adanya kerajaan Islam, sistem yang adil tidak dapat ditegakkan. Firman Allah لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلْقِسْطِۖ(ayat 25); tidak akan terlaksana.
Al-Hadid 57:25
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلْقِسْطِۖ وَأَنزَلْنَا ٱلْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلْغَيْبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ
Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan, hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat, Mahaperkasa.
Beberapa Halangan Yang Tersebut Di Dalam Surah Al-Hadid
347
Tiada ulasan:
Catat Ulasan