.
Anak sulung beli handphone guna duit raya tanpa pengetahuan saya. Tahun 2008 dia berusia 15 tahun. Ini ujian pertama saya.
.
Selepas aktiviti main bola, dia sudah mula melengah-lengahkan waktu mandi dan bersiap utk maghrib. Saya tegur secara lembut...tak jalan. 2 minggu saya pantau dan nasihat. Akhirnya satu maghrib saya suruh dia berhenti mengulit handphone dan segerakan solat. 3 kali jawapannya..."jap Umi". Selesai saya solat, dia masih tak berganjak dengan handphone di tangan.
.
Sedang dia asyik dan hingga tidak perasan saya sudah berada disisi dia. Saya rampas dan ...."tangggg" … saya baling ke dinding batu bilik dia sekuat hati.
.
Berkecai Dr. Serpihannya bertaburan atas lantai. Dia memang terkejut beruk dan terpana dengan tindakan saya. Selama ni Umi dah banyak guna kaedah diplomasi, tak jalan rupanya.
.
"Kalau kerana handphone ni engkau nak joint jadi syaitan sampai lupa nak solat. Biar Umi jahanamkan benda ni. Umi lagi puas hati dari biarkan engkau hanyut dengan benda alah ini. " Dia terdiam. Dia tergamam sebab tulah kali pertama dia tengok saya mengamuk dan menggila!!!
.
Kesannya makan dalam Dr. Walaupun asalnya dia menangis. Saya tetap dengan pendirian saya. No is No. Takkan jadi Yes bila bab solat.
.
2 lagi adiknya menjadi penonton. Takut tengok 'Cikgu N' ngamuk. Alhamdulillah. Saya dapat mengatasi masalah anak remaja dan handphone tika itu.
.
Syarat yang saya beri...setelah keluar result SPM dan sambung belajar, baru boleh Ada handphone. Sebab tika tu handphone sudah jadi “keperluan” bukan "kehendak”. Alhamdulillah... Ketiga-tiga anak lelaki saya menunaikan janji.
.
Ya kuasa veto pada ibu dan ayah demi masa depan mereka..
Sekrg yg sulung dah pun bekerja sebagai seorang jurutera di Shah Alam. Sudah berkahwin Ogos tahun lepas.
.
Dr tahu apa dia cerita kat isteri dia. "Umi, ibu paling kejam kat dunia." Sampai hari ini dia masih trauma. Cukup sekali saya buat kerja 'gila' tu. Dia memberi impak yang positif pada adik-adiknya pulak. Jangan bagi Umi ngamuk. Nampak je lembut tapi hakikat sebaliknya.
.
"Umi kejam sebab bukan senang nak didik 3 anak lelaki yang sedang remaja. Apa2 kembali kepada didikan agama dan kasih sayang yang tulus untuk anak-anak. Tak perlu garang terpekik terlolong tetapi tegas dan berpendirian teguh. Selalunya saya akan terang dan tegaskan kenapa sesuatu tindakan gila itu diambil. Saya ingat pesan arwah ayah..."Jangan sampai anak jadi 'tuan besar', emak ayah mengalah atas tiket sayangkan anak-anak. Padahal tindakan kita membawa lahirnya ramainya 'Anakku Sazali'.
.
Dulu saya ‘kejam”. Sekarang saya mengutip hasil didikan saya. Syukur pada Allah. Aminnn
.
(Catatan Puan N)
.
Ini susulan posting saya yang menekankan ibu bapa kena guna kuasa Veto dalam perkara yang membawa kebaikan buat anak.
.
Sila Komen.
Sila share.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan