Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(395-398)s
073.Surah Al Muzammil
Surah Al muzzamil
Tertib surah 73
Bilangan ayatnya 20
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turunnya ke 3
Bilangan paragrafnya 4
Paragraf 1 ayat 1-8 Tujuan dan kelebihan solat tahajud.
Paragraf 2 ayat 9-13 Kata-kata pihak musuh yang tidak menyenangkan perlulah diabaikan dengan penuh kesabaran.
Paragraf 3 ayat 14-19 Keserupaan diantara kerasulan Musa dan Muhamad.
Paragraf 4 ayat 20 Keringanan terhadap hukum asal sembahyang tahajud.
Mesej utama
Perhubungan dgn Allah perlu terjalin dengan kukuh untuk dapat beristiqamah dalam menyeru manusia kepada tauhid untuk itu sembahyang tahajud, membaca alquran dan meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah penawar yg berguna kepada sesaorang pendakwah muslim dalam menghadapi gangguan pihak musuh.
Zaman Diturunkan
1. 8 Ayat di permulaan Surah Al-Muzzammil mungkin sekali diturunkan selepas beberapa ayat dipermulaan Surah al-'Alaq dan Surah al-Muddatstsir. Daripada segi tertib nuzuli, Surah Al-Muzzammil adalah surah yang ke-3, dan 8 ayat di permulaan Surah Al-Muzzammil itu mungkin sekali diturunkan pada tahun pertama Kenabian juga, tidak lama selepas turunnya wahyu-wahyu yang turun sebelunnya.
Surah Al-Muzzammil mengandungi persiapan untuk melahirkan kepemimpinan yang unggul (السَّابِقُوْنَ الأَوَّلُون) di masa akan datang. Oleh sebab da'wah pada ketika itu berjalan secara sulit dan sembahyang 5 waktu belum lagi ada, orang-orang Islam diminta membaca dan mendengar ayat-ayat yang telah diturunkan kepada mereka di dalam shalat tahajjud pada waktu tengah malam dalam bacaan penuh tartil.
2. 11 Ayat di tengah Surah Al-Muzzammil iaitu ayat 9 hingga 19 diturunkan setelah da'wah secara terbuka dilancarkan, pada ketika itu sudah ada pendustaan daripada pihak orang-orang kafir Mekah, bahkan Rasulullah s.a.w. dinasihati supaya bersabar atas tuduhan-tuduhan dan kritikan-kritikan pemimpin-pemimpin Quraisy yang sikap mereka diumpamakan seperti sikap Fir'aun.
3. Ayat-ayat terakhir surah ini iaitu ayat ke-20 mungkin sekali diturunkan di Madinah pada tahun 1
Hijrah sebaik sahaja berlaku hijrah ke sana.
Ciri-Ciri Khusus Surah Al-Muzzammil
Surah ini membentuk kerohanian, keimanan dan keilmu an para sahabat yang baru memeluk agama Islam supaya mereka berjaya pada masa-masa berikutnya dan bersabar dalam menghadapi sikap dan tindakan pemimpin- pemimpin Quraisy yang diumpamakan dengan sikap dan tindakan Fir'aun itu.
Selama 12 tahun kehidupan di Mekah umat Islam hanya diarahkan bersembahyang tahajjud sahaja. Para sahabat terdiri daripada bangsa Arab yang cukup memahami bahasa al-Qur'an. Rasulullah s.a.w. bershalat tahajjud bersama-sama para sahabat yang betul-betul ikhlas di permulaan Islam itu. Mereka mendengar bacaan Baginda yang penuh dengan tartil di dalam shalat selama beberapa jam di waktu akhir malam atau tengah malam dalam keadaan mereka betul-betul terpisah daripada kesibukan dunia. Sembahyang 5 waktu baru difardhukan dalam peristiwa Mi'raj pada tahun ke-12 Kenabian, setelah itu
hukum bertahajjud mulai diringankan, hal ini ada tersebut di akhir Surah Al-Muzzammil.
Kaedah Mendalami Al-Qur'an Dalam Shalat Tahajjud
'Abdullah bin'Abbas ketika menjelaskan firman Allah وَأَقْوَمُ قِيْلًا tentang shalat tahajjud di dalam SurahAl-Muzzammil berkata: "Ertinya ialah أَجْدَرُ أَنْيَفْقَهَ فِي القُرْآنِ "Bermaksud: Bacaan al-Qur'an di dalam shalat tahajjud lebih sesuai dan elok untuk seseorang memperdalami pemahamannya tentang al-Qur'an".
Sunan Abi Daud, Kitab Shalat, hadits 1,109.
Al-Qur'an baru dapat diselami maksudnya apabila ia dibaca dengan penuh tartil, terang dan berhenti pada setiap ayatnya. Ummul mu'minin Ummu Salamah menjelaskan cara bacaan al-Qur'an oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Baginda membacanya haraf demi haraf
أَنَّهَا وَصَفَتْ قِرَاءَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَرْفًا حَرْفًا
ertinya dengan terang dan berhenti di akhir setiap ayat. Sunan at-Tirmizi, Kitab Bacaan al-Qur'an, hadits 2,927.
Ummu Salamah berkata: "Rasulullah s.a.w. membaca setiap ayat secara berasingan dan berhenti dihujung setiap ayat, setelah membaca ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ . Selepas itu, setelah membaca ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ .Baginda berhenti pula dan seterusnya selepas membaca مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ Baginda berhenti lagi dan begitulah seterusnya". Sunan Abi Daud, Kitab Huruf dan Bacaan, hadits 3,487.
Pemahaman yang mendalam tentang al-Qur'an baru terhasil apabila al-Qur'an dibaca secara tartil. Tujuannya ialah untuk melayakkan orang-orang yang beriman dan ikhlas menjadi imam. Di zaman permulaan Islam, kelayakan untuk menjadi majlis syura negara Islam dilihat dari sudut kemampuan seseorang dan ilmunya tentang al-Qur'an tanpa mengambil kira umur. 'Abdullah bin 'Abbas berkata كَانَ الْقُرَّاءُ أَصْحَابَ مَجَالِسِ عُمَرَ وَمُشَاوَرَتِهِ كُهُولًا كَانُوا أَوْ شُبَّانًا Bermaksud: "Ahli-ahli majlis mesyuarat Sayyidina 'Umar terdiri daripada orang-orang yang alim tentang al-Qur'an, tidak kira sama ada mereka tua atau muda".
Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, hadits 4,642.
Perkaitan Surah Al-Muzzammil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Jin sebelum ini telah pun dikemukan secara terperinci tentang kedudukan dan
jawatan kerasulan, para rasul menyampaikan utusan Allah kepada manusia dalam keadaan mereka tidak
mempunyai kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, juga dalam keadaan mereka tidak mempunyai
ilmu tentang perkara ghaib. Di dalam Surah Al-Muzzammil ini dikatakan bahawa perutusan Rasulullah
s.a.w. kepada bangsa Quraisy Mekah tak ubah seperti perutusan Nabi Musa kepada Fir'aun (Ayat:15)
Al-Muzzammil 73:15
إِنَّآ أَرْسَلْنَآ إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَٰهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَآ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ رَسُولًا
Para rasul dan umat Islam ditugaskan membawa kesaksian kepada manusia sekaliannya
2. Di dalam Surah al-Jin ada tersebut bahawa golongan jin telah mendengar al-Qur'an, mereka cukup terpengaruh dengannya, setelah mendengarnya mereka bukan sahaja memeluk agama Islam bahkan terus bergerak aktif menyebarkan 'aqidah tauhid dan agama Islam di kalangan mereka. Di dalam Surah Al-Muzzammil ini orang-orang Islam diarah supaya mendengar al-Qur'an yang dibaca dengan penuh tartil dan mereka diperintah supaya merenungi dan mendalami ajaran-ajarannya supaya mereka juga mampu menjadi penda'wah dan pembawa ajaran Islam.
3. Rasulullah s.a.w. diminta bersabar menghadapi suasana tuduhan dan kritikan oleh pihak musuh
Al-Muzzammil 73:10
وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.
Di dalam Surah al-Muddatstsir (ayat 7)akan datang pula perintah bersabar dalam berda'wah kerana Allah semata-mata juga diberikan kepada Baginda untuk menghadapi suasana tuduhan dan kritikan oleh pihak musuh
Al-Muddaththir 74:7
وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ
Dan karena Tuhanmu, bersabarlah.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Maksud perintah al-Qur'an supaya membacanya dengan tartil ialah membacanya dengan perlahan dan berhenti di akhir setiap ayat وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا (tyat: 4). Disebutkan maful mutlaq bagi رَتِّلِ untuk memberi penekanan yang lebih kepada cara bacaan seperti itu.
Al-Muzzammil 73:4
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا
atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
Al-Qur'anlah satu-satunya kitab di dunia ini yang menyuruh orang membacanya secara tartil dan tidak membacanya secara sambil lewa, di samping itu pembacanya hendaklah berusaha memahami apa yang dibaca dan apa yang didengar.
2. Perkataan تَبَتَّلْ bererti menumpukan amal ibadat kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan atau menghadap kepada Allah dengan memutuskan segala hubungan yang lain. وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا (Ayat: 8), perkataan تَبَتَّلْ juga adalah maful mutlaq yang memberi erti kekuatan dan keseriusan dalam menghadap kepada Allah dan memutuskan hubungan dengan segala yang lain.Tujuannya ialah supaya manusia yang akan menjadi pemimpin Islam mempunyai hubungan yang begitu kuat dan teguh dengan Allah.
Al-Muzzammil 73:8
وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.
3. Setelah menerima Allah sebagai إله. kita diperintah supaya menjadikanNya sebagai وكيل dan bertawakkal kepadaNya.Tidak ada إله yang lain selain Allah yang mengatur dan mengurus perjalanan langit dan bumi, kerana itu Dia hendaklah dijadikan sebagai وكيل (pelindung dan penjaga) (Ayat 9):
Al-Muzzammil 73:9
رَّبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذْهُ وَكِيلًا
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
4. Perintah bersabar dan beristiqamah di samping beradab dalam menyampaikan da'wah. Rasulullah dinasihati supaya bersabar dalam menghadapi orang-orang musyrikin yang begitu kuat menentang dan banyak membuat tuduhan kepada Baginda. Baginda diajar supaya mengabaikan
penentangan dan tuduhan mereka dengan cara beradab dan sopan, itulah antara adab da'wah yang telah diberikan di peringkat permulaan Islam lagi (Ayat: 10).
Al-Muzzammil 73:10
وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah
dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan