Tafsir asas quran nota 9(302)332
(penjelasan kosa kata, struktur bahasa dan nahunya), sehingga terpaku pada analisa lafaz. Penafsiran seperti itü dikritik Thanthawi kerana lebih banyak melahirkan penghafal daripada pemikir, ia juga mengakibatkan kreativiti manusia terhenti dan mati.
Adapun penafsiran yang dikembangkan Thanthawi adalah lebih menitik-beratkan pada analisis saintifik dan pandangan terhadap al-Qur'an secara menyeluruh, terutamanya yang berkaitan dengan sains (ilmu alam dan sebagainya). Penjelasan lafaz hanya diberikan dalam bentuk ringkas sahaja, beliau menyebutnya dengan 'tafsir lafzi". Ayat-ayat berkenaan dengan sains pula, dibincangkan secara panjang lebar dengan memasukkan perbahasan ilmiah dan teori-teori moden yang diambil dari pemikiran sarjana-sarjana Timur dan Barat untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat muslim ataupun non muslim bahawa al-Qur'an relevan dengan perkembangan sains.
Thanthawi dianggap sebagai orang yang pertama menafsirkan al-Qur'an secara lengkap berdasarkan ilmu pengetahuan modern.
(8) Syeikh Muhammad al-GhazaIi
Dalam membincangkan aspek saintifik al-Qur'an, Muhammad al-Ghazali lebih cenderung membincangkan elemen saintifık yang terdapat dalam ayat-ayat al-Kawniyyah (ayat-ayat yang menyyebutkan tentang alam wujud). Beliau berpendapat I'jaaz al-'ilmi ini merupakan sub-topik I'jaaz al-Qur'an. Beliau menyebut bahawa cara untuk mengenali Tuhan dengan meneliti zatNya memang tidak ada. Jalan untuk mengenali Allah s.w.t. bermula dengan memerhati kejadian alam, dengan berfikir secara waras dalam hidup dan kehidupan, mengikhlaskan hati dan memerhati kejadian bumi dan langit. Melalui kaedah ini kita dapat melihat kebesaran Tuhan yang Maha Tinggi, dan sepatutnya kita menggambarkan kesempurnaan jalan tersebut melalui penerokaan saintifik selaras dengan perkembangan ilmu semasa.
Muhammad al-Ghazali menegaskan bahawa tidak ada pertentangan antara agama dengan sains kerana kedua-duanya dari Allah s.w.t. Jika terdapat perbezaan, maka ia bukan antara sains dengan ugama, sebaliknya antara ugama dengan kejahilan yang memakai nama ugama, atau antara ilmu dengan khayalan yang memakai nama ugama. Muhammad al-Ghazali berpendapat, mukjizat ilmiah merupakan i'jaaz walaupun ia telah diterokai oleh manusia kemudiannya. Sebagai contohnya, ilmu pengetahuan mengenai janin yang baru diketahui manusia setelah mereka mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Beliau juga mengatakan perkara ini tidak membatalkan mu'jizat dan i'jaaz al-Qur'an.
332
Tiada ulasan:
Catat Ulasan