K999.14 Label Kepada Anak Yang Perlu Kita Ubah
Setiap anak ada personalitinya yang unik dan tersendiri. Kadangkala kita lihat mereka seperti melihat diri kita sendiri, atau seperti orang dewasa lain yang kita kenali. Sebab tu kita mudah trigger dan naik angin.
Kita Tidak Membantu Malah Menambahkan Lagi Keterukan Susasana
Bila kita bertindak atau berespon sama seperti tingkahlaku anak (anak keras kepala, mak pak pun keras kepala), kita tidak membantu apa-apa pun, malah meneguhkan lagi ciri karektor yang tidak disenangi ramai ini.
Jadi menurut pengalaman dan pengamatan saya,
(1) pertama sekali ibubapa perlu mengubah paradigma pemikiran terlebih dahulu terhadap setiap ciri yang anak tonjolkan yang buat kita rasa tidak selesa ini (ubah mindset – mencari positiviti).
(2) Seterusnya barulah kita boleh melakukan beberapa siri latihan diri dan kepada anak agar karektor ini boleh berkembang menjadi ciri yang teguh/kuat, positif, sederhana dan membantu diri, serta orang di sekelilingnya pada masa akan datang.
(3) Bantu anak juga untuk fahami dirinya sendiri dan orang lain dengan sentiasa duduk berbincang, bersembang mengenai karektor manusia yang pelbagai dan unik ini.
Saya telah senaraikan karektor sukar anak yang sering kita salah label dan perlunya kita ganti dengan sudut pandang yang positif kepada si anak dengan menyebut-nyebut ayat ini selalu kepada diri dan pasangan. Kemudian lakukanlah siri latihan yang perlu kita lakukan (solusi) (kesemuanya Alhamdulillah memang telah kami lakukan).
Di sepanjang proses menulis ayat positif ini, saya bermuhasabah diri saya, dan ya 11 dari 14 ciri ini ada pada anak-anak saya juga :D. Bersyukur dan bergembiralah kerana anda juga sebenarnya berada di track yang betul kerana membaca artikel ini bersama-sama ibubapa lain.
Perkataan Kita Adalah DOA
Kita tidak mahu terikut-ikut dengan sikap anak dengan jadi sama macam dia sedangkan usia anak dan kita jauh berpuluh tahun beza. Ini akan membuatkan ianya semakin menjadi-jadi. Kita mahu lawan bisikan tidak elok ini dalam diri atau pendengaran kita (orang luar melabel) dengan selalu ucapkan kepada diri kita, anak kita dan pasangan kita akan ayat-ayat positif ini.
Apa jua kita fikirkan, rasakan, malah ucapkan memang merupakan satu doa. Persoalannya, jika bukan kita, siapa lagi nak mulakan positiviti ini?
14 Ciri Karektor Anak Yang Sering Buat Kita Hilang Sabar, Macam Mana Nak Respon Serta Apa Yang Perlu Kita Lakukan dalam ‘Long Run’.
1.Anak Yang Dramatik "Dramatik betul dia ni"
Respon:syukurlah, anak kita ni seorang yang passionate dan expressive orangnya.
Plan kedepan:Dia tak simpan dalam hati.Apa dia rasa terus dia tunjuk. Nanti ajar dia pelan-pelan agar berpada-pada dalam mengekspreskan diri ti. Tak mo orang salah sangka atau terasa jati.
2.Anak Yang Penakut "Penakut betullah anak kita ni"
Respon:Anak kita ni seorang yang berhati-hati, berwaspada dan nak melindungi diri dia.
Plan kedepan:Nanti kita hynoscript dia selalu yang dia berani, dia yakin diri, dia boleh buat.Kita bagi tau dia :Salah tak apa, buat aja..Kita pun masa usia dia entah-entah lagi penakut dari dia tu, ha ha...
3.Anak Yang Selalu ‘Demanding’ " Dia ni demanding betul"
Respon:Anak kita ni dia tahu apa dia mahu, dia jenid outspoken, berani, tegas.
Plan kedepan: Nanti kita ajar dia sabar, minta apa dia nak cara eluk-eluk , berbincang dan negosiasi selalu dengan kita. Bukan kita tak bagi , kita akan bagi bioa tiba masanya dan sesuai d3ngan kemampuan kita. Lama-lama dia akan faham nanti. Dia buat kita latih diri jadi sabar.
4.Anak Yang ‘Bossy’ (Macam Bos)"Dia ni 'bossy' betul"
Respon: Anak kita ninada ciri kepimpinan semulajadi sesuai jadi pengurus dan ketua.
Plan kedepan: Nanti kita ajar/latih dia untuk jadi pemimpin diri sendiri , pemimpin adikberadik dia,nkita geri dia banyak tugas dan tanggungjawab sesuai dengan usianya. Dia pasti suka dan akan lakukan dengan baik sekali.
5.Anak Yang Impulsif. "Dia jenis impulsif betul "
Respon:Anak kita ni ada ciri spontaneous dan guna naluri dia. Suka terlibat dan ready on tah gi aja. Senang...
Plan kedepan: Bila dia buat silap, langgar orang, cuai,terlukakan hati orang, kita ajar dia untuk lebih srnsitif, minta maaf dan be himble. Kita selalu beri dia groungpding dengan rumput dan alam semulajadi agar dia boleh aktivite sensori dia lebih baik dan seimbang.
6.Anak Yang Cerewet (Fussy)"Cerewetnya lah hai anak kita ni"
Respon:Anak kita ni dia ada kehendak yang jelas kuat, tau kesukaan atau spec dia tersendiri. Dia nak yang terbaik tu...
Plan kedepan:Kita ajar dia untuk cuba dulu alami apa dia ada/dapat yang bukan kehendak spec dia. Ajar dia konsep bersyukur. Kadangkala apa yang kita tak suka tu baik untuk kita dan sebaliknya, perlu lebih relaks sedikit , tarik nafas dan terima apa ada dulu.
7.Anak Yang Banyak Cakap (Talkative)"Banyak cakap betul anak kita ni"
Respon:Alhamdulillah , anak kita ni dia suka berkomunikasi.
Plan kedepan:Kita perlu selalu jadi pendengar dia, juga ajar dia untuk bercakap ikut turn giliran juga.Hormati orang yang tengah bercakap . Nanti masukan dia ke super speaker kids, boleh la berdebat ke, masuk pertandingan bercerita ke, buat talk show youtube channel sendiri ke. Bagi terlunas kepuasan bercakapnya tu he he
8.Anak Yang Keras Kepala, Degil "Anak kita ni keras kepala, degil"
Respon:Alhamdulillah, anak kita ni seorang yang persisten(berterusan/konsisten), tekun dan tabah sekali.
Plan kedepan: Kita perlu banyakkan mendengar points diam reason dia dan bernegosiasi dengan dia. Dia dah ada sebab tersendiri. Nanti dia boleh pertahankan rule yang benar bila besar nanti, berani dan yakin diri. Cuma juga kita perlu ajar dia berempati dengan perasaan orang lain dan juga terbuka mendengar pandangan orang lain.
9.Anak Yang Tidak Fokus "Anak kita ni selalu tak fokus"
Respon:Alhamdulillah anak kita ni 'multitask', boleh beri perhatian kepada banyak benda.
Plan kedepan: Dia happay go lucky dan suka main aja., easygoing. Kita perlu banyak kan latih dia juga untuk buat satu benda dalam satu masa dan buat sampai siap. Latih brain gym boleh bantu dia untuk fokus, kita beri video youtube buat sana-sama setiap hari. Nanti daya kawalan fokus dia akan meningkat seiring denfan usianya.
10. Anak Yang Selalu Nak Perhatian "Dia ni cuma nak perhatian sahaja"
Respon:Sebenarnya dia nak capai connection dengan kita...
Plan kedepan:Kita perlu "connet " dengan dia. Jadinya kita akan sit down dan luang masa dengan dia dan tanya sendiri apa sebenarnya dia nak sampaikan, apa terbuku dan tak terluah. Kemudian minta dia untuk lain kali tak perlu ulang macam tulagi, just bagi tau aja apa dia perlu/nak.
11. Anak Yang ‘Hiper’ . 'Dia ni hiper'
Respon: Alhamdulillah sebenarnya anak kita ni jenis tenaha dia banyak, energetik,entuasiatik dan on the go...
Plan kedepan:Kita perlu beri dia banyak latihan /game/aktiviti yang guna tenaga banyak macam lari, basikal, panjat dll di setting outdoor atau indoor yang khusus untuk beri kanak-kanak bebaskan tenaga dia ditempat selamat.
12.Anak Yang Selalu Bertentangan dengan Kita
"Dia selalu bertentangan dengan apa yang kita cakap"
Respon:Alhamdulillah sebenarnya anak kita ni boleh memberi perspektif yang berbeza.
Plan kedepan: Kita perlu galakan dia beritahu buah fikiran dan perspektif dia, kita dengari, fahami. Kita juga perlu ajar dia untuk win-win situation iaitu dengari dan hormati perspektif orang lain pula, sebab setiap orang ada perspektif tersendiri.
13.Anak Yang Selalu Melawan "Anak kita ni selalu melawan"
Respon:Sebenarnya anak kita ni jenis yang kuat berpegang kepada kepercayaannyam berani dan determined..
Plan kedepan:Ia cuma satu jenis karektur. Kita rasa sukar sebab kita fikir duq "anak" dan kecil lagi. Tetapi karektor seperti ini membolehkan dia menjadi ketua yang tegas pada pendirian dan peraturan. Kita tidak mahu ciri ini mati. Kita cuma perlu banyak bersabar, berlembut, dan berempati pada orang lain. Banyakan juga bawa dia ke alam semulajadi untuk berdamai dengan alam.
14.Anak Yang Tidak Fleksibel. "Anak kita ni selalu tak fleksibel"
Respon:Sebenarnya anak kita ni lebih suka aturan dan sesuatu yang boleh dia jangka.
Plan kedepan: Ini cuma satu jenis personaliti. Pertama kita perlun pastikan dia tahu awal sesuatu perkara sebab dia tak boleh terkejut-kejut dan last minute. Kedua kita juga latih dia untuk kemungkinan situasi yang mengejutkan bokeh berlaku, agar dia boleh adaptasi dengan baik kelak.
Peringatan Tambahan
Walau bagaimanapun, ketahuilah usia 2-7 tahun anak adalah di peringkat egosentrik ; yang mana kebanyakannya ada ciri seperti dalam senarai di atas. Mereka sedang membentuk personaliti dan jati diri mereka.
Namun tidaklah terlalu ambil mudah atau abaikan sekiranya ia masih berterusan sehingga usia 7 ke atas. Melentur buluh kan dari rebung? Bawalah pergi ke pemeriksaan doktor sekiranya anda perasan kelainan yang ketara dan mahukan penilaian lanjut dan intervensi awal ya.
Maznah Ibrahim
5 Ogos 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan