Sabtu, Julai 24, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 007)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 007)


1- Kitab Wahyu

1-Bab : Bagaimana Permulaan (Datangnya) Wahyu Kepada Rasulullah S.A.W.²
Dan (Bab) Firman Allah S.W. T. "Sesungguhnya Kami Telah menurunkan Wahyu

_________
Kerana itulah orang 'Arab berkata: الله لأفعلن كذا. Perkataan الله tetap dimajrurkan meskipun dibuang "wau" haraf qasam sebelumnya  الرحمن الرحيم . Dua perkataan ini merupakan sighah mubalagah. Tetapi makna الرحمن lebih mendalam daripada ma'na الرحيم. Ini disebabkan oleh lebihnya huruf pada perkataan  الرحمن berbanding perkataan الرحيم  Kata 'ulama' Ilmu Ma'ani:زيادة المبنى تدل على زيادة المعنى (lebihnya huruf dalam sesuatu perkataan menunjukkan kelebihan ma'nanya). Sesetengah 'ulama' berpendapat الرحمن ialah zat yang memberi rahmat di dunia dan di akhirat, sementara الرحيم pula ialah zat yang memberi rahmat di akhirat semata-mata. Sebahagian 'ulama' yang lain pula berpendapat الرحمن ialah Tuhan yang mengurniakan ni'mat yang besar-besar dan الرحيم ialah Tuhan yang mengurniakan ni'mat yang kecil-kecil dan seni. al-A'lam (Yusuf bin Sulaiman bin 'Isa asy-Syantamari al-Andalusi m.476H) dan Ibnu Malik berkata: الرحمن dan  الرحيم  sebenarnya adalah 'alam bukan sifat musytaq. Barangkali pendapat mereka berdasarkan riwayat daripada Abdul Rahman bin Auf seperti  berikut :


Sebabnya kenapa tidak disebutkan  langsung sifat jalal di dalam Basmalah, malah apa yang disebut hanyalah dua sifat jamal yang mengandungi ma'na rahmat iaitu الرحمن  dan الرحيم  ialah berdasarkan firman Allah berikut: ورحمتى وسعت كل شيء dan juga firmanNya di dalam hadits qudsi berikut: إن رحمتى غلبت غضبى . Basmalah diakhiri dengan الرحيم untuk mengisyaratkan kepada kesudahan yang baik di akhirat nanti adalah untuk orang-orang mu'minin dan muttaqin.


²Sebagaimana telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam muqaddimah sebelum ini bahawa tajuk-tajuk Imam Bukhari mengandungi maksud-maksudnya yang tersendiri dan maksud-maksud tersebut boleh difahami dengan mengkaji dan meneliti usul-usulnya. Antara kitab terbaik yang membincangkan tajuk-tajuk kitab Sahih Bukhari ialah kitab karangan Syeikh al-Hadits Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi bagaimana permulaan datangnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w.). Pembukaan kitab Sahih al-

7


Tiada ulasan:

Catat Ulasan