Sahih Al Bukhari (Bahagian pertama 004)
_____
Tasyahhud dan lain-lain ialah kerana maksud pujian dan penyaksian sebagaimana yang disebutkan di dalam hadits-hadits mengenainya sudahpun terkandung di dalam ucapan Basmalah.
Dalam erti kata yang lain beliau ingin menerangkan bahawa apabila kurang seseorang ingin melakukan sesuatu yang penting, setidak-tidaknya atau paling kurang hendaklah dia memulakannya dengan Basmalah terlebih dahulu. Kerana ucapan paling lengkap yang merangkumi pujian, penyaksian (shahadah) mahupun keberkatan sudahpun terdapat di dałam ucapan بسم الله الرحمن الرحيم . Di dalamnya sudah ada pujian iaitu 'Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang', dan ma'na Tasyahhud iaitu pengakuan ketuhanan Allah s.w.t. Justeru ungkapan yang paling ringkas dałam memulakan sesuatu pekerjaan yang penting ialah 'Basmalah', kerana ia merangkumi kesemua ma'na dan maksud yang dituntut melalui Hamdalah dan Tasyahhud.
(5) Maksud 'tidak dimulai dengan...' sebagaimana yang terdapat di dałam hadits-hadits tersebut ialah tidak dimulai dengan menyebut atau membacanya, bukannya menulis. Jadi apabila Imam Bukhari tidak menulisnya, maka ini tidak bererti beliau juga tidak mengucapkannya. Seperti sedia dima'lumi bahawa di sepanjang proses mengarang kitabnya, Imam Bukhari akan memastikan dirinya berada dalam keadaan berwudhu' dan setiap kali ingin mencatit sesebuah hadits beliau akan menunaikan dua raka'at sembahyang terlebih dahulu. Inikan pula untuk mengucapkan puji-pujian terhadap Allah yang pelaksanaannya tentulah tidak lebih sukar daripada syarat-syarat dan komitmen yang beliau wajibkan ke atas dirinya dengan perkaraperkara tersebut tadi. Khathib Baghdadi menulis di dalam kitabnya al-Jamiî tentang Imam Ahmad bahawa beliau tidak menulis shalawat tetapi membacanya. Begitulah kebiasaan penulis-penulis dari kalangan Salaf, mereka bershalawat ketika mencatat sesuatu hadits tetapi tidak menulisnya. (6) Ada juga ulama' berpendapat bahawa Imam Bukhari sebenarnya ingin mengarang kitab Sahihnya dengan berpandukan kaedah-kaedah penulisan surat-surat Nabi s.a.w.. Kerana surat-surat Baginda s.a.w. yang diutuskan dalam misi da'wah Baginda hanya dimulakan dengan tulisan Basmalah sahaja. (7) Sebahagian 'ulama' mengatakan bahawa Imam Bukhari ingin menyahut seruan pertama al-Qur'an. Lantaran Allah s.w.t. telah berfirman di dalam wahyu pertamaNya: إقرأ بسم ربك الذي جلق "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta”, maka untuk menterjemahkan seruan tersebut beliau telah memulakan penulisannya dengan Basmalah. Dan dałam masa yang sama Basmalah juga digunakan oleh beliau untuk mentafsirkan maksud "Tuhanmu” di dalam ayat tersebut, iaitu Allah yang bersifat dengan 'Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'. Selain itu Allah telah memerintahkan supaya Nabi kita memulakan bacaan wahyuNya dengan menyebut namaNya. Bukankah hadits-hadits Baginda s.a.w. juga merupakan wahyu? Maka adalah wajar sekali jika Imam Bukhari memulakan kitab shahihnya dengan menulis بسم الله الرحمن الرحيم bukan dengan lain-lain ucapan. Mengkhususkan permulaan kitab dengan basmalah tanpa disusuli dengan khutbah bukan sahaja telah dipilih oleh Imam Bukhari, malah ia menjadi pilihan 'ulama'-ulama' hadits yang lain seperti Imam Malik di dałam Muatthanya, Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi di dałam kitab Sunan mereka masing-masing. (8) Maksud perintah Nabi s.a.w, supaya seseorang memuji Allah ketika memulakan sesuatu pekerjaan penting ialah mengingatiNya. Kerana tanpa mengingati Allah pekerjaan yang dilakukan iłu tidak sempurna dengan erti tiada keberkatannya. Dalilnya ialah hadits ini telah diriwayatkan dengan tiga lafaz yang berbeza. Padahal perawi Yang merupakan madar (Paksi atau punca) bagi hadits ini ialah Qurrah Bin 'Abdir Rahman. Di dałam riwayat pertama beliau, lafaz hadits ini berbunyi: كل أمر ذى لا فيه بالحمد أقطع Bermaksud: segala perkara penting Yang tidak
4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan