Selasa, Julai 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)352

Tafsir asas quran nota 9(302)352

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. 
(al-Anbiyaa':31 ).

Sebagaimana kita lihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah gegaran di permukaan bumi.

Fakta ini tidak diketahui siapa pun ketika al-Qur'an diturunkan. Bahkan, fakta ini baru terungkap sebagai hasil penemuan geologi moden.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran dari lempengan- lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan berlanggar, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satu lagi, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini bererti gunung mempunyai bahagian yang menghunjam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.

Dengan kata Iain, gunung-gunung mencengkam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terumbang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Ringkasnya, kita dapat mengumpamakan gunung dengan paku yang menyatukan bilah-bilah papan.

Dalam sebuah ayat, peranan gunung ditunjukkan dengan perumpamaan sebagai 'pasak":
An-Naba' 78:6
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا 
An-Naba' 78:7
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا 

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6) 
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (7) (an-Naba' :6-7).

Fungsi pemancangan gunung dijelaskan dalam literatur saintifik dengan istilah "isostasi". Isostasi berma'na sebagai berikut:
Kesetimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran bahan bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan graviti.

Peranan penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi moden dan penelitian gempa telah dinyatakan dalam al-Qur'an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti hikmah maha agung dalam ciptaan Allah. Dalam ayat Iain dikatakan pula:

352

Tiada ulasan:

Catat Ulasan