Isnin, Ogos 09, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 022)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 022)

untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita. maka hijrahnya dikira untuk tujuannya itu.⁶
_______
perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seseorang manusia dengan pilihannya sendiri dan dengan penuh sedar. Sama ada ia baik atau buruk (jahat) dan sama ada ia dilakukan oleh orang-orang Islam atau bukan Islam. Seolah-olahnya Baginda s.a.w. bersabda: Segala amalan manusia itu berlaku dengan niat. Tidak ada amalan berlaku tanpa niat. Semua manusia menerima hakikat ini. Setelah mengemukakan hakikat itu Rasulullah s.a.w. menambahkan satu lagi hakikat yang mesti diterima apabila diterima hakikat sebelumnya iaitu setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya di akhirat nanti. Sama ada berupa pahala atau berupa dosa. Bahagian ketiga dan keempat hadits tidak lebih daripada contoh untuk amalan yang diterima baik oleh Allah dan amalan yang merugikan manusia. Bagi penulis di samping menerima dan menghargai poin-poin yang telah dikemukakan oleh para ulama di atas, apa salahnya kalau poin ke (14) juga diterima, memandangkan sabda-sabda Rasulullah s.a.w. sering juga ditujukan kepada sekalian umatnya. Selain itu keluasan dan kedalaman makna sabda-sabda Baginda s.a.w. adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan Oleh sesiapa pun.

⁶ Imam Bukhari mengulang sebut hadits ini pada tujuh tempat di dalam Sahihnya. Kecuali di sini, ia dikemukakan Oleh Bukhari secara lengkap di semua tempat Iain. Bahagian ketiga hadits, iaitu  فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ tidak tersebut di sini. Kenapakah Bukhari tidak menyebutnya? Macam-macamlah pendapat diberikan untuk menjawab soalan itu. Antara yang terbaik daripadajawapan-jawapan itu ialah duajawapan berikut ini: (1) Imam Bukhari bermaksud mengisyaratkan kepada salah satu seni periwayatan hadits, di mana sesebuah hadits boleh diriwayatkan secara ringkas atau dipetik sebahagian sahaja daripada keseluruhan teksnya. Ini berlaku apabila sesebuah hadits itu sudah terlalu masyhur dan diketahui ramai atau maksud dan perkara yang diperbincangkan hanya terkandung di dalam potongan-potongan tertentu sahaja daripada keseluruhan hadits tersebut. Teknik sebegini juga dibenarkan dalam memetik ayat-ayat al-Qur'an. Kerana untuk menyampaikan maksud yang dikehendaki, tidak semestinya keseluruhan ayat dari awal hingga ke akhirnya dipetik. Perbuatan meringkaskan hadits seperti ini dipanggil  خرم في ابحديث .Ia bagi Bukhari harus dilakukan sama seperti harusnya meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. 
(2) Walaupun hadits ini tercatat dengan lengkap di dalam Musnad alHumaidi, mungkin sekali Imam Bukhari pernah mendengarnya secara langsung dari Humaidi dengan lafaz seperti yang dikemukakannya di sini iaitu tanpa bahagian ketiganya. Berdasarkan riwayat yang didengarnya itulah Bukhari mengemukakannya di sini. Tambahan pula dengan adanya bahagian ketiga itu, seolah-olahnya Imam Bukhari mendabik dada tentang keikhlasannya dalam menulis kitabnya ini. Itu bagi beliau semacam memuji atau membersih diri sendiri. Untuk membuktikan sama ada beliau ikhlas atau tidak, beliau serahkan saja kepada masa yang akan menentukannya. Dan itu telah pun tersebut di dalam bahagian kedua hadits. وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
(Setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya). Bagi kita yang hidup lebih seribu tahun selepas kewafatan Imam Bukhari, keikhlasan beliau telah jelas terbukti. Kitab karangan beliau ini bahkan telah dianggap sebagai kitab yang paling sahih selepas Kitab Allah. Khutbah Sahih Bukhari. Sesetengah ulama' mendakwa bahawa Imam Bukhari tidak memulakan kitabnya dengan khutbah beliau sendiri kerana beliau menganggap khutbah Saiyyidina 'Umar r,a. yang terdapat di dalam hadits pertama sudah memadai dan mewakili khutbah kitabnya. Justeru itulah

22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan