Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 023)
___
khutbah paling lengkap, memadai dan memenuhi kehendak sebuah khutbah yang sempurna. Mesejnya amat tepat dan sasarannya menyeluruh untuk setiap lapisan masyarakat. Apakah motif di sebalik Imam Bukhari membuka Sahihnya dengan membawakan hadits berbentuk khutbah ini? Sedia dimaklumi bahawa khutbah adalah salah satu media pengajaran dan peringatan yang dianggap sebagai suatu wadah sangat besar dan penting di dalam agama. Memberikan tumpuan kepadanya sama ada dalam bentuk mendengar dengan teliti mahupun dengan menumpukan sepenuh perhatian dan perasaan adalah suatu tuntutan serius di dalam Islam. Berbual, leka atau bermain-main semasa khatib sedang berkhutbah adalah perbuatan-perbuatan terlarang yang dikira "lagha" dan mendatangkan dosa. Jadi tujuan Imam Bukhari memulakan haditsnya dalam bentuk khutbah adalah untuk mengingatkan semua pihak agar memberikan sepenuh tumpuan kepada isi kandungan kitabnya yang terdiri daripada sabda-sabda Rasulullah s.a.w. yang tentunya menjadi pedoman dan pengajaran dalam kehidupan ummat. Manakala mengikut sesetengah ulama' yang Iain pula tujuan Imam Bukhari membawakan hadits tersebut sebagai pembuka kitabnya adalah untuk mengingatkan para pembaca kitabnya supaya sentiasa ikhlas dalam apa jua perbuatan dan tindakan, terutamanya dalam mempelajari ilmu-ilmu agama yang berteraskan alQur'an dan as-Sunnah. Kerana tanpa keikhlasan, setiap amalan termasuklah pengajian hadits kita ini akan menjadi sia-sia sahaja. Antara contoh penyimpangan ikhlas ialah mengharapkan habuan dunia atau material semata-mata, atau memasang tujuan-tujuan Iain selain tujuan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan RasulNya. Peristiwa berhijrah demi mendapat dunia atau demi berkahwin dengan seseorang wanita yang dijadikan ibarat di dalam hadits di atas adalah sebaik-baik contoh untuk semua. Imam Bukhari dari awal-awal lagi mengingatkan kita agar membetulkan niat belajar kita, supaya tidak tergelincir dari landasan yang betul. Sekali pandang tidak kelihatan sebarang perkaitan di antara maksud hadits ini dengan tajuk yang dibuat oleh Imam Bukhari. Tetapi jika direnungi dengan cermat dan lebih mendalam, sudah pasti anda akan dapati tidak ada satu hadits pun di dalam Sahih Bukhari yang melencong daripada kehendak tajuk babnya. Hadits ketiga di bawah bab ini misalnya memuat peristiwa Nabi s.a.w. mengalami mimpi-mimpi yang benar sebelum Baginda s.a.w. mendapat wahyu. Selepas itu Rasulullah s.a.w. mula menjauhkan diri daripada masyarakat dengan pergi beribadat di Gua Hira'. Di situlah akhirnya Baginda mendapat wahyu yang pertama. Jika peristiwa tersebut diperhatikan dengan cermat, anda akan dapati antara faktor kenapa Baginda didatangi mimpi-mimpi yang benar dan seterusnya mendapat wahyu serta bimbingan daripada Allah s.w.t. ialah: (1) Disebabkan oleh kesedaran Rasululah s.a.w. yang tinggi yang lahir daripada keikhlasan hati Baginda. (2) la merupakan sebahagian daripada hasil hijrah Baginda daripada masyarakat dan kemewahan hidup duniawi. (3) Tujuan Baginda menyendiri di Gua Hira' pula bukanlah untuk mendapatkan sebarang pulangan kebendaan. Sebaliknya tujuan Baginda adalah ikhlas kerana Allah s.w.t. Kerana pada ketika itu jiwa Baginda yang suci sudah tidak mampu lagi menyaksikan tanah suci yang pernah dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s. di suatu ketika dahulu, setelah sekian lama menjadi pusat ajaran tauhid telah bertukar kepada suatu tempat yang menjadi paksi amalan syirik dan dipenuhi dengan pelbagai ma'shiat dan kemungkaran yang Iain. Dalam usaha memikirkan bagaimana cara untuk mengubah masyarakat itulah Baginda mendapat wahyu yang pertama hasil keikhlasan Baginda s.a.w. Hasil daripada keikhlasan juga setiap amalan dan sumbangan seseorang akan berkembang dan berkekalan sepanjang masa. Lihatlah betapa mesranya kesinambungan hadits itu dengan tajuk bab ini serta hadits penamanya. Rangkap hadits
23
Tiada ulasan:
Catat Ulasan