Rabu, Ogos 11, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 024)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 024)
________
seterusnya yang berbunyi: فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ (maka hijrahnya dikira untuk tujuannya itu) merupakan jawapan kepada syarat فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ ينكحها (Sesiapa yang hijrahnya ialah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita). Di sini tidak diulangi sebutan 'dunia' atau 'wanita' sebagaimana diulang sebutan perkataan Allah dan RasulNya di dalam rangkap sebelumnya. Sebaliknya digantikan dengan perkataan ما sahaja yang bererti: "maka hijrahnya dikira untuk tujuannya itu". 'Ibarat seperti ini menimbulkan beberapa tanggapan dan tafsiran. Antaranya: (1) Ada 'ulama' berpendapat bahawa apa yang diganti oleh perkataan ما  atau berada di sebaliknya, tidak layak disebut. Dalam erti kata yang lain walau sebesar manapun matlamat duniawi yang kita kejar hakikatnya tidak ada nilai langsung jika dibandingkan dengan Allah dan RasulNya, (2) Ada pula ulama' berpendapat bahawa apa yang tersirat di sebalik ما itu terlalu banyak. Matlamat-matlamat lain yang berada di sebalik perkataan ما kalau hendak disebut, tidak terhitung jumlahnya. Oleh sebab itulah ia di sembunyikan di sebalik perkataan ما yang mengandungi erti umum dan samar. Asbabul wurud dan objektif hadits Hadits ini berlatar belakangkan satu peristiwa yang diriwayatkan oleh atThabaraani, di mana seorang sahabat rasulullah s.a.w berhasrat untuk mengahwini seorang sahabat wanita. Namun sahabat wanita tersebut memintanya agar berhijrah terlebih dahulu sebelum meneruskan hasratnya itu. Lalu demi memenuhi permintaan wanita yang dikasihinya, sahabat tersebut pun berhijrah dan akhirnya mereka berdua pun diijab kabul. Tindakan sahabat tersebut kalau direnungi, tidaklah mengandungi sebarang unsur yang mengaibkan, malah niatnya untuk berkahwin adalah sesuatu yang amat baik. Namun ia tetap mendapat teguran daripada Allah melalui RasulNya hanya kerana menyertakan niat hijrahnya dengan niat yang lain. Walaupun pada asasnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang salah, malah ia adalah salah satu perkara yang dituntut Sunnah. Menerusi hadits ini Nabi s.a.w. sebenarnya bermaksud menegaskan kepada kita bahawa dalam melaksanakan sesuatu ibadat kepada Allah s.w.t, niat kita haruslah bersih daripada perkara-perkara sampingan seperti itu, kerana selain menampakkan ketidakikhlasan, ia dibimbangi akan menjerumuskan kita ke dalam perbuatan syirik yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. Dalam menerapkan 'aqidah Tauhid di dalam ibadah hambaNya, Allah s.w.t. telah berfirman di dalam satu hadits Qudsi: 
أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ غَيْرِي فَأَنَا مِنْهُ بَرِيءٌ وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ

Bermaksud: "Akulah (Tuhan) yang paling tidak perlu kepada perkongsian." Atau boleh juga diterjemahkan dengan "Akulah (Tuhan) yang paling pantang dikongsi. Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan di mana dia mengongsikan Aku dengan orang lain, Aku berlepas diri darinya dan ia (amalannya itu) adalah untuk orang yang dikongsikan denganKu itu." 
(Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Majah, Thabaraani, alBazzaar dan lain-lain). 

Jadi tindakan sahabat tersebut walaupun zahirnya tidak salah, tetapi sudah cukup untuk ditegur oleh Allah s.w.t. Oleh sebab itulah anda tidak akan menemui nama sahabat berkenaan disebut di dalam mana-mana kitab hadits mahupun syarah-syarahnya kecuali nama 'samaran' beliau sahaja iaitu 'Muhajir Ummi Qais' yang bermaksud orang yang berhijrah demi Ummi Qais (nama Ummi Qais yang sebenarnya ialah Qailah), selaras dengan adab periwayatan hadits yang tidak akan mendedahkan keaiban seseorang kecuali untuk sesuatu maslahat yang jelas umpamanya sahabat yang berzina yang disebut namanya. Itupun ianya tidak menjadi suatu keaiban kepadanya malah semakin membuktikan ketinggian, keimanan dan keteguhan peribadinya apabila beliau sendiri tampil mengakui kesalahannya dan beberapa kali mendesak Nabi s.a.w, agar melaksanakan hukuman ke atasnya. Adapun kesalahan kecil sahabat yang

24


Tiada ulasan:

Catat Ulasan