Selasa, Ogos 17, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 029)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 029)

Mu'minin r,a.⁹  bahawa al-Haarits bin Hisyaam r.a.¹⁰ pernah bertanya Rasulullah s,a.w., katanya:'Wahai Rasulallah bagaimanakah wahyu datang kepadamu?¹²  Rasulullah
_______
⁹ Ummil Mu'minin bererti ibu orang-orang mu'min. Gelaran ini tidak khusus dengan Saiyyidatina 'Aaishah sahaja. Malah ia juga merupakan gelaran untuk' isteri-isteri Rasulullah
s.a.w. yang Iain. Gelaran ini sesungguhnya berpunca daripada firman Allah berikut:ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ.Bermaksud: ”Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka ” (al-Ahzaab:6).

Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 
Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dibandingkan diri mereka sendiri dan istri-istrinya adalah ibu-ibu mereka. Orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Demikianlah telah tertulis dalam Kitab (Allah).

Kedudukan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sebagai ibu-ibu orang-orang mu'min itu hanyalah daripada sudut kewajipan menghormati mereka, berbuat baik kepada mereka dan keharaman berkahwin dengan mereka semata-mata. la tidak melibatkan keharusan bergaul dengan mereka seperti mahram. Anak-anak mereka harus dikahwini seperti anak-anak orang-orang Iain yang harus dikahwini. Dalam hukum pesaka juga mereka seperti orang-orang Iain. Tidak ada sesiapa mempusakai harta benda isteri-isteri Rasulullahs.a.w. semata-mata kerana mereka adalah ibu-ibu kepada orang-orang mu'min. Para 'ulamn' berbeda pendapat tentang bolehkah isteri-isteri Nabi s.a.w. itu digelar dan dipanggil Ummul Mu'minaat atau Umahaat al-Mu'minaat? Sekumpulan 'ulama' seperti Ibnu al-'Arabi, Ibnu Katsir dan al-'Aini berpendapat, tidak boleh. Alasan mereka ialah pernah seorang perempuan memanggil  Aaishah dengan katanya: يا أُمَّة (wahai ibuku). Maka 'Aaishah menegurnya dengan berkata:  أنا أُمَّ رِجَالِكُمْ لَسْتُ بِأُمِّكِ (aku ibu kepada orang-orang lelaki dari kalangan kamu. Aku bukan ibumu). 
(Hadits riwayat Baihaqi, Abu Ya'la, Abu Nuaim dan Ibnu Sa'ad). 

Maksud di sebalik panggilan dan gelaran Ummul Mu'minin itu juga ialah untuk mengingatkan orang-orang mu'min tentang kewajipan mereka menghormati para isteri Rasulullah s.a.w. dan tentang keharaman berkahwin dengan mereka walaupun setelah Baginda s.a.w. wafat. la sama sekali tidak bererti sekalian orang m' min harus bergaul dengan mereka seperti mahram. Maksud ini tidak ada kena mengena dengan mu'minaat (orang-orang perempuan mu'min) langsung. Maka tidak adalah keperluan kepada gelaran seperti itu untuk mereka. 

Al-Qurthubi, Hafiz lbnu Hajar dan kebanyakan ahli tafsir berpendapat, boleh. Alasan mereka ialah kata-kata Ummu Salamah: أَنَا أُمُّ الرَّجَالِ مِنّكُمْ وَالنِّسَاءِ(aku ibu kepada orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan di kalangan kamu). (Atsar riwayat lbnu Saad). Kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sebagai ibu bukan terhad kepada orang-orang lelaki mu'min sahaja, malah ia juga merangkumi orang-orang perempuan mu'min. Sebenarnya punca utama yang membawa kepada perbedaan pendapat para 'ulama' dalam masalah ini ialah perbedaan pendapat mereka tentang khithaab (firman Allah yang ditujukan) kepada lelaki adakah ia merangkumi orang-orang perempuan juga atau tidak. Bagi golongan pertama, tidak. Bagi golongan kedua pula, bahkan merangkumi kedua-duanya, selagi tidak ada dalil yang mengkhususkan jantina tertentu. Kalau isteri-isteri Rasulullah s.a.w. dipanggil Ummul Mu'minin, bolehkah pula Rasulullah s.a.w. dipanggil Abul Mu'minin? Para ulama juga berbeda pendapat berhubung dengan boleh atau tidak gelaran ini digunakan untuk Rasulullah s.a.w. Abu Ishaq al-lsfiraini berpendapat, tidak boleh. Kita hanya boleh berkata: 'Dia (Rasulullah s.a.w.) seperti atau macam ayah kita.  Alasannya ialah di dalam al-Quran tersebut dengan jelas firman Allah ini:

Al-Ahzab 33:40
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 



29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan