Tafsir quran dgn quran sesi 012s
Al-Baqarah 2:33
قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Allah berfirman: "'Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka."⁷⁶ Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepadamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan⁷⁷ [33]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".⁷⁸ Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis;⁷⁹ ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang kafir.⁸⁰ [34]
⁷⁷ Di dalam nota ke-⁷⁴ sebelum ini telah dikemukakan empat perkara yang dinyatakan oleh malaikat dan dua perkara yang disembunyikan mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan "Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan". Mungkin juga yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan itu ialah sikap takabbur dan sombong Iblis. Kalau itulah yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan, maka firman Allah: إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ di dalam ayat ke-34 selepas ini menjelaskannya.
[⁷⁴ Tujuan mengemukakannya kepada malaikat ialah untuk menyalahkan da'waan mereka yang tidak dinyatakan di dalam ayat ke-30 bahawa mereka juga mengetahui tentang semua benda, maka merekalah yang lebih berkelayakan untuk jawatan itu jika direstui Allah. Kesimpulannya ialah di dalam ayat ke-30 tersebut dengan jelas empat perkara yang dikatakan oleh para malaikat, iaitu "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah), sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan kami juga sentiasa mentaqdiskanMu.
Dua perkara pula tidak dikata oleh mereka, ia disembunyikan, iaitu kami juga mengetahui tentang semua benda, kerana itu kami juga layak dijadikan khalifah di bumi]
Al-Baqarah 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟
[ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا ]وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah ⁷⁰ di bumi. "Mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 'Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah),⁷¹ padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mentaqdiskan Mu?"⁷² Jawab Allah: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak diketahui olehmu.⁷³ [30]
Ini satu- أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَاAdakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana
Kedua وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ dan menumpahkan darah (sebagai khalifah),
Ketiga وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ
padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu
Keempat وَنُقَدِّسُ لَكَۖdan mentaqdiskan Mu?"⁷²
-ini 4 perkara yang jelas
Minit 4
-2 yang tak dinyatakan atau disembunyikan , faham2 sendiri
-yang kelima yang tersembunyi.. kami pun banyak tahu
-yang keenam ..kami pun layak la
-malaikat bukan dengki tetapi bersedia.
-malaikat tiada keinginan dan boleh diberitahu
-Adam boleh memberitahu...
Jadi tahulah malaikat sifat lain yang diperlukan untuk jadi khalifah.
-perlu ilmu untuk jadi khalifah yang tiada pada malaikat.
- perkara yang disembunyikan juga sifat sombong tapi Allah tahu.
Minit 10
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".⁷⁸ Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis;⁷⁹ ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang kafir.⁸⁰ [34]
⁷⁸ Perkataan اسجدوا seharusnya dipakai dengan erti seperti yang diberikan di atas, iaitu Tunduk dan patuhlah kamu kepada Adam, atau beri hormatlah kamu kepada Adam. Sujud dengan erti ini memang ada digunakan di dalam Al-Qur'an pada tempat yang lain.
- bukan sujud seperti dalam solat.
Lihat firman Allah berikut:
Al-Insyiqaq 84:21وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ۩
Bermaksud: dan apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu tunduk dan patuh.
Minit 13
Tidak seharusnya perintah Allah ini dipakai dengan erti sujud dengan meletakkan dahi di tanah sebagaimana kita sujud kepada Allah. Sebabnya Allah melarang bersujud seperti itu kepada selainNya di dalam ayat berikut:
Fushshilat 41:37
وَمِنْ ءَايَٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Bermaksud: Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.
-ini larangan sujud seperti dalam solat kepada selain Allah.
-himpunan kitab-kitab tafsir
-Menyatakan kehinaan diri dan tunduk
-Segi syarak letak dahi di lantai.
-Sujud seperti solat hanya kepada Allah.
-Kaifiat sujud ada beberapa pendapat dan paling rajih adalah yang maklum iaitu menyatakan hormat dan tunduk bukan letak dahi dilantai. Sebab itu akan mensyirikkan Allah.
-Ada yang kata (iaitu muktazilah) sujud itu kepada Allah dan Adam itu hanya seperti kiblat .
Tidak jelas daripada firman Allah ini, adakah ia merupakan perintah yang mula-mula sekali diberikan kepada para malaikat atau sebelum itu sudah pun ada perintah supaya mereka tunduk dan memberi penghormatan kepada Adam. Perintah yang diberikan menerusi ayat ini sebenarnya adalah setelah Adam diciptakan dengan sempurna dan dihidupkan. Sebelum kejadian Adam lagi telah pun ada perintah supaya para malaikat tunduk dan hormat kepadanya, apabila dia dicipta dan dihidupkan nanti.
-suruh sujud setelah Adam lengkap dijadikan.
Ia dapat dilihat pada beberapa firman Allah seperti berikut:
Al-Hijr 15:28
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن صَلْصَٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
Al-Hijr 15:29فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.(28).
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya." (29).
-ini sebelum
Shad 38:71إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍ
Shad 38:72فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ
Bermaksud: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada paru malaikat:"sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia (Adam) dari tanah. (71)
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya."(72).
Minit 26
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".⁷⁸ Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis;⁷⁹ ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang kafir.⁸⁰ [34]
⁷⁹ Bahagian permulaan ayat ini secara zahimya menampakkan hanya malaikat sahaja yang diperintah Allah supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam, tetapi kenapa pula selepas itu dikecualikan Iblis, adakah Iblis juga termasuk dalam makhluk yang diperintah supaya tunduk memberi hormat kepada Adam? Jawabnya, ya. Iblis juga diperintahkan supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam.Buktinya ialah beberapa firman Allah berikut:
Shad 38:75
قَالَ يَٰٓإِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَىَّۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ ٱلْعَالِينَ
Bermaksud: Allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut tunduk kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tanganKu? Adakah engkau menyombong ataupun engkau (merasa) termasuk dalam orang-orang yang(lebih) tinggi?"
Al-A'raf 7:11
وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ
Al-A'raf 7:12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami membentuk rupamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan patuhlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.(11)
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada tunduk ketika Aku menyuruhmu?" Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.(12).
Firman Allah di dalam ayat-ayat di atas menunjukkan Iblis juga termasuk dalam golongan makhluk yang diperintah Allah supaya tunduk kepada Adam bersama-sama para malaikat, walaupun ia bukan dari kalangan malaikat. Bukti ia bukan dari kalangan malaikat ialah firman Allah di bawah ini:
Al-Kahfi 18:50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada Adam; maka mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis. Dia adalah dari golongan jin. Dengan itu ia mendurhakai perintah Tuhannya. Maka, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim pengganti yang mereka pilih itu.
-dari ayat ini iblis bukan dari golongan malaikat
-bukti bukan malaikat dia ada zuriat. Malaikat tiada zuriat.
-iblis dari golongan jin bermakna yang tidak nampak tetapi tak begitu tepat.
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
-disini إِلَّآ adat istisnad iaitu kecuali iaitu إِبْلِيسَ itu mustasnaz.iaitu yang dikecualikan.
Yang dikecualikan daripada apa?
Istinaz mutasil atau munkotik.
Bg orang yang kata iblis itu bukan dari jenis malaikat, maka dia pakai disini istinaz munkotik(berbeza dari segi jenis)
Bg yang kata iblis itu malaikat dia pakai istinaz mutasil.
-iblis antara makhluk yang diperintah sujud pada Adam.
⁸⁰ Tidak tersebut di dalam ayat ini sebab dan alasan Iblis enggan dan takabbur, tidak mahu tunduk dan hormat kepada Adam, sehingga ia termasuk dalam golongan yang kafir.
-sebab lawan tuhan
Di dalam dua ayat di bawah ini disebutkan sebab dan alasannya:
Al-A'raf 7:12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada tunduk ketika Aku menyuruhmu??' Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Al-Hijr 15:33
قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُۥ مِن صَلْصَٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
Bermaksud: Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan tunduk kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."
-alasan dia adalah hanya lojiknya sahaja.
-lojik tak boleh lawan nas
-qias tak boleh lawan nas
Minit 48
-api lebih baik dari tanah?
-sedangkan tanah jika dilemparkan sebiji kurma akan menghasilkan setandan buah kurma ..macamana api lebih baik dari tanah.
-dan jika api lebih baik dari tanah tidak mesti hasil dari nya akan elbih baik juga.
-ini alasan iblis tak mau sujud kepada Adam
Al-Baqarah 2:35
وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga,⁸¹ dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri (makan) pokok ini; jika kamu menghampirinya) nanti akibatnya kamu berdua termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. [35].
Al-Baqarah 2:36
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Kemudian Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu,⁸² menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada didalamnya, dan Kami berfirman: Turunlah kamu (dari syurga ini ke bumi di mana) sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain⁸³ dan di bumi disediakan untuk kamu tempat kediaman dan kesenangan sehingga kepada satu waktu yang ditentukan. [36].
⁸¹ Di manakah syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' yang diperintah Allah supaya didiami mereka menerusi ayat ini, di bumikah atau di langit? Yang dimaksudkan dengan syurga di langit itu ialah Jannatul Ma'wa atau Jannatul Khulddan lain-lain, iaitu syurga sebenar yang akan menjadi tempat tinggal abadi bagi Adam dan anak cucunya yang saleh, sebagai balasan dan ganjaran atas amal saleh yang mereka kerjakan di dunia ini. Dan yang dimaksudkan dengan syurga di bumi pula ialah suatu tempat yang sangat indah, cantik, menarik, subur, hijau, mempesonakan dan penuh dengan keselesaan di dunia ini juga. Kerana itulah ia dinamakan Al-Jannah(taman yang indah permai). Berdasarkan beberapa firman Allah di dalam al-Qur'an, syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' itu ialah syurga di langit.
Lihatlah bagaimana Allah menggambarkan tentang syurga di mana Adam dan Hawwa' pernah di tempatkan dahulu, sebelum mereka dikeluarkan daripadanya:
Thaa Ha 20:118 إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ
Thaa Ha 20:119 وَأَنَّكَ لَا تَظْمَؤُا۟ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ
Bermaksud: Sesungguhnya engkau tidak akan lapar di dalamnya dan tidak akan bertelanjang.(118).
Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga di dalamnya dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari(119).
Dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa syurga tempat tinggal Nabi Adam dan isterinya Hawwa' a.s. dahulu adalah Jannatul Ma'wa di langit. Ia sama sekali tidak terletak di bumi dan di dunia ini. Kerana tidak ada satu pun tempat di dunia ini dimana manusia tidak berasa dahaga, tidak berasa lapar, 'auratnya tertutup dan terpelihara dengan sendirinya tanpa perlu mengenakan apa-apa pakaian dan ia tidak ditimpa panas matahari. Biar bagaimana indah dan cantik sekalipun dunia dan muka bumi ini, manusia yang berada di atasnya tetap tidak akan terlepas daripada apa yang tersebut di dalam dua ayat tadi. lni adalah suatu kenyataan.
1jam05
An-Najm 53:13 وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ
An-Najm 53:14 عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ
An-Najm 53:15 عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ
An-Najm 53:16 إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
An-Najm 53:17مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ
An-Najm 53:18 لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Dia (Nabi Muhammad) telah melihatnya (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13)
Di sisi "sidratul-Muntaha"(14)
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Ma'wa".(15)
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa"Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.(16)
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan Baginda melihatnya) dan tidak pula melampaui batas.(17)
Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan)Tuhannya.(18)
Berdasarkan ayat ke-14 Surah an-Najm yang dikemukakan di atas terbukti bahawa? Sidratul Muntaha itu terletak di atas langit (yang ke7). Dan berdasarkan ayat ke-15 pula terbukti bahawa Jannatul Ma'wa itu juga terletak di atas langit, kerana ia terletak di sisi Sidratul Muntaha. Itulah syurga yang didiami Adam dan Haww'a' sebelum mereka diturunkan ke dunia ini. Jelas sekali Sidratul Muntaha yang tersebut itu tidak terletak di bumi dan di dunia ini, sebaliknya ia terletak di atas langit.
-bukti boleh sebab Adam sudah pernah
-pokok bidara di alam misal..daun sebesar gajah ,buah sebesar tempayan...
1jam 13 minit
Thaa Ha 20:116وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ
Thaa Ha 20:117
فَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan lblis, dia enggan sujud."(116). Maka, Kami berfirman: "wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagi mu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita." (117).
Firman Allah di atas menunjukkan penghuni syurga yang sebenar tidak menderita dan tidak terdedah kepada kecelakaan. Adam dan Hawwa' dikatakan akan terdedah kepada penderitaan dan kecelakaan jika mereka berjaya dikeluarkan oleh Iblis daripada syurga itu. Keadaannya berbeza daripada di dunia, kerana penghuninya, biar di bahagian mana sekalipun mereka berada, tetap terdedah kepada penderitaan dan kecelakaan. Maka ia membuktikan syurga tempat tingggal Adam dan Hawwa' bukanlah di dunia ini, sebaliknya ia terletak di langit.
-bukan makan buah.
-yang sebut oleh quran dan hadits hanya pokok.
-kita ada peluang ke syurga.Jika Adam tidak hadir ke dunia kita manusia tiada peluang untuk ke syurga. Itu hikmat.
Perkataan اهبطوا(turunlah kamu) dan اهبطا(turunlah kamu berdua) yang tersebut didalam ayat-ayat yang mengisahkan tentang bagaimana Allah memerintahkan supaya Adam, Hawwa' dan Iblis turun ke dunia setelah Adam melanggar perintah Allah, juga menunjukkan syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' yang asal adalah Jannatul Ma'wa yang terletak di atas langit. Jika diterima begitu, barulah ada erti perkataan turun itu. Dunia hanyalah tempat di mana mereka semua dibuang.
-orang buangan
-tapi masih ada peluang untuk balik semula.
-iblis pula duudk dimana pula?
- ada yang kata iblis tidak duduk dalam syurga. Tetapi mampu mengoda juga ...
-atau masuk sementara atau menceroboh pun boleh...itu sebab terjadi yang dikehendaki Allah
Dan tempat terletaknya dunia itu adalah di bawah (langit).
Setelah Adam dan Hawwa' dikeluarkan daripada syurga, barulah ada cerita dunia, tempat tinggal manusia buat sementara waktu.
- nabi musa pun kepada bani isrel kata ihbitu juga...
Al-Baqarah 2:36
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Bermaksud: Setelah itu Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi,serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).(36).
Di dalam ayat ke-38 Surah yang sama Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:38
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semua dari dari Syurga itu!Kemudian jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu niscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita
Di dalam Surah Thaha Allah berfirman:
Thaa Ha 20:123
قَالَ ٱهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًۢاۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ
Bermaksud: Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu bersama-sama dalam keadaan sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; kemudian jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu niscaya dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.
Semua perkataan syurga yang merupakan tempat tinggal Adam dan Hawwa' dahulu disebut Allah dengan lafaz "Ma'rifah" الجنة Sedangkan tidak tersebut sebelumnya walaupun secara isyarat bahawa ia terletak di mana-mana bahagian dunia. Ma'na sebenar perkataan itu pula syurga, bukan taman yang subur dan indah semata-mata. Maka apabila ia disebut الجنة lafaz "Ma'rifah" begitu, tentulah dengan erti sebenarnya, bukan dengan erti majazinya (erti pinjaman, kiasan dan tamsilan). Justeru dapatlah dipastikan bahawa ال yang terletak di permulaan perkataan الجنة itu seharusnya dipakai untuk العَهْدِ الذنهي yang memberi erti syurga yang sedia dima'lumi, iaitu syurga sebenar yang terletak di atas langit.
Lihat sekali lagi sebagai contohnya firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:35
وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Bermaksud: Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu didalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamuberdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya)maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.(35)
Thaa Ha 20:117
فَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ
Bermaksud: Maka Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
- perhatikan aliflam aljannah, tempat kembali yang sangat istimewa untuk orang beriman.
Al-Baqarah 2:36
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Kemudian Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu,⁸² menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada didalamnya, dan Kami berfirman: Turunlah kamu (dari syurga ini ke bumi di mana) sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain⁸³ dan di bumi disediakan untuk kamu tempat kediaman dan kesenangan sehingga kepada satu waktu yang ditentukan. [36].
Al-Baqarah 2:37
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Setelah itu, (Nabi) Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah(bertaubat),⁸⁴ lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37].
Al-Baqarah 2:38
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepadamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu niscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.⁸⁵ [38].
Al-Baqarah 2:39
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula), mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.⁸⁶ [39].
Al-Baqarah 2:36
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Kemudian Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu,⁸² menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada didalamnya, dan Kami berfirman: Turunlah kamu (dari syurga ini ke bumi di mana) sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain⁸³ dan di bumi disediakan untuk kamu tempat kediaman dan kesenangan sehingga kepada satu waktu yang ditentukan. [36].
⁸² Di tempat yang lain Allah berfirman menceritakan bagaimana cara syaitan menggelincirkan Adam dan isterinya (Hawwa') dari Syurga sehingga mereka terpaksa meninggalkannya:
1jam 31minit
Al-A'raf 7:20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ لِيُبْدِىَ لَهُمَا مَا وُۥرِىَ عَنْهُمَا مِن سَوْءَٰتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ ٱلْخَٰلِدِينَ
Al-A'raf 7:21وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّٰصِحِينَ
Al-A'raf 7:22
فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورٍۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ ٱلْجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَآ أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bermaksud: Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian Iama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka)kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20)
Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.(21)
Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan)dengan tipu dayanya. Setelah mereka merasai (dengan memakan) pohon itu,terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" (22).
⁸³ Permusuhan di antara sesama zuriat dan anak cucu Adam memang telah berlaku didunia ini setelah Adam dan isterinya turun ke bumi. Permusuhan mereka sampai membawa kepada berlakunya kerosakan di bumi dan penumpahan darah. Itulah yang dikatakan oleh para malaikat sebelum Adam diciptakan lagi.
(Lihat ayat ke-30 Surah al-Baqarah yang baru berlalu sebelum ini). Permusuhan yang berpunca daripada sifat dengki dan berakhir dengan penumpahan darah bermula dengan anak Nabi Adam a.s.sendiri, apabila salah seorang daripada mereka membunuh saudaranya.
Kisah itu diceritakan oleh Allah melalui firmanNya di dalam Surah al-Maa'idah:
Al-Ma'idah 5:27
وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْءَاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ
Al-Ma'idah 5:28
لَئِنۢ بَسَطتَ إِلَىَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِى مَآ أَنَا۠ بِبَاسِطٍ يَدِىَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَۖ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Al-Ma'idah 5:29
إِنِّىٓ أُرِيدُ أَن تَبُوٓأَ بِإِثْمِى وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلنَّارِۚ وَذَٰلِكَ جَزَٰٓؤُا۟ ٱلظَّٰلِمِينَ
Al-Ma'idah 5:30
فَطَوَّعَتْ لَهُۥ نَفْسُهُۥ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُۥ فَأَصْبَحَ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Al-Ma'idah 5:31
فَبَعَثَ ٱللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِى ٱلْأَرْضِ لِيُرِيَهُۥ كَيْفَ يُوَٰرِى سَوْءَةَ أَخِيهِۚ قَالَ يَٰوَيْلَتَىٰٓ أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا ٱلْغُرَابِ فَأُوَٰرِىَ سَوْءَةَ أَخِىۖ فَأَصْبَحَ مِنَ ٱلنَّٰدِمِينَ
Bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai)dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): "sesungguhnya aku akan membunuhmu!" (Habil) menjawab: Sesungguhnya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" ; [27]
Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; [28].
sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau salah seorang ahli Neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim. [29]
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. [30].
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek dibumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?" Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.[31].
-jelas tak perlu diperpanjangkan
1jam 45
Permusuhan di antara Adam dan lblis bermula ketika Adam berada di dalam syurga lagi. Permusuhan Iblis dan anak cucunya (syaitan-syaitan) dengan Adam dan anak cucunya pula tidak pernah berhenti dan ia akan berterusan hingga ke hari kiamat. Itulah yang disebut Allah di dalam beberapa firmanNya ini:
Al-A'raf 7:13
قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ
Al-A'raf 7:14 قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Al-A'raf 7:15 قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلْمُنظَرِينَ
Al-A'raf 7:16 قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَٰطَكَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Al-A'raf 7:17
ثُمَّ لَءَاتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَٰنِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَٰكِرِينَ
Al-A'raf 7:18
قَالَ ٱخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًاۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ
Bermaksud: Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah! Sesungguhnya engkau dari golongan yang hina." (13)
Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).(14).
Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).(15).
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16).
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."(17)
Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya."(18).
Al-Isra' 17:61
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ قَالَ ءَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا
Al-Isra' 17:62
قَالَ أَرَءَيْتَكَ هَٰذَا ٱلَّذِى كَرَّمْتَ عَلَىَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلًا
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam; maka sujudlah mereka melainkan iblis; dia berkata:"Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?(62).
Dia berkata lagi: "Terangkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, niscaya aku akan menyesatkan keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (61).
An-Nisa' 4:117 إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ إِنَٰثًا وَإِن يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَٰنًا مَّرِيدًا
An-Nisa' 4:118 لَّعَنَهُ ٱللَّهُۘ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا
An-Nisa' 4:119
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَٰمِ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Bermaksud: Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (117)
Yang telah dilaknat oleh Allah dan yang telah mengatakan: "Aku benar-benar akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); (118).
Aku benar-benar akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya."Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.(119).
Al-Kahfi 18:50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim, pengganti yang mereka pilih itu!"
- semua ini permusuhan iblis dan keturunannya dengan Adam dan keturunannya
Allah sentiasa mengingatkan Adam dan anak cucunya supaya berhati-hati dengan syaitan-syaitan. Manusia hendaklah sedar bahawa syaitan adalah musuhnya. Oleh ituia hendaklah dilayan sebagai musuh.
DisebutNya pada beberapa tempat di dalam al-Qur'an dengan terang bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata. Lihat sebagai contohnya beberapa firman Allah di bawah ini:
Thaa Ha 20:116وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ
Thaa Ha 20:117
فَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan lblis, dia enggan sujud."(116).
Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, sekali-kali janganlah sampai dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian, engkau (dan isterimu) akan menderita."(117).
Fathir 35:6
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ
Bermaksud: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penghuni Neraka.
Al-Baqarah 2:168
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yangterdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah 2:208
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh y ang nyata bagimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan