Ahad, April 10, 2022

Kitab ilal 01-15sssP04 ses8 minit 34

Kitab ilal 01-15sssP04

Perkara ke 4.
سَسَبُ بَيَانِ التَّرّمِذِيِّ مَذَاهِبِ الْفُقِهَاءِ وِعِلِلَ الٌأَحَدِيّثِ
Sebab Imam Tirmizi Menyatakan Mazhab Para Fuqaha' dan 'Ilat-ilat hadits.


 قَالَ أَبُو عِيسَى وَإِنَّمَا حملنَا على مَا بَينا فِي هَذَا الْكتاب من قَول الْفُقَهَاء وَعلل الحَدِيث لأَنا سئلنا عَن هَذَا فَلم نفعله زَمَانا ثمَّ فَعَلْنَاهُ لما رجونا فِيهِ من مَنْفَعَة النَّاس لأَنا قد وجدنَا غير وَاحِد من الْأَئِمَّة تكلفوا من التصنيف مَا لم يسْبقُوا إِلَيْهِ مِنْهُم هِشَام بن حسان وَعبد الْملك بن عبد الْعَزِيز بن جريج وَسَعِيد بن أبي عرُوبَة وَمَالك بن أنس وَحَمَّاد بن سَلمَة وَعبد الله بن الْمُبَارك

 وَيحيى بن زَكَرِيَّا بن أبي زَائِدَة ووكيع بن الْجراح وَعبد الرَّحْمَن بن مهْدي وَغَيرهم من أهل الْعلم وَالْفضل صنفوا فَجعل الله فِي ذَلِك مَنْفَعَة كَثِيرَة فترجو لَهُم بذلك الثَّوَاب الجزيل عِنْد الله لما نفع الله بِهِ الْمُسلمين فبهم الْقدْوَة فِيمَا صنفوا

Bermaksud: Sebab yang mendorong kami (saya) menyatakan pendapat para fuqaha' dan  'illat-'illat hadits di dalam Kitab ini (Sunan Tirmidzi) ialah kami (saya) pernah diminta menulis tentangnya. Tetapi kami (saya) tidak memenuhi permintaan itu buat sekian lama. Setelah itu barulah permintaan itu dipenuhi, tujuannya ialah semoga ia bermenafaat kepada orang ramai. Selain itu kami (saya) juga mendapati bukan seorang dua para imam telah menulis sesuatu yang tidak pernah ditulis oleh orang lain
sebelumnya. Antara mereka Hisyam bin Hassaan,²⁸ 'Abdul Malik bin 'Abdil 'Aziz bin Juraij,²⁹ Sa'id bin Abi 'Arubah,³⁰ Malik bin Anas,³¹ Hammaad bin Salamah,³²
'Abdullah bin al-Mubarak,³³ Yahya bin Zakariya bin Abi Zaa'idah,³⁴ Waki' bin al-Jarraah,³⁵ 'Abdur Rahman bin Mahdi³⁶ dan lain-lain orang yang berilmu pengetahuan.³⁷ Semua mereka mengarang, dan Allah memberikan banyak sekali menafa'atnya kepada orang ramai. Kami mengharapkan mereka mendapat banyak pahala daripada Allah kerana menafa'atnya yang diperolehi umat Islam. Tulisan merekalah yang menjadi ikutan.³⁸

____
²⁸ Al-Qurdusi m.147H. Salah seorang perawi enam kitab utama hadits. Beliau telah menerima hadits daripada Hasan al-Bashri, Muhammad bin Sirin, Ummul Huzail Hafshah binti Sirin, Ikrimah, Hisyam bin 'Urwah dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti ats-Tsauri, Zaa'idah, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Yazid bin Zurai', Ibnu Abi 'Adi dan lain-lain.

²⁹ Salah seorang perawi enam kitab utama hadits yang tsiqah tetapi selalu melakukan irsaal dan tadlis. Beliau lebih terkenal dengan kuniahnya Ibnu Juraij m.150H. Beliau telah mendengar hadits daripada 'Athaa', az-Zuhri, Muhammad bin al-Munkadir, Amar bin Dinar, Naafi', Hisyam bin 'Urwah, Ayyub dan lain-lain. Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu 'Ulaiyyah, Muhammad bin Bakr, Hisyam bin Yusuf, Ibnu Wahab, 'Abdur Razzaaq dan lain-lain pula adalah antara tokoh-tokoh yang menerima hadits daripadanya.

³⁰  Sa'id bin Abi 'Arubah meninggal dunia pada tahun 156H. Beliau telah mendengar hadits daripada an-Nadhr bin Anas bin Malik, Qataadah, Abi Ma'syar Ziad bin Kulaib, Mathar, Ya'la bin Hakim dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Ibnu al-Mubarak, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, 'Abdul A' la bin 'Abdil Ala, Abi 'Adi, Yazid bin Zurai', Rauh bin 'Ubaadah dan lain-lain.

³¹ Salah seorang daripada imam empat mazhab yang terkenal, m.179H.  Imam Malik mendengar hadits daripada Naafi', az-Zuhri, Yahya bin Sa'id al-Anshaari, Zaid bin Aslam, 'Abdullah bin Dinar, Saleh bin Kaisaan, Hisyam bin 'Urwah, Abu az-Zinaad dan lain-Iain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu al-Mubarak, Ibnu Mahdi, Ma'an bin 'Isa, Abu Ishaq al-Fazaari, Abu Nus aim, 'Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi, Abu 'Ashim, Ismaiil bin Abi Uwais dan lain-lain.

³² Hammaad bin Salamah adalah anak saudara Humaid at-Thawil. Beliau telah mendengar hadits daripada Tsabit al-Bunaani, Daud bin Abi Hind, Muhammad bin Ziad, Ayyub asSakhtiani, Qataadah, 'Abdur Rahman bin al-Qasim dan lain-lain. Antara orang yang telah menerima hadits daripada beliau pula ialah Bahz bin Asad, an-Nadhr bin Syumail, 'Abdur Rahman bin Mahdi, 'Abdul A'la bin Hammaad, Yazid bin Harun, Waki' dan lain-lain. Hammaad bin Salamah meninggal dunia pada tahun 167H.

³³ Beliau telah mendengar hadits daripada Ma'mar bin Rasyid, Yunus bin Yazid, Yahya bin Sa'id, al-Auza'i, Syu'bah, ats-Tsauri, Hisyam bin 'Urwah dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula ialah Ibnu Mahdi, Muslim bin Ibrahim, Mu'aadz bin Asad, 'Abdaan, Muhammad bin Muqatil, Muhammad bin Ahmad Mardawaih dan Iainlain. 'Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia pada tahun 181 H.

³⁴ Beliau telah mendengar hadits daripada Abu Malik al-Asyja'i, 'Aashim al-Ahwal, ayahnya sendiri (Zakariya bin Abi Zaa'idah), 'Amar bin Maimun, Hajjaaj bin Arthaat, Mis'ar, Hisyam bin 'Urwah, 'Abdul Malik bin Abi Sulaiman, Yahya bin Salid al-Anshari, A'masy' Ibnu Juraij dan lain-lain.

Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula ialah Sahal  bin 'Utsman, Ibnu Abi Syaibah, Abu Kuraib, Ibrahim bin Musa ar-Razi, Yahya bin Yahya , Suarij bin Yunus, Hannaad bin as-Sari, Ahmad bin Hambal, Yahya bin Adam, Ya'qub ad' Dauraqi dan lain-lain. Yahya bin Zakariya bin Abi Zaa'idah adalah seorang qadhh (Hakim) dan beliau telah meninggal dunia pada tahun 183H di Mada'in ketika berumur 63.

³⁵   Beliau telah mendengar hadits daripada Ismail bin Abi Khalid, A'masy, ats-Tsauri, Syu'bah, 'Ali bin al-Mubarak, Kahmas bin al-Hasan, Mis'ar, Hisyam ad-Dastuwa'i, Fudhail bin Ghazwan, Hisyam bin 'Urwah, Israil, Syu'bah, Hammaad bin Salamah dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula ialah Zuhair bin Harb, Ibnu Abi
Syaibah, Abu Kuraib, Ishaq, Abu Sa'id al-Asyajj, Ibnu Numair, 'Amar an-Naaqid, Nashr bin -Ali al-Jahdhami, Muhammad bin Haatim dan lain-lain. Waki' adalah seorang perawi hafiz lagi mutqin (teguh). Beliau dilahirkan pada tahun 129H dan telah meninggal dunia pada tahun 197H ketika sedang dalam perjalanan pulang dari mengerjakan haji. Umur beliau pada ketika itu ialah 68 tahun.

³⁶  Beliau telah mendengar hadits daripada ats-Tsauri, Syu'bah, Malik, Ibnu al-Mubarak, Hammaad bin Salamah, Mahdi bin Maimun dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau pula ialah Shadaqah bin al-Fadhl, 'Ali bin al-Madini, Ishaq bin Ibrahim al-Hanzhali, Bundaar dan lain-lain. 'Abdur Rahman bin Mahdi meninggal dunia pada tahun 198H ketika berumur 63 tahun.

³⁷  Kata Ibnu Khirasy, "Dikatakan, orang yang mula-mula mengarang kitab hadits ialah Sa'id bin Abi 'Arubah." Kata Ya'qub bin Syaibah, "Kata orang, sesungguhnya orang yang mula-mula mengarang kitab hadits di Kufah, Yahya bin Zakariya bin Abi Zaa'idah. Dan di Bashrah Hammaad bin Salamah." 'Abdullah bin Ahmad bertanya ayahnya, Ahmad bin Hambal:

"Siapakah yang mula-mula mengarang kitab hadits?" Jawab ayahnya, Ahmad bin Hambal: "Ibnu Juraij dan Ibnu Abi  'Arubah." Maksud beliau ialah dan orang-orang lain seperti mereka berdua.

Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi berkata: "Orang yang mula-mula mengarang kitab hadits berdasarkan bab menurut apa yang saya tahu ialah ar-Rabi' bin Shabih di Bashrah. Kemudian selepas beliau Sa'id bin Abi 'Arubah, juga di Bashrah. Khalid bin Jamil yang dipanggil Al'Abd dan Ma'mar pula di Yaman. Ibnu Juraij di Mekah. Kemudian Sufyan ats-Tsauri di Kufah dan Hammaad bin Salamah di Bashrah. 

Ibnu 'Uyainah juga mengarang di Mekah. 
Al-Walid bin Muslim di Syam. 
Jarir bin 'Abdul Hamid di Rai. 
Ibnu al-Mubarak di Marwa dan Khurasan. 
Husyaim di Wasith. 
Pada masa itu juga mengarang di Kufah Ibnu Abi Zaa'idah, Ibnu Fudhail, dan Waki'. Kemudian 'Abdur Razzaaq dan Abu Qurrah Musa bin Thariq di Yaman." 
(Lihat Ibnu Rajab - Syarah 'Ilal at-Tirmizi m/s 38-39, Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi - al-Muhaddits al-Faashil Baina ar-Rawi Wa al-Waa'i m/s 611-613).

³⁸ Kitab Tirmidzi ditulis di peringkat ketiga zaman pembukuan kitab-kitab hadits. Kitab-kitab hadits yang ditulis di zaman itu tidak mengandungi pendapat para mujtahidin, keterangan tentang kecacatan-kecacatan yang terdapat di dalam hadits dan juga perihal perawi-perawi yang meriwayatkannya. Kitab-kitab hadits yang ditulis di peringkat pertama dan kedua zaman pembukuan hadits juga kosong daripada semua yang tersebut itu. Kemudian Imam Tirmidzi mulai menyusun Kitab Sunannya berbeza daripada kitab-kitab sebelumnya. Beliau menjelaskan sebabnya di sini. Kata beliau, "Saya diminta menulisnya. Saya sendiri buat sekian lama tidak berani menyempumakan permintaan mereka itu. Alasan saya ialah orang-orang sebelum saya tidak ada yang berbuat begitu. Tetapi kemudiannya fikiran saya berubah. Saya berfikir, memang ada kebaikan dan menafa'atnya untuk orang ramai. Orang-orang dahulu juga ada menulis buku-buku yang tidak pernah ditulis sepertinya sebelum itu. Kemudian Imam Tirmidzi menyebut nama-nama besar sebelum beliau yang telah menulis, dan tulisan mereka banyak sekali menafa'atnya kepada orang ramai. Kerana itu mereka berhak mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Merekalah sebenamya yang menjadi ikutan Tirmidzi dalam hal ini.

Hisyam bin Hassaan,²⁸m.147H
Merima hadits dari:Hasan al-Bashri,Muhammad bin Sirin, 
Ummul Huzail Hafshah binti Sirin, Ikrimah.
Ambil haditsnya:Hisyam bin 'Urwah  ats-Tsauri, Zaa'idah, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Yazid bin Zurai', Ibnu Abi 'Adi 


Abdul Malik bin 'Abdil 'Aziz bin Juraij,²⁹ m.150H
Mendengar hadits daripada 'Athaa', az-Zuhri, Muhammad bin al-Munkadir, Amar bin Dinar, Naafi', Hisyam bin 'Urwah, Ayyub . 
Meriwayatkan hadits daripadanya. Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu 'Ulaiyyah, Muhammad bin Bakr, Hisyam bin Yusuf, Ibnu Wahab, 'Abdur Razzaaq 



Sa'id bin Abi 'Arubah,³⁰m156H
Mendengar hadits daripada an-Nadhr bin Anas bin Malik, Qataadah, Abi Ma'syar Ziad bin Kulaib, Mathar, Ya'la bin Hakim 
Meriwayatkan hadits daripada beliau Ibnu al-Mubarak, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, 'Abdul A' la bin 'Abdil Ala, Abi 'Adi, Yazid bin Zurai', Rauh bin 'Ubaadah 


Malik bin Anas,³¹ m.179H(imam malik )
Mendengar hadits daripada Naafi', az-Zuhri, Yahya bin Sa'id al-Anshaari, Zaid bin Aslam, 'Abdullah bin Dinar, Saleh bin Kaisaan, Hisyam bin 'Urwah, Abu az-Zinaad 
Meriwayatkan hadits daripada beliau : Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu al-Mubarak, Ibnu Mahdi, Ma'an bin 'Isa, Abu Ishaq al-Fazaari, Abu Nus aim, 'Abdullah bin Maslamah al-Qa'nabi, Abu 'Ashim, Ismaiil bin Abi Uwais .


Hammaad bin Salamah,³²m167H
Mendengar hadits daripada Tsabit al-Bunaani, Daud bin Abi Hind, Muhammad bin Ziad, Ayyub asSakhtiani, Qataadah, 'Abdur Rahman bin al-Qasim dan lain-lain. 
Menerima hadits daripada beliau: Bahz bin Asad, an-Nadhr bin Syumail, 'Abdur Rahman bin Mahdi, 'Abdul A'la bin Hammaad, Yazid bin Harun, Waki'


Abdullah bin al-Mubarak,³³m181 H.
mendengar hadits daripada Ma'mar bin Rasyid, Yunus bin Yazid, Yahya bin Sa'id, al-Auza'i, Syu'bah, ats-Tsauri, Hisyam bin 'Urwah . 
Meriwayatkan hadits daripadanya: Ibnu Mahdi, Muslim bin Ibrahim, Mu'aadz bin Asad, 'Abdaan, Muhammad bin Muqatil, Muhammad bin Ahmad Mardawaih


Yahya bin Zakariya bin Abi Zaa'idah,³⁴ m183H
Mendengar hadits daripada Abu Malik al-Asyja'i, 'Aashim al-Ahwal, ayahnya sendiri (Zakariya bin Abi Zaa'idah), 'Amar bin Maimun, Hajjaaj bin Arthaat, Mis'ar, Hisyam bin 'Urwah, 'Abdul Malik bin Abi Sulaiman, Yahya bin Salid al-Anshari, A'masy' Ibnu Juraij .
Yang meriwayatkan hadits daripadanya: Sahal  bin 'Utsman, Ibnu Abi Syaibah, Abu Kuraib, Ibrahim bin Musa ar-Razi, Yahya bin Yahya , Suarij bin Yunus, Hannaad bin as-Sari, Ahmad bin Hambal, Yahya bin Adam, Ya'qub ad' Dauraqi .



Waki' bin al-Jarraah,³⁵(129H-197H)
Mendengar hadits daripada Ismail bin Abi Khalid, A'masy, ats-Tsauri, Syu'bah, 'Ali bin al-Mubarak, Kahmas bin al-Hasan, Mis'ar, Hisyam ad-Dastuwa'i, Fudhail bin Ghazwan, Hisyam bin 'Urwah, Israil, Syu'bah, Hammaad bin Salamah 
Yang meriwayatkan hadits daripadanya: Zuhair bin Harb, Ibnu AbiSyaibah, Abu Kuraib, Ishaq, Abu Sa'id al-Asyajj, Ibnu Numair, 'Amar an-Naaqid, Nashr bin -Ali al-Jahdhami, Muhammad bin Haatim 


'Abdur Rahman bin Mahdi³⁶m198H
Mendengar hadits daripada: ats-Tsauri, Syu'bah, Malik, Ibnu al-Mubarak, Hammaad bin Salamah, Mahdi bin Maimun. Meriwayatkan hadits daripada: Shadaqah bin al-Fadhl, 'Ali bin al-Madini, Ishaq bin Ibrahim al-Hanzhali, Bundaar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan