Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 107 19/6/22s
(334-339)
٥٦ - باب مَا جَاءَ فِي الْوُضُوءِ مِنَ الرِّيحِ:
56 - Bab Berwudhu’ Kerana Kentut.⁶⁶⁸
«٧٤» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَهَنَّادٌ قَالاَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ وُضُوءَ إِلاَّ مِنْ صَوْتٍ أَوْ رِيحٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
74 - Qutaibah dan Hannād meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada Syu`bah daripada Suhail bin Abi Shaleh daripada ayahnya (Abi Shaleh) daripada Abi Hurairah, beliau berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada wudhu’ kecuali kerana (terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur).”⁶⁶⁹
Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”⁶⁷⁰
____________________
⁶⁶⁸ Keluar angin dari dubur (kentut) juga merupakan salah satu perkara yang membatalkan wudhu’ menurut kesepakatan para `ulama’. Itulah tujuan Imam Tirmidzi mengadakan bab ini.
⁶⁶⁹ Maksudnya ialah tiada wudhu’ diwajibkan ke atas seseorang yang telah bersuci dari ĥadats kecuali apabila ia berhadats pula, misalnya dengan berkentut yang diyakini betul-betul telah berlaku dengan mendengar bunyinya atau mendapat baunya.
Seseorang boleh melakukan beberapa ibadat yang disyaratkan “suci dari hadats” dengan satu wudhu’ sahaja selagi ia tidak berhadats kembali.
Hadits ini tidaklah hendak membatas dan menghadkan perkara yang membatalkan wudhu’ itu hanya dengan kentut sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang membatalkan wudhu’. Disebutkan kentut sahaja kerana itulah yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Orang yang bertanya pula dalam keraguan (syak) sama ada dia telah
benar-benar berkentut atau pun tidak.
Jawapan daripada Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan bahawa kesucian seseorang yang yakin ia telah bersuci (berwudhu’ misalnya) tetap kekal dan ia tidak hilang
dengan keraguan atau syak semata-mata. Ia baru dikira hilang apabila telah benar-benar berlaku perkara yang membatalkannya. Kepada orang-orang yang berpenyakit waswas, bunyi kentut atau baunya yang jelas itulah seharusnya dijadikan panduan untuk menentukan sama ada ia telah benar-benar berkentut atau tidak. Kepada orang-orang yang tidak waswas pula, keyakinannyalah
yang menjadi penentu. Jika ia yakin telah berkentut, bererti telah terbatallah wudhu’nya dengan yakin. Tidak kira sama ada kentutnya berbunyi atau pun tidak, dan berbau atau pun tidak.
Sabda Nabi s.a.w. “kecuali kerana (terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur)”, tidaklah menafikan terbatalnya wudhu’ dengan sebab berak atau kencing dan lain-lain. Kerana syariat Islam tidak datang sekali gus kepada Rasulullah s.a.w. Ia datang dengan berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit sesuai dengan keperluan semasa, sehingga akhirnya ia sempurna.
Contoh lainnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ
Bermaksud: Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah melainkan kerana salah satu
daripada tiga perkara ini; (1) (kerana) membunuh orang, (2) berzina setelah berkahwin secara sah, (3) keluar dari agama dengan meninggalkan jama`ah (umat Islam).
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain).
Setelah meneliti banyak lagi hadits-hadits yang lain, para `ulama’ mendapati perkara yang menghalalkan darah seseorang muslim bukan tiga itu sahaja, malah ada lebih
kurang sepuluh sebab semuanya.
Demikian juga dengan hadits ke-74 ini, walaupun tersebut di dalamnya hanya kentut sahaja yang membatalkan wudhu’, tetapi tidaklah itu sahaja yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. pada kesempatan-kesempatan lain berhubung dengan perkara yang membatalkan wudhu’. Terbukti banyak lagi sebab-sebab lain yang membatalkan
wudhu’, dan semuanya berpunca daripada Baginda s.a.w. juga.
⁶⁷⁰ Selain Tirmidzi, hadits ini juga dikemukakan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausathnya.
٧٥» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَوَجَدَ رِيحًا بَيْنَ أَلْيَتَيْهِ فَلاَ يَخْرُجْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا)). قَالَ: وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَعَلِيِّ بْنِ طَلْقٍ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي سَعِيدٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَهُوَ قَوْلُ الْعُلَمَاءِ أَنْ لاَ يَجِبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ إِلاَّ مِنْ حَدَثٍ يَسْمَعُ صَوْتًا أَوْ يَجِدُ رِيحًا. وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ إِذَا شَكَّ فِي الْحَدَثِ فَإِنَّهُ لاَ يَجِبُ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ حَتَّى يَسْتَيْقِنَ اسْتِيقَانًا يَقْدِرُ أَنْ يَحْلِفَ عَلَيْهِ. وَقَالَ إِذَا خَرَجَ مِنْ قُبُلِ الْمَرْأَةِ الرِّيحُ وَجَبَ عَلَيْهَا الْوُضُوءُ. وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ.
75 - Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul `Aziz bin Muhammad meriwayatkan kepada kami daripada Suhail bin Abi Shaleh daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, (kata beliau): “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu berada di masjid⁶⁷¹ lalu mendapat angin di antara dua papan punggungnya, maka janganlah ia keluar sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya.”⁶⁷²
Abu `Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Abdillah bin Zaid, Ali bin Thalq, `Aaishah, Ibni `Abbās, Ibni Mas`ud dan Abi Sa`id.”⁶⁷³
Abu `Isa berkata lagi: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁷⁴ Pendapat para `ulama’ ialah seseorang tidak perlu (wajib) berwudhu’ sehingga ia berĥadats, di mana ia mendengar bunyi atau mendapat bau (kentutnya).
Abdullah bin al-Mubarak berkata: “Jika seseorang syak sama ada ia berhadas atau tidak,⁶⁷⁵ maka tidak perlulah ia berwudhu’ selagi tidak benar-benar yakin, sehingga ia berani bersumpah dengannya.”⁶⁷⁶ Beliau (Abdullah bin Mubarak) berkata lagi, “Jika keluar angin dari kemaluan perempuan(faraj), maka ia wajib berwudhu’.”⁶⁷⁷ Inilah juga pendapat Syafi`e dan Ishaq.⁶⁷⁸
____
⁶⁷¹ Yang dimaksudkan dengan perkataan “masjid” di sini ialah masjid sebenar menurut istilah syara` atau tempat bersujud atau bershalat (menurut bahasa `Arab),
merangkumi masjid dan lain-lain seperti mushalla, surau atau tempat bershalat di rumah sendiri.
Disebut masjid, kerana masjidlah tempat bershalat yang paling sempurna, lebih-lebih lagi dengan berjama`ah. Ia secara tidak langsung mengisyaratkan kepada tempat
beribadat yang paling sempurna dan terpilih untuk umat Islam.
⁶⁷² Maksudnya ialah seseorang tidak perlu meninggalkan tempat shalatnya untuk pergi berwudhu’ kerana semata-mata perasan atau syak telah berkentut. Ini kerana wudhu’ seseorang yang diyakini telah ada tidak akan hilang dengan semata-mata perasan atau syak. Berbeza keadaannya apabila seseorang yakin telah berkentut, sama ada dengan mendengar bunyi kentut atau mendapat bau busuknya atau pun tidak. Dalam keadaan ini barulah ia dianjurkan keluar untuk berwudhu’ kembali.
Sabda Nabi s.a.w. “sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya”merupakan kinayah kepada yakin telah berkentut. Mendengar bunyi kentut atau
mendapat baunya bukanlah syarat dengan ijma` `ulama’. Kerana orang tuli tidak akan mendengar dan orang yang mati deria penciuman pula tidak akan mendapat bau
kentutnya, walau sebusuk mana sekalipun kentutnya.
Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat diambil
daripada hadits ini ialah:
(1) Ia merupakan satu satu asas bagi beberapa qaedah fiqh yang sangat luas
cakupannya. Antaranya ialah:
1 -اليقينَالَيزولَبالشكَفيَشيءَمنَأمرَالشرعَ
Bermaksud: Sesuatu yang yakin tidak hilang dengan sebab syak dalam apa pun urusan
agama.
2 -الشكَيدرأَباليقينَ
Bermaksud: Syak tertolak dengan yakin.
3 -اليقينَالَيزولَإالَبمثله
Bermaksud: Keyakinan tidak hilang melainkan dengan keyakinan seumpamanya.
ْ4 -الأَصْل بَقَاء مَا كَانَ على مَا كَانَ
Bermaksud: Pada dasarnya sesuatu (dikira) kekal atas keadaannya yang asal.
(2) Hadits ke-74 dan ke-75 menunjukkan angin yang keluar daripada dubur (kentut)
membatalkan wudhu’.
(3) Tidak harus ada perasaan malu dalam mengajarkan sesuatu hukum. Nabi s.a.w. mengajarkan segala perkara kepada para sahabatnya, termasuk berkenaan dengan
kentut, adakah ia membatalkan wudhu’ atau pun tidak.
(4) Keabsahan qarinah atau bukti dalam menentukan hukum-hakam agama.
(5) Tidak wajib mengambil air sembahyang untuk setiap kali bershalat atau melakukan ibadat-ibadat lain yang disyaratkan suci (berwudhu’) ketika melakukannya.
⁶⁷³ Hadits `Abdullah bin Zaid dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. Hadits `Ali bin Thalq dikemukakan oleh Abu Daud dan Tirmidzi. Hadits `Aaishah dikemukakan oleh Ahmad, al-Bazzaar, dan at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabir. Hadits Ibnu `Abbaas dikemukakan oleh al-Bazzaar dan al-Baihaqi. Hadits Abu Sa`id pula dikemukakan oleh Abu Ya`la.
⁶⁷⁴ Selain Tirmidzi, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Abu `Awānah di dalam
Musnadnya, Abu Nu`aim di dalam Mustakhrajnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya
juga turut meriwayatkan hadits ke-75 ini.
⁶⁷⁵ selepas yakin telah bersuci.
⁶⁷⁶ Iaitu berani dan sanggup bersumpah bahawa wudhu’nya memang telah terbatal kerana betul-betul telah berkentut atau terkentut.
⁶⁷⁷ Kerana telah keluar sesuatu yang membatalkan wudhu’ dari salah satu saluran najis, iaitu qubul atau farajnya.
-ada byk dibincang dalam ilal tirmizi perkara kedua, pendapat syafie qaul qadim yang mempunyai sanad.
⁶⁷⁸ Berbeza daripada pendapat golongan Ĥanafiyyah. Mereka mengatakan keluar angin daripada qubul tidak membatalkan wudhu’.
Alasannya menurut Mulla `Ali al-Qāri ialah keadaan itu jarang berlaku. Maka ia tidak termasuk dalam kehendak nas hadits. Alasan yang diberikan oleh Ibnu al-Humām lebih tepat lagi. Bagi beliau, angin yang keluar daripada zakar tidak lebih daripada pergerakan urat saraf padanya, ia
bukan angin sebenar. Kerana itu tidaklah akan terbatal wudhu’ dengan sebabnya. Keadaannya sama seperti angin yang keluar daripada perut apabila dibedah.
-itu pendapat Humam(tokoh besar mazhab Hanafi) yang kata solat sunat tarawih 8 rakaat. Dia syarah itu bukan angin sebenar. Sebenarnya tiada angin yang keluar.
Sesetengah `ulama’ Ĥanafiyyah di dalam Syarahnya bagi Syaraĥ Wiqāyah berkata, “Tokoh-tokoh `ulama’ dalam madzhab kita sependapat tentang angin yang keluar
daripada dubur membatalkan wudhu’. Mereka berbeza pendapat tentang angin yang keluar daripada zakar dan qubul (faraj) wanita. Al-Qudūri meriwayatkan daripada
Muhammad bahawa ia membatalkan wudhu’. Inilah pegangan sebahagian masyaikh.
Abul Ĥasan berpendapat angin yang keluar daripada kedua-duanya tidak membatalkan wudhu’, kecuali kalau wanita mufdhāt iaitu wanita yang bertemu kedua-dua saluran najisnya, qubul dan dubur.
-ini khilaf
-Al-Qudūri adalah tokoh besar hanafi.
-wanita muf dhāt =wanita yang bertemu kedua-dua saluran najisnya, qubul dan dubur.
Sesetengah `ulama’ berpendapat, wanita mufdhāt itu ialah wanita yang saluran kecing dan haidhnya bertemu (terkoyak), maka eloklah ia berwudhu’ jika keluar angin daripadanya. Syeikh Abu Ĥafsh al-Kabīr pula
berpendapat, wanita mufdhāt wajib berwudhu’ (untuk bershalat dan sebagainya), jika keluar angin daripada qubulnya (kerana wudhu’nya terbatal dengan sebab keluar
angin itu).
Wanita tidak mufdhāt pula tidak wajib. Demikianlah disebut oleh Hisyām di dalam Nawādirnya daripada Muhammad. Sesetengah masyaikh pula berpendapat bahawa jika angin yang keluar daripada qubul mufdhāt itu berbau busuk, maka ia membatalkan wudhu’. Jika tidak, maka tidak. Demikianlah tersebut di dalam adz-Dzakhīrah.
Daripada keterangan itu dapatlah engkau faham bahawa para `ulama’ terbahagi kepada dua kumpulan berhubung dengan angin yang keluar daripada zakar dan qubul
wanita:
Pertamanya ialah ia membatalkan wudhu’. Dalilnya ialah makna umum yang difahami daripada hadits bahawa hadats itu ialah apa yang keluar melalui salah satu
daripada dua saluran najis (qubul dan dubur). Ini kerana yang dikira ialah umum lafaz hadits, bukan sebabnya yang khusus. Itulah yang dipegang oleh asy-Syafi`e.
Demikian tersebut di dalam al-Bināyah(kitab syarah).
Keduanya pula ialah ia tidak membatalkan wudhu’. Inilah pendapat pengarang al-Hidāyah. Alasan beliau ialah angin itu tidak datang dari tempat najis. pendapat ini
berlandaskan angin itu sendiri bukan najis. Ia baru menjadi najis apabila melalui tempat najis. Alasan yang dikemukakan oleh orang lain pula ialah apa yang berlaku
sebenarnya hanyalah pergerakan saraf atau otot pada qubul dan zakar, bukan angin yang keluar. Tidak ada apa pun sebenarnya yang keluar. Kalau diandaikan angin
sekalipun yang keluar, tetap juga ia tidak najis.
(Lihat Taĥfatul Aĥwadzi j.1 m/s 251-252).
٧٦ - حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبَلُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
76 - Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami
daripada Hammām bin Munabbih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima shalat⁶⁷⁹ seseorang daripada kamu⁶⁸⁰ jika berhadats (kecil)sehingga ia berwudhu’.”⁶⁸¹Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”
⁶⁷⁹ Maksud “Allah tidak menerima shalat” ialah tidak mengira ia sah dan melepaskan tanggungjawabnya terhadap Allah.
Minit 40
-tidak terima dipakai sebagai
(maksud tidak diterima itu apa maknanya?)
1.qobul ijzat(tidak sah) atau
2.qobul ithabah(tidak mendapat pahala,sekadar melepaskan tanggunjawabnya)
Contoh solat pakai kain yang dicuri, boleh lepas tanggung jawab tetapi tak dapat pahala.
- kitab maarifusuunah ada syarahan tentang qobul .
⁶⁸⁰ Seseorang daripada kamu yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini ialah para sahabat dan juga umat Baginda, termasuk lelaki dan perempuan.
-dan maksud umat secara tak langsung adalah kita yang datang beratus tahun kemudian.
- perkataan أَحَدِكُمْ dalam ayatلَا يَقْبَلُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ
⁶⁸¹ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat difaham daripada hadits ini ialah:
(1) Wudhu’ tidak wajib untuk setiap kali hendak bersembahyang. Sebabnya ialah Nabi s.a.w. telah menafikan penerimaan sembahyang orang yang berhadats(kecil) sehingga ia berwudhu’. Apabila ia berwudhu’, maka diterimalah sembahyangnya selagi ia tidak berhadats kembali.
- tawaf juga perlu wuduk
-wuduk apabila hendak melaksanakan solat إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ,cuma eluk jika sentiasa dalam keadaan wuduk
-Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.
-tayamum hanya untuk satu solat, waktu lain perlu tayamun yang lain lagi.
-seeluk wuduk buat satu amalan dulu denganya untuk elak membazir.
(2) Sembahyang yang dikerjakan dalam keadaan berhadats tidak sah, sama ada seseorang itu berhadats dengan sengaja atau dengan tidak sengaja. Ini kerana hadits
tidak membezakan di antara hadats yang berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja.
(3) Semua sembahyang tidak kira fardhu mahupun sunat memerlukan kepada keadaan suci daripada hadats.
- wuduk tidak wajib pada setiap kali nak solat
- memperbarui wuduk boleh tetapin seeluknya wuduk telahpun digunakan sekurang-kurang sekali.
(4) Hadats (kecil) adalah sesuatu yang membatalkan wudhu’, termasuklah di dalamnya kentut, sama ada berbunyi atau pun tidak.
- hadas menyebabkan malaikat tidak akan mendekati kita.
- hadas kotor pada pandangan malaikat.
- malaikat boleh memberi faedah kepada kita seperti memohon ampun untuk kita, membawa rahmat kepada kita dll.
-berwuduk sebelum mandi janabah, menyebabkan malaikat rahmat datang kepada kita.
- kita memerlukan pertolongan malaikat rahmat
- kesan malaikat bersama adalah rajin buat perkara baik, kita tidak dukacita dll. Mahukan kedamaian mahukan kebaikan untuk orang lain menunjukan adanya kesan dampingan dari malaikat
(5) Hadats terbahagi dua. Hadats kecil dan hadats besar. Hadats kecil terangkat dengan berwudhu’. Hadats besar pula ialah suatu keadaan yang menghendaki seseorang mandi untuk mengangkat atau menghilangkannya. Seperti keadaan berjunub, suci dari haidh dan lain-lain. Seseorang tidak boleh bersembahyang dan lain-lain sebelum mengangkat dua hadats tersebut. Dalam keadaan tiada air pula, tayammum mengambil tempat (menjadi pengganti) kedua-duanya.
- ayat quran tentang tayamum 2 tempat
1.Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا 👈فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki.
(Hadas besar pula)
Jika kamu junub, maka 👉mandilah(lebih bersungguh2). Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan(isteri), maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.
- ini ayat tentang wuduk dalam quran.
-perkataan فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ (binat mubalaghah), meratakan air keseluruh badan.
- mandi boleh mengangkat kedua- dua hadas.
An-Nisa' 4:43
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati shalat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. . Tetapi ma`na tersiratnya tetap merangkumi hadats besar juga.
-tayamun untuk mengangkat hadas kecil dan besar sama sahaja.
-makna صَعِيدًا طَيِّبًا ialah permukaan bumi.
(6) Zahir hadits ke-76 ini berbicara tentang hadats kecil. Tetapi ma`na tersiratnya tetap merangkumi hadats besar juga.
(7) Zahir hadits ini menolak perbuatan menyambung sembahyang (البناء علىَ الصالةَ ) apabila seseorang berhadats ketika sedang bersembahyang. Ia tidak boleh pergi
berwudhu’ dan kembali menyambung sembahyangnya setelah berhadats.
(8) Sembahyang seseorang terbatal dengan berhadats, tidak kira sama ada ia berhadats di permulaannya, di tengahnya atau di penghujungnya, selagi ia belum memberi salam. Selain Tirmidzi, hadits ini juga diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, `Abdur Razzāq, Ahmad, Abu `Awaanah di dalam Musnadnya dan Abu Nu`aim di
dalam Mustakhrajnya.
Habis setakat hari ini 19/6/22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan