Selasa, Jun 21, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 107 19/6/22ss2



Jami ' tirmizi kitab bersuci 19/6/22(2)

⁶⁶⁸ Keluar angin dari dubur (kentut) juga merupakan salah satu perkara yang membatalkan wudhu’ menurut kesepakatan para `ulama’. Itulah tujuan Imam Tirmidzi mengadakan bab ini.

⁶⁶⁹ Maksudnya ialah tiada wudhu’ diwajibkan ke atas seseorang yang telah bersuci dari ĥadats kecuali apabila ia berhadats pula, misalnya dengan berkentut yang diyakini betul-betul telah berlaku dengan mendengar bunyinya atau mendapat baunya.
Seseorang boleh melakukan beberapa ibadat yang disyaratkan “suci dari hadats” dengan satu wudhu’ sahaja selagi ia tidak berhadats kembali.
Hadits ini tidaklah hendak membatas dan menghadkan perkara yang membatalkan wudhu’ itu hanya dengan kentut sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang membatalkan wudhu’. Disebutkan kentut sahaja kerana itulah yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Orang yang bertanya pula dalam keraguan (syak) sama ada dia telah
benar-benar berkentut atau pun tidak. 
Jawapan daripada Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan bahawa kesucian seseorang yang yakin ia telah bersuci (berwudhu’ misalnya) tetap kekal dan ia tidak hilang 
dengan keraguan atau syak semata-mata. Ia baru dikira hilang apabila telah benar-benar berlaku perkara yang membatalkannya. Kepada orang-orang yang berpenyakit waswas, bunyi kentut atau baunya yang jelas itulah seharusnya dijadikan panduan untuk menentukan sama ada ia telah benar-benar berkentut atau tidak. Kepada orang-orang yang tidak waswas pula, keyakinannyalah 
yang menjadi penentu. Jika ia yakin telah berkentut, bererti telah terbatallah wudhu’nya dengan yakin. Tidak kira sama ada kentutnya berbunyi atau pun tidak, dan berbau atau pun tidak.
Sabda Nabi s.a.w. “kecuali kerana (terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur)”, tidaklah menafikan terbatalnya wudhu’ dengan sebab berak atau kencing dan lain-lain. Kerana syariat Islam tidak datang sekali gus kepada Rasulullah s.a.w. Ia datang dengan berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit sesuai dengan keperluan semasa, sehingga akhirnya ia sempurna.
Contoh lainnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
 لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ
Bermaksud: Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah melainkan kerana salah satu 
daripada tiga perkara ini; (1) (kerana) membunuh orang, (2) berzina setelah berkahwin secara sah, (3) keluar dari agama dengan meninggalkan jama`ah (umat Islam). 
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain). 

Setelah meneliti banyak lagi hadits-hadits yang lain, para `ulama’ mendapati perkara yang menghalalkan darah seseorang muslim bukan tiga itu sahaja, malah ada lebih 
kurang sepuluh sebab semuanya.

Demikian juga dengan hadits ke-74 ini, walaupun tersebut di dalamnya hanya kentut sahaja yang membatalkan wudhu’, tetapi tidaklah itu sahaja yang disabdakan oleh 
Rasulullah s.a.w. pada kesempatan-kesempatan lain berhubung dengan perkara yang membatalkan wudhu’. Terbukti banyak lagi sebab-sebab lain yang membatalkan 
wudhu’, dan semuanya berpunca daripada Baginda s.a.w. juga. 

⁶⁷⁰ Selain Tirmidzi, hadits ini juga dikemukakan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausathnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan