Saya katakan kepada anak-anak, hari ini kita jadikan Ayah sebagai King dan mummy sebagai Queen, dan mereka sebagai 'prince' dan 'princesses'.
Dengar cakap ayah, ikut apa permintaan ayah, untuk hari ini saja,
Sebab hari ini "Hari Ayah Sedunia".
Sebenarnya hari-hari pun memang "Hari Ibu" dan "Hari Ayah".
Tapi saja kita nak fokuskan kepada anak-anak, ada hari khas untuk 'bapa'.
Betapa memori peristiwa ini akan menjadi model kepada si anak lelaki dan anak perempuan juga, berkenaan 'peranan BAPA dalam keibubapaan' di dalam rumah...
Ikut suka lah nak namakan apa pun 😁, itu keluarga kita dan kitalah yang corakkannya. Untuk anak-anak, ia difikirkan sebagai 'normal' untuk semua rumah.
Sehinggalah mereka bercampur keluarga lain dan besar dewasa kelak, mereka akan menyedari perbezaan dan persamaan, menilai baik kurang baik, sesuai kurang sesuai dan aplikasikan mana yang mereka rasa bermakna.
"SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA BUAT SEMUA AYAH, KERANA ANDA ADALAH DUNIA ANAK HARI INI UNTUK HARI DEPAN MEREKA KELAK. KALIAN ADALAH SANGAT PENTING". Bukan setakat makan minum, rumah, pakai, dan keperluan fizikal malahan anda juga adalah sumber pengisian emosi dan ruhani anak-anak ini, pembela kita pada masa depan.
*saja kumpulkan mana poster yang ada 'bapa', setakat koleksi lihat-lihat baca-baca kita ya. Semua poster ini memang 'design' dan tulisan saya sendiri tau, sendiri baca balik rasa macam oh terkesan juga, betapa kita manusia ni cepat betul lupa.. moh lah kita ingatkan diri kita sama-sama 😁😁😁.
Terima kasih semua ayah!
Kita tag suami kita untuk sama-sama bersama kita menyokong ibu dan peranan keibubapaan di dalam rumah, kan 🤩💪💖.
Maznah Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan