Saya ada soalan jujur ingin ditanyakan kepada para penggubal silibus sekolah dan para guru yang mengajar.
Sebagai pakar psikiatri, felo psikiatri kanak-kanak dan remaja dan pensyarah perubatan di universiti awam, apabila saya mengajar (dan belajar) bab developmental psychology (psikologi perkembangan manusia), kita akan dapati kanak-kanak hanya mula memahami konsep abstrak (tersirat) (abstract reasoning) pada fasa umur 11/12 tahun ke atas.
Ini kerana otak pada usia sebelum itu (7-12) masih dalam fasa kognitif - concrete operational, di mana mereka mula belajar memahami pengetahuan berdasarkan pemikiran logik, pengelasan subject concrete (objek/ topik nyata, bukan abstrak).
Jika lihat buku teks, kemahiran yang ingin diajar ialah mena'akul. penakkulan ini ialah kemahiran kognitif aras tinggi, fasa formal operational (12 tahun ke atas).
Jadi, soalan saya.
1. Apakah rasional topik tersurat dan tersirat dimasukkan dalam silibus Bahasa Melayu seawal darjah dua (umur 8 tahun).
2. Apakah justifikasi saintifik bagi tindakan ini (samaada dari aspek pendidikan/ praktikal)?
3. Bagaimana guru mendekati topik ini bagi pelajar yang masih tak mampu menguasai isi tersurat pun (inikan pula yang tersirat)?.
4. Adakah guru-guru dapati ada sebarang kesukaran bagi murid dalam pelbagai tahap kemahiran bahasa memahami topik ini setakat ini?
Saya tidak mempersoalkan kewajaran mendidik anak untuk berfikir secara kritis, cuma ingin memahami kewajaran memperkenalkan konsep ini pada usia seawal 8 tahun.
Terima kasih, mohon sesiapa yang ada jawapan kongsikan untuk saya juga faham dari sudut pandang pendidik.
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan