Kitab ilal 01-15sssP07 sesi 15,16,17
Perkara ketujuh
Perawi- perawi haditsnya tidak boleh dijadikan dalil(hujjah)
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
فَكل من روى عَنهُ حَدِيث مِمَّن يتهم أَو يضعف لِغَفْلَتِه وَكَثْرَة خطئه وَلَا يعرف ذَلِك الحَدِيث إِلَّا من حَدِيثه فَلَا يحْتَج بِهِ
وَقد روى غير وَاحِد من الْأَئِمَّة عَن الضُّعَفَاء وبنيوا أَحْوَالهم للنَّاس حَدثنَا إِبْرَاهِيم بن عبد الله بن الْمُنْذر الْبَاهِلِيّ حَدثنَا يعلى بن عبيد قَالَ لنا سُفْيَان الثَّوْريّ اتَّقوا الْكَلْبِيّ فَقيل لَهُ فَإنَّك تروي عَنهُ قَالَ أَنا أعرف صدقه من كذبه
قَالَ وَأَخْبرنِي مُحَمَّد بن إِسْمَاعِيل حَدثنِي يحيى بن معِين حَدثنَا عَفَّان عَن أبي عوَانَة قَالَ لما مَاتَ الْحسن الْبَصْرِيّ اشْتهيت كَلَامه فتتبعته عَن أَصْحَاب الْحسن فَأتيت بِهِ أبان بن أبي عَيَّاش فقرأه عَليّ كُله عَن الْحسن فَمَا أستحل أَن أروي عَنهُ شَيْئا
قَالَ أَبُو عِيسَى قد روى عَن أبان بن أبي عَيَّاش غير وَاحِد من الْأَئِمَّة وَإِن كَانَ فِيهِ من الضعْف والغفلة مَا وَصفه أَبُو عوَانَة وَغَيره فَلَا تعْتَبر بِرِوَايَة الثِّقَات عَن النَّاس لِأَنَّهُ يروي عَن أبي سِيرِين قَالَ إِن الرجل يحدثني فَمَا أَتَّهِمهُ وَلَكِن أتهم من فَوْقه
وَقد روى غير وَاحِد عَن إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ عَن عبد الله بن مَسْعُود أَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ يقنت فِي وتره قبل الرُّكُوع وروى أبان بن أبي عَيَّاش عَن إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ عَن عَلْقَمَة عَن عبد الله بن مَسْعُود أَن النَّبِي صلى
الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ يقنت فِي وتره قبل الرُّكُوع هَكَذَا روى سُفْيَان الثَّوْريّ عَن أبان بن أبي عَيَّاش وروى بَعضهم عَن أبان بن أبي عَيَّاش بِهَذَا الْإِسْنَاد نَحْو هَذَا وَزَاد فِيهِ قَالَ عبد الله بن مَسْعُود وأخبرتني أُمِّي أَنَّهَا باتت عِنْد النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فرأت النَّبِي صلى
الله عَلَيْهِ وَسلم قنت فِي وتره قبل الرُّكُوع
قَالَ أَبُو عِيسَى وَأَبَان بن أبي عَيَّاش وَإِن كَانَ قد وصف بِالْعبَادَة والإجتهاد فَهَذِهِ حَاله فِي الحَدِيث وَالْقَوْم كَانُوا أَصْحَاب حفظ فَرب رجل وَإِن كَانَ صَالحا لَا يُقيم الشَّهَادَة وَلَا يحفظها فَكل من كَانَ مُتَّهمًا فِي الحَدِيث بِالْكَذِبِ أَو كَانَ مغفلا يخطىء الْكثير فَالَّذِي اخْتَارَهُ أَكثر أهل الحَدِيث من الْأَئِمَّة أَن لَا يشْتَغل بالرواية عَنهُ أَلا ترى أَن عبد الله بن الْمُبَارك حدث عَن قوم من أهل الْعلم فَلَمَّا تبين لَهُ أَمرهم ترك الرِّوَايَة عَنْهُم
أَخْبرنِي مُوسَى بن حزَام قَالَ (أنه) سَمِعت صَالح بن عبد الله يَقُول كُنَّا عِنْد أبي مقَاتل السَّمرقَنْدِي فَجعل يروي عَن عون بن أبي شَدَّاد الْأَحَادِيث الطوَال الَّذِي كَانَ يروي فِي وَصِيَّة لُقْمَان وَقتل سعيد بن جُبَير وَمَا أشبه هَذِه الْأَحَادِيث فَقَالَ لَهُ بن أخي أبي مقَاتل يَا عَم لَا تقل حَدثنَا عون فَإنَّك لم تسمع هَذِه الْأَشْيَاء قَالَ يَا بني هُوَ كَلَام حسن
وَسَمِتُ الْجَروْدَ يَقُوْلُ: كُنَّا عِنّدَ أَبِي مُعَاوِيَةِ فَذُكِرِ لَهُ حَدِيْثُ أَبِي مُقَاتِلٍ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ الْأِعْمِشِ عَنْ أَبِي ظِبْيَا قَالَ : سُئِلَ عَلِىٌّ عَنْ كُوْرِ الزَّنَابِيْرِ قَالَ ((لَا بَأْسِ بِهِ هُوَبِمَنْزِلَةِ صَيْدِ الْبَحْرِ)) فَقَالِ أَبُو مُعَاوِيَةَ : مَا أقُوْلُ: إِنِّ صِاحَبِكُمْ كَذَّابٌ، وِلَكِنَّ هِذِا الْحَدِيْثِ كَذِبٌ
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi r.a., "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadits itu melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.⁶⁹
Sambung dengan sesi 16
Bermaksud: Bukan seorang imam telah meriwayatkan (hadits) daripada perawi-perawi dha'if, tetapi mereka menerangkan keadaan perawi-perawi yang lemah itu
kepada orang ramai. Ibrahim bin 'Abdillah bin al-Mundzir al-Baahili meriwayatkan kepada kami, katanya. Ya'la bin 'Ubaid meriwayatkan kepada kami, katanya, kata Sufyan ats-Tsauri: "Jauhilah al-Kalbi,” Maka ada orang berkata kepada beliau,”Kamu sendiri itu bagaimana boleh meriwayatkan daripadanya?' Jawab Sufyan,
"Aku dapat membezakan mana yang benar dari mana yang dusta.”⁷⁰
-al-Kalbi ditemui sebagai ahli tafsir, ahli keturunan dan ahli maghazi
Bermaksud: Muhammad bin Ismail meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Ma'in meriwayatkan kepadaku, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami daripada Abi 'Awaanah, katanya: "Apabila Hasan al-Bashri meninggal dunia, aku teringinkan kata-katanya. Maka aku mencarinya daripada murid-murid Hasan. Aku membawanya pergi kepada Abaan bin Abi 'Ayyaasy. Dia terus membaca semuanya dihadapanku sebagai riwayat daripada Hasan. Kerana itu aku tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya.⁷¹
Bermaksud: kata Abu 'lsa, "Bukan seorang imam telah meriwayatkan hadits daripada Abaan, walaupun kelemahan dan kealpaan yang ada padanya seperti apa yang disebut
oleh Abu dan lain-lain itu.⁷² Kerana itu janganlah kamu terpedaya dengan riwayat perawi-perawi tsiqaat (muhadditsin) daripada perawi-perawi dha'if. Justeru dinukilkan daripada Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya ada orang meriwayatkan hadits kepadaku. Aku tidak mentohmahnya ⁷³ sebaliknya mentohmah perawi di atasnya.⁷⁴
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ramai orang telah meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakhai bahawa 'Abdullah bin Masud berqunut dalam witirnya sebelum ruku'.⁷⁵ Abaan bin Abi 'Ayyaasy pula meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha'i daripada 'Alqamah daripada 'Abdillah bin Masud bahawa Nabi s.a.w. berqunut dalam witirnya sebelum rukuk. ⁷⁶ Demikianlah Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy.⁷⁷ Sesetengah perawi (seperti Yazid bin Zurai') meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy dengan sanad ini sama seperti ma'na hadits sebelum ini, tetapi dengan tambahan berikut: "Kata 'Abdullah bin Masud, "Ibuku menceritakan kepadaku bahawa sesungguhnya ia telah bermalam di rumah Nabi s.a.w. la melihat Nabi s.a.w berqunut di dalam witirnya sebelum ruku.⁷⁸
Kata Abu 'Isa, Abaan bin Abi 'Ayyaasy walaupun diketahui kuat beribadat, tetapi inilah keadaannya dalam hadits.⁷⁹
Minit 22
Para muhadditsin (sejati) pula adalah orang-orang
yang kuat ingatannya. Ada juga orang, walaupun saleh, tetapi ia tidak dapat memberikan kesaksiannya dengan betul, la tidak ingat betul-betul apa yang hendak
disaksikannya.⁸⁰ Oleh itu orang yang tertuduh berdusta dalam meriwayatkan hadits atau ia seorang yang Ieka(alpa) dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan, menurut apa yang dipilih oleh kebanyakan imam-imam hadits ialah riwayatnya tidak boleh diterima. Tidakkah engkau lihat bagaimana 'Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada sekumpulan ahli ilmu (perawi-perawi hadits), tetapi setelah mengetahui keadaan mereka yang sebenarnya, beliau tidak lagi mahu meriwayatkan daripada mereka?
Minit 26
Bermaksud: (Imam at-Tirmidzi berkata)⁸¹ Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku mendengar Saleh bin 'Abdillah berkata; "Pernah kami berada di samping Abi Muqatil as-Samarqandi.⁸² Dia mula meriwayatkan daripada 'Aun bin Abi Syaddaad hadits-hadits panjang yang diriwayatkan tentang wasiat Luqman dan pembunuhan Said bin Jubair dan cerita-cerita seumpamanya. Maka berkatalah anak saudara Abi Muqatil, "Wahai Pak cik! Janganlah Pak cik berkata, ""Aun meriwayatkan kepada kami. Kerana Pak cik tidak mendengar benda-benda ini (daripadanya)." Abu Muqatil pun berkata, "Wahai anakku! la adalah cerita yang bagus ⁸³
(Kata Imam Tirmidzi lagi) Aku mendengar al-Jaarud berkata, "Pernah kami di samping Abi Mu'aawiah, lalu disebutkan kepadanya hadits Abi Muqatil daripada Sufyan ats-Tsauri daripada al-A'masy daripada Abi Zhabyaan, kata beliau, 'Ali pernah ditanya tentang sarang tebuan. Jawab beliau, "Tidak mengapa denganya. la sama seperti perburuan laut." Maka berkata Abu Mu'aawiah: "Sesungguhnya aku tidak berkata sahabatmu pendusta, tetapi hadits ini dusta."
- ini ditanya tentang orang yang berihram.
Minit 35
___________
⁶⁹Kritikan terhadap perawi-perawi yang menyebabkan mereka tidak diterima dalam istilah hadits disebut الطعن atau الجرح .Perkara الطعن atau itu الجرح berlaku terhadap sepuluh perkara.
Lima daripadanya berkaitan dengan 'Adaalah (العدالة) dan lima lagi berkenaan dengan الضبط.
'Adaalah adalah suatu sifat yang apabila ada pada seseorang, ia akan dianggap sebagai seorang yang baik dan berugama. la terhasil daripada sikap seseorang yang mengelak diri daripada dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan sentiasa menjaga maruah diri.
Ad-Dabth (الضبط) bererti menjaga dan mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru, sama ada melalui catatan atau hafalan. Dhabth terbahagi kepada dua; ضبط الصدر dan ضبط الكتابة. Mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru dipanggil ضبط dan mencatit serta menyimpan dengan baik apa yang diterima daripada guru pula dipanggil ضبط الكتابة
'Adaalah seseorang perawi tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut:
(1) Berdusta.
(2) Tertuduh berdusta.
(3) Kefasiqan.
(4) Keadaan tidak dikenali atau diketahui.
(5) Terbabit dengan biďah.
Maksud berdusta di sini ialah perawi telah terbukti sengaja berdusta atas nama Nabi s.a.w. Sama ada dengan sengaja mengatakan atau meriwayatkan apa yang tidak dikata atau dibuat oleh Nabi s.a.w. Termasuk dalam maksud berdusta juga mengaitkan sesuatu yang bukan sebenar dengan Rasulullah s.a.w. Riwayat atau hadits pendusta dihukum sebagai maudhu' .Maksud tertuduh berdusta ialah perawi yang tidak terbukti dengan jelas telah berdusta dalam meriwayatkan hadits, tetapi terdapat sedikit tanda-tanda yang menimbulkan keraguan ia telah berdusta.
Antaranya ialah:
(1) Ia ada meriwayatkan hadits yang bercanggah dengan qaedah-qaedah syari'at yang diketahui dan diterima oleh semua pihak.
(2) Perawi terbukti telah berdusta dalam perkara lain selain hadits. Maka timbul keraguan bahawa boleh jadi dia ada berdusta juga dalam hadits. Riwayat perawi yang dikatakan tertuduh berdusta dihukum matruk (tidak diterima riwayatnya).
Maksud kefasiqan ialah suatu sifat yang mendatang pada perawi apabila ia:
(1) Melakukan dosa besar, sama ada dengan kata-katanya atau dengan perbuatannya.
(2) Mengucapkan sesuatu ucapan yang membayangkan kekufuran atau membawa kepada kekufuran.
(3) Suka memaki hamun orang atau
(4) Melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan.
Maksud keadaan tidak dikenali atau diketahui ialah perawi yang tidak diketahui keadaannya, sama ada ia seorang tsiqah atau tidak tsiqah.
Maksud terbabit dengan biďah ialah perawi terbabit dengan biďah i'tiqadi yang menyesatkan. Orang yang terbabit dengan biďah i'tiqadi dianggap sesat atau ahli biďah yang menyeleweng. Demikianlah bid'ah menurut istilah Usul Hadits. Adapun bidăah menurut istilah syari'at, maka ia adalah apa saja perkara baharu yang tidak ada asalnya di dalam alQur'an atau as-Sunnah. Dan ia tidak terdapat di zaman as-Salaf as-Saleh yang diakui Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik kurun.
Dhabth seseorang perawi pula tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut:
(1) Kesilapan yang teruk فُحّش الغَلَطِ
(2) Terlalu alpa كَثْرَة الغَفَةُ
(3) Keliru وَهْمٌ
(4) Menyalahi perawi-perawi yang dipercayai مُخَالَفَةُ الثِّفَاتِ
(5) Ingatan yang teruk سُوْءُ الحِفْظَ
Maksud kesilapan yang teruk ialah perawi banyak sekali melakukan kesilapan yang teruk. Hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak mengandungi kesilapan yang teruk. Yang salah lebih banyak daripada yang betul.
Maksud terlalu alpa ialah perawi terlalu alpa dalam mengingati hadits. Ia juga alpa dalam mencatat hadits. Akibatnya ia tersalah apabila meriwayatkan hadits.
Maksud Waham ialah kesilapan perawi kerana terlupa atau terkeliru. Perawi yang banyak waham ialah perawi yang banyak tersalah akibat terlupa atau terkeliru. Kerana terlupa dan terkeliru perawi mengubah sanad dan matan sesuatu hadits. Hadits mursal atau munqathi' diriwayatkannya secara muttashil. Sepotong ayat yang terdapat di dalam satu hadits dimasukkannya ke dalam hadits yang lain. Menokok tambah hadits sehingga hilang lafaz asalnya. Menukar perawi dha'if dengan perawi yang kuat dan sebagainya. Hadits yang terdapat waham seseorang perawi dipanggil hadits mu'allal, iaitu hadits yang mengandungi kecacatan yang tersembunyi.
Maksud menyalahi perawi-perawi yang dipercayai ialah menyalahi mereka dalam 6 bentuk
berikut:
(i)مُدْرَجُ الإِسْنِاد ( tambahan isnad)
(ii)مُدْرَجُ المَتَن
(iii)مَقْلُوب (terbalik)
(iv)مَزِيدُ فِي مُتَّصِل الأِسْانِيد(tertambah dalam sanad)
(v)مُضْطَرِب (tidak tetap)
(vi)ْمُصَحَفْ وَمُحَرَف (rumah perkataan jadi lain)
Maksud ingatan yang teruk ialah perawi mempunyai ingatan yang teruk. Kerananya ia lebih banyak tersalah dalam periwayatannya. Riwayatnya yang tersalah lebih banyak daripada yang betul atau kalau tidak lebih banyak pun kedua-duanya sama banyak.
Sambungan dengan sesi 16
⁷⁰ Maksud Sufyan ialah aku mengetahui mana riwayatnya yang sahih dan mana yang tidak sahih. Kerana itu aku dapat memilih riwayat-riwayatnya yang sahih untuk diriwayatkan. Riwayat-riwayatnya yang dha'if pula tidak ku pilih. Adapun orang ramai yang tidak dapat membezakan riwayat-riwayatnya, maka dia hendaklah menjauhinya.
Jangan sekali-kali terpedaya dengan perawi-perawi dha'if kerana semata-mata imam-imam besar ada meriwayatkan sesuatu daripadanya. Telah diterangkan sebelum ini bahawa riwayat tiga macam perawi dha'if tidak boleh dijadikan hujah dan dalil. Akan tetapi kadang-kadang ditemui juga tokoh-tokoh hadits meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi seperti itu. Apakah pendirian mereka terhadap perawi-perawi dha'if perlulah diketahui dan difahami dengan baik.
Sepintas lalu anda mungkin merasakan seolah-olahnya seseorang imam dalam bidang hadits apabila meriwayatkan hadits daripada seseorang perawi yang dha'if dan tidak tsiqah bererti ia mengi'tirafnya dan mengangggapnya kuat dan tsiqah. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sebab kenapa seseorang imam hadits meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if dan tidak tsiqah.
Di bawah ini dikemukakan sebab-sebabnya:
(1) Riwayat seseorang perawi yang dha'if kadang-kadang sahih pada pandangan tokoh-tokoh hadits tertentu. Kerana itu ia menerimanya dan memasukkannya ke dalam kitabnya. Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pun terdapat hadits-hadits yang dikritik oleh pakar-pakar hadits kerana kedudukan perawinya yang dipertikaikan. Apakah jawapan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah kedua kitab tersebut yang membelanya? Jawapan yang diberikan oleh mereka ialah kerana riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if itü sahih pada pandangan pengarangnya.
(2) imam-imam hadits mampu membezakan antara riwayat-riwayat sahih dan dha'if yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if. Mereka hanya memilih yang sahih sahaja untuk diterima dan diriwayatkan. İnilah sikap Sufyan ats-Tsauri seperti tergambar daripada riwayat yang dikemukakan oleh Timidzi di ataş.
(3) Tujuan meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if ialah untuk menyatakan kedha'ifannya. Dengan mengemukakan riwayatnya yang dha'if itulah para pelajar dapat mengetahui sebab-sebab kedha'ifannya.
(4) Riwayat perawi yang dha'if diterima kerana ada riwayat mutabi'nya atau riwayat syahidnya yang kuat dan sahih.
(5)Riwayat dha'if dikemukakan untuk memperkenalkan perawinya. Jikalau riwayatnya tidak dikemukakan, niscaya tidak adalah peluang untuk memperkenalkan perawi-perawinya.
(6)Riwayat perawi yang dha'if kerana bid'ahnya kadang-kadang dikemukakan bukanlah bertujuan membenarkan fahamannya, sebaliknya kerana ia menyokong fahaman Sunnah yang betul.
(7)Kadang-kadang seseorang perawi dianggap dha'if oleh sesetengah ahli hadits, sedangkan ia pada pandangan sesetengah yang lain tidak dha'if.
(8) Kadang-kadang seorang perawi hanya dianggap dha'if apabila ia meriwayatkan daripada orang tertentu sahaja. Adapun riwayatnya daripada orang-orang lain tidak pula dianggap dha'if.
(9)Sesetengah perawi hanya dianggap dha'if setelah tahun tertentu sahaja. Adapun riwayatnya sebelum tahun tertentu itu, maka tidak pula dianggap dha'if.
(10)Selalu juga riwayat perawi dha'if diketengahkan, semata-mata untuk mendedahkan keganjilannya dan kecenderungan fahamannya.
Bagaimanapun apa yang disebutkan oleh Tirmidzi sebelum ini tetap terpakai, iaitu "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadiis itü melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.
⁷¹Maksud kata-kata Abu 'Awaanah ini menurut an-Nawawi ialah Abaan meriwayatkan apa saja atas nama Hasan al-Bashri. Dia meriwayatkannya berdasarkan permintaan orang. Dan dia memang berdusta dalam riwayatnya itu. Menurut Maulana Rasyid Ahmad Gaggohi pula, Abaan kadang-kadang meriwayatkan daripada Hasan sesuatu yang agak sukar diterima ia sabagai kata-kata Hasan. Justeru dustanya jelas sekali. Kerana itulah Abu 'Awaanah tidak menganggap halal meriwayatkan sesuatu daripadanya. Imam Ahmad dan Ibnu Ma'in menganggap Abaan seorang perawi matruk. Waki' pula mengatakan dia perawi munkarul hadits.
⁷² Antara imam dan tokoh yang telah meriwayatkan daripadanya ialah Sufyan ats-Tsauri' Maimar, Yazid bin Harun, Abu Ishaq al-Fazaari dan lain-lain.
⁷³Kerana dia perawi yang tsiqah dan boleh dipercayai.
⁷⁴ Maksudnya ialah aku meragui gurunya atau guru kepada gurunya, kerana ia tidak tsiqah. Berpandukan kata-kata Ibnu Sirin ini dapatlah difahami bahawa adakalanya perawi tsiqah meriwayatkan daripada perawi yang tidak tsiqah kerana maksud dan tujuan tertentu seperti telah disebutkan sebelum ini. Imam Tirmidzi selepas ini menghuraikan bagaimana Abaan menimbukan masalah dalam periwayatannya.
⁷⁵ Riwayat ini adalah mauquf dan munqathi'. la hanya bercerita tentang amalan Ibnu Masud, bukan amalan Nabi s.a.w. la dikatakan munqathi' (terputus) kerana Ibrahim tidak sempat dengan zaman Ibnu Mas'ud. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam Muhammad bin al-Hasan di dalam kitabnya yang bernama Kitab al-Aatsaar.
⁷⁶Apa yang dilakukan oleh Abaan dalam riwayatnya ini ialah ia memarfu'kannya. Dikatanya Nabi s.a.w. yang berqunut sebelum rukuk itu. la juga memaushukannya dengan menambahkan 'Alqamah di antara Ibrahim dan 'Abdullah bin Masud. Padahal tidak ada pun perantaraan itu.
⁷⁷ Riwayat Sufyan ini terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah.
⁷⁸ Hadits ini juga terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah. Kesimpulannya ialah Abaan telah melakukan beberapa perkara apabila meriwayatkan hadits 'Abdullah bin Masud itu.
Pertamanya ialah dia telah memarfu'kan hadits mauquf. Keduanya ialah dia telah menambahkan hadits ibu Ibnu Masud. Dan
ketiganya ialah dia telah memaushulkan hadits yang munqathi'.
Dua perkara terakhir ini bukanlah suatu perkara yang mustahil, tetapi oleh kerana Abaan bersendirian dałam meriwayatkannya begitu dan tidak ada perawi lain yang tsiqah menjadi mutabi înya, maka dia tertuduh dałam periwayatannya.
Kata Ibnu Hibbaan, "Abaan selalu menghadhiri majlis Hasan Bahsri. Apa yang didengarinya daripada Hasan, dikaitkan secara marfu' dengan Anas r.a. Dia melakukan begitu
dalam keadaan alpa sehingga kira-kira 1,500 hadits diriwayatkannya dengan cara itu. Padahal kebanyakannya tidak berasas sama sekali.
⁸⁰ Begitulah keadaan perawi-perawi lemah seperti Abaan bin Abi 'Ayyaasy.
⁸¹ Perenggan ini hanya terdapat di dalam nuskhah cetakan Mesir sahaja. la pada asalnya tidak terdapat dalam cetakan India.
⁸² Abu Muqatil adalah seorang perawi yang sangat dha'if, Nama sebenarnya ia!ah Hafsh bin Salm, Dia meriwayatkan daripada Ayyub as-Sakhtiani, 'Ubaidullah bin 'Umar. Ibnu Abi Rawwaad dan 'Aun bin Abi Syaddand banyak sekali riwayat-riwayat munkar. Qutaibah bin Sa'id mengatakan dia seorang perawi yang sangat dha'if. Ibbu Hibbaan berkata, 'Dia meriwayatkan banyak riwayat munkar yang langsung tidak berasas." Ibnu 'Adi berkata, "Riwayat-riwayatnya tidak boleh dìpercayai." Ibnu Mahdi dan Waki pula mengatakan dia pendusta. Umurnya panjang, Dia telah hidup hingga ke tahun 208 Hijrah.
⁸³ Baginya asalkan cerita bagus, maka bolehlah ia dikaitkan dengan seseorang seperti 'Aun bin Abi Syaddaad dan lain-lain.
Perawi dhaif
1.Al-Kalbi
2.Hasan al-Bashri
3.Abaan bin Abi 'Ayyaasy
4.Abi Muqatil as-Samarqandi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan