Jumaat, Julai 22, 2022

Sahih bukhari kitab azan 9/7/22(3)

Sahih bukhari kitab azan 9/7/22(3)

¹³⁹⁸ Abu `Abdillah ialah kuniahnya. Mu'ādz adalah pendatang di Bashrah. Dia bukan saudara Mu'alla bin Asad yang juga merupakan salah seorang guru Bukhari. Mu'ādz bin Asad ini ialah jurutulis 'Abdullah bin al-Mubārak. `Abdullah bin al-Mubārak-lah gurunya di dalam isnad ini.

Imam Bukhari menceritakan bahawa Mu'ādz berkata, “Pada tahun 221 Hijrah aku berumur 71 tahun.” Semacam dia dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Abu Haatim, Ibnu Khirāsy dan lain-lain mengatakan Mu'ādz bin Asad tsiqah. Beliau meninggal dunia pada tahun 220an Hijrah.

¹³⁹⁹ Nama dan susur galur Maĥmūd bin ar-Rabī' selengkapnya adalah seperti berikut: Maĥmūd bin ar-Rabī' bin Surāqah bin 'Amar bin Zaid bin 'Abdah bin 'Aamir bin 'Adi bin Ka'ab bin al-Khazraj al-Anshāri al-Madani. Kuniahnya ialah Abu Muhammad al-Anshāri. Beliau kemudiannya menetap di Baitul Maqdis. Kata Abu Nu'aim,“Mahmud bin ar-Rabī' masih ingat semburan air dengan mulut oleh
Rasulullah s.a.w. ke mukanya, ketika Baginda mengambil air dari sebuah timba di perkampungannya untuk bersuci.” Ad-Dzahabi juga di dalam Siyar A`lām an-Nubala telah menyebutkan Mahmud sebagai sahabat kecil Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau baru berumur 4 atau 5 tahun. Menurut Khalifah bin Khayyāth, Mahmud bin ar-Rabīmeninggal dunia pada tahun 96 Hijrah.

¹⁴⁰⁰ Antara pengajaran, panduan dan hukum yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) Keharusan dan keelokan menjadikan tempat tertentu di dalam rumah sebagai tempat shalat. 
(2) Rasulullah s.a.w. sangat menjaga hati para sahabatnya. Hajat mereka pasti ditunaikan oleh Baginda s.a.w. 
(3) Keelokan bertabaruk dengan kesan-kesan (آثار) orang-orang shaleh.
(4) Keharusan bersembahyang dengan berjema'ah di rumah. 
(5) Keharusan mengerjakan shalat sunat mutlaq atau sunat hajat dan lain-lain dengan berjama'ah. 
(6) Tidak harus bertindak sewenang-wenang di rumah orang lain. 
(7) Keperluan meminta izin kepada tuan rumah sebelum masuk ke dalam rumahnya. 
(8) Perbuatan Nabi s.a.w. tidak masuk ke rumah orang
sebelum meminta izin kepada tuan rumah adalah manifestasi bagi firman Allah di dalam al-Qur'an ini:
An-Nur 24:27
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا۟ وَتُسَلِّمُوا۟ عَلَىٰٓ أَهْلِهَاۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) beringat.(an-Nūr:27).

(9) Pemimpin elok berkunjung ke rumah rakyat atau pengikut terutamanya apabila dijemput. 
(10) Kehendak dan hajat ra'yat yang sayogianya dipenuhi pemimpin, tidak semestinya bersifat kebendaan. 
(11) Kemestian membuat saf di belakang imam dalam bersembahyang sekiranya ma'mum terdiri dari dua orang ke atas, tidak kira sama ada sembahyang itu dikerjakan di masjid atau di rumah. 
(12) Pengunjung boleh menjadi imam di rumah orang yang dikunjunginya dengan syarat diizinkan oleh tuan rumah. (13) Tuan rumah seeloknya menampilkan ke hadapan tetamu atau orang yang berkunjung ke rumahnya untuk menjadi imam, jika dia memang seorang yang mempunyai kelebihan dan keutamaan. 
(14) Orang bawahan atau ra'yat jelata boleh mengundang pemimpin untuk menyempurnakan sesuatu hajat dan keperluannya.
(15) Sembahyang sunat juga seperti sembahyang fardhu, diakhiri dengan salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan