Khamis, Ogos 18, 2022

002.Al-Baqarah 2:150


Al-Baqarah 2:150
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِى وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِى عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan dari mana saja engkau (wahai Muhammad) keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah). Dan di mana saja kamu (sekalian umat Islam) berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya (ketika bersembahyang), supaya tidak ada lagi sebarang hujjah yang dapat digunakan orang terhadapmu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada mereka, malah hendaklah kamu takut kepadaKu (sahaja); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepadamu, dan juga supaya kamu mendapat petunjuk.²³⁶ [150].

²³⁶ Perintah berqiblatkan al-Masjidul Haram ketika bershalat yang diberikan di dalam ayat ke-149 dan 150 adalah kepada orang-orang yang bermusafir. Sementara perintah berqiblatkan al-Masjidul Haram ketika bershalat yang diberikan di dalam ayat ke-144 pula adalah untuk orang-orang yang bermukim. Perbezaan ini difahami daripada rangkai kata: وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ yang terdapat pada ayat ke-149 dan 150. la tidak tersebut pada ayat ke-144. Di dalamnya hanya tersebut rangkai kata: وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ sahaja.

Kesimpulannya ialah menghadap ke arah qiblat ketika bershalat itu wajib dalam kedua-dua keadaan, bermukim dan juga bermusafir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan