018.Surah Al kahfi.
-Surah Kahfi dan surah Maryam hampir sama iaitu menjelaskan tentang kesamaran aqidah dan yg berhak diseru (diminta pertolongan kepadanya) .
-Adanya kesilapan memuja kerana berlaku luarbiasa kepada mereka.
1.Khadhir(nabi)
2.Musa(rasul)
3.Ashabul Kahfi,
4.Zulkarnain
Surah al kahfi
Dari segi tertibnya surah yg ke 18
Bilangan ayat 110
Bilangan rukok 12
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 69
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1ayat 1-8 pendahuluan
Paragraf 2 ayat 9-31 ujian dlm keimanan(untuk itu) kisah ashabulkahfi (dikemukakan contohnya)
Paragraf 3 ayat 32-59 ujian dlm harta kekayaan (sedikit atau byknya harta kekayaan yg ada pada sesaorang itu juga menjadi ujian drp Allah swt. berhubung dgn ujian ini dikemukakan) kisah dua orang tuan tanah.
Paragraf 4 ayat 60-82 ini ujian dlm ilmu (sedikit atau byk ilmu sesaorang itu adalah ujian drp Allah,untuk itu dikemukakan) kisah Musa dan Khadhir.
Paragraf 5 ayat 83-102 ujian dlm kekuasaan(ini juga ujian allah swt juga bila manusia ada kuasa,untuk ni dikemukakan) kisah Zulqarnain (sebagai contohnya)
Paragraf 6 ayat 103-110 ini penutup kepada surah alkahfi.
Mesej utama surah ni ada beberapa:
1.Tujuan perhiasan hidup dimuka bumi
2.Ujian terhadap amalan manusia.
3.Ujian istiqamah dgn ajaran tauhid.
4.Ujian banyak harta , kemuliaan dan ramai bilangan ahli keluarga.
5.ujian harta benda dan anak2.
6.ujian terhadap yg berkuasa.
7.manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran alquran yg menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah risalah serta aqidah adanya hari kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan