Isnin, Ogos 29, 2022

Jumhur 'ulama' Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah menganggap Iman itu bersifat Murakkab (terbentuk daripada tiga komponen


 Jumhur 'ulama' Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah menganggap Iman itu bersifat Murakkab (terbentuk  daripada tiga komponen. 
(1) Membenarkan dengan hati 
(2) Mengaku dengan lidah dan إقرار بالسان
(3) Melaksanakan (apa yang dibenarkan dengan hati dan diakui oleh lidah itu) dengan anggota badan( عمل بالجوارح). 

 Ketiga-tiga juzuk atau komponen tersebut dianggap sebagai juzuk-juzuk Mukawwin atau Muqawwim yang bermaksud 'yang menjadikan' atau 'yang membentuk' dimensi iman. Sementara Imam Abu Hanifah dan sebahagian 'ulama' Mutakallimin pula menganggap juzu' Mukawwin atau Muqawwim bagi iman hanyalah membenarkan dengan hati atau تصديق بالقلب .

Juzu' kedua dan ketiga pula hanya merupakan komponen Mutammim atau Mukammil yang bermaksud 'penyempurna' atau 'pelengkap'. Pada hakikatnya kedua-dua golongan Ahli asSunnah wa al-Jamaah di atas berbeza hanya dalam pendekatan dan pada lafaz sahaja. Sebabnya ialah kalau golongan pertama ditanya, bukankah semua juzu' (mukawwin) bagi hakikat sesuatu itu sama kedudukannya? Kalau sama, kenapa kamu mengatakan jika tashdiq (membenarkan di dalam hati) tiada, tiadalah iman.

 Seseorang yang tidak bertashdiq kafir. Sepatutnya kamu juga mengatakan orang yang tidak beramal kafir seperti orang yang tidak bertashdiq. Kenapa kamu hanya mengatakan fasiq kepada orang yang tidak beramal?? Jawab mereka, amal sebenarnya bukan juzu' asasi dan hakiki iman, sehingga boleh dikatakan iman yang murakkab dan merupakan kull itu akan terus lenyap apabila tidak ada amal. 

Amal hanya juzu' 'urfi (menurut istilah golongan tertentu sahaja) dan juzu' mukammil (penyempurna) bagi iman. Apabila ia ada, iman akan bertambah sempurna. Apabila ia tiada pula, akan berkuranglah kesempurnaan iman.

 Golongan kedua walaupun tidak menganggap amal juzu' hakiki iman, mereka tidaklah seperti golongan Murji'ah yang langsung tidak mementingkan amal dalam kehidupan berugama. Mereka bahkan sangat mengambil berat tentang amalan dan mengangapnya sebagai sebab yang menyempurnakan iman juga. Dengan itu jelaslah bahawa golongan kedua tidak menolak amal sebagai juzu' penyempurna (mukammil) yang diterima oleh golongan pertama. Sikap golongan kedua yang tidak menerima amal sebagai juzu' hakiki atau juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman juga sebenarnya tidak bercanggah dengan pegangan golongan pertama. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang amal sebagai juzu' iman atau tidak pada hakikatnya tidak lebih daripada perbezaan lafzi jua. Maka perbezaan kedua golongan di atas tentang iman itu bertambah dan berkurang atau tidak juga sebetulnya termasuk dalam perbezaan lafzi jua, tidak lebih dari itu. 

Selain dalil berupa ayat-ayat al-Qur'an, hadits dan atsar yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam tajuk bab di atas untuk menunjukkan iman itu bertambah dan berkurang, ada pasang surutnya dan ia mempunyai tiga komponen utama, ayat-ayat alquran, hadits-hadits dan atsar-atsar yang akan dikemukakan di bawah nanti juga menunjukkan perkara yang sama. Perhatikan terutamanya di bahagian perkataan-perkataan Yang bergaris di bawahnya:

Al-Anfal 8:2
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman (Yang sempurna imannya) ialah mereka Yang bila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (al-Anfaal:2).

Aal-e-Imran 3:173
ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ 
Bermaksud: mereka ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita): "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan pasukan untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya." Maka berita itu makin menambahkan iman mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Aali'Imraan173)        

 At-Taubah 9:124
وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ                                                                 
Bermaksud: dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari al-Qur'an), maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan Oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, dan mereka berasa gembira (dengan turunnya). (at-Taubah:124).

Al-Muddaththir 74:31
وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًاۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ 
Bermaksud: dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari Malaikat dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang mu'min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada Iain hanyalah peringatan bagi manusia. (alMuddatstsir:31).

Al-Fath 48:4
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَٰنًا مَّعَ إِيمَٰنِهِمْۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Bermaksud: Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya iman mereka bertambah di samping iman mereka (yang sedia ada). Kepunyaan Allah jua tentara langit dan bumi; dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha i Bijaksana. (al-Fath:4)

Al-Ahzab 33:22
وَلَمَّا رَءَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَٰنًا وَتَسْلِيمًا 
Bermaksud: dan tatkala orang-orang mu'min mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rsul-Nya kepada kita dan benarlah Allah dan RasuINya. dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan (penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah). (al-Ahzaab:22).

Perhatikan pula hadits-hadits di bawah ini, betapa ia menyatakan dengan terang tentang iman itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang:
أكمل الناس إيمانأ أحسنهم خلقًا.
Bermaksud :Orang yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaqnya. (Abu Ya'la, al-Bazznar dan Ishaq bin Rahawaih didalam musnad masing-masing , Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).
 يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ
Bermaksud akan dikeluarkan dari neraka orang yang ada di dalam hatinya seberat zarrah iman. (Tirmizi, Nasaa'i, Ahmad dan lain-lain).


يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدْ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوْ الْحَيَاةِ شَكَّ مَالِكٌ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ  مُلْتَوِيَةً                                                                                          
Bermaksud: Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka. Kemudian Allah berkata: daripada neraka sesiapa yang ada di dalam hatinya 
(walaupun hanya) seberat biii sawi iman. Maka mereka dikeluarkan dalam keadaan telah menjadi hitam legam lalu dicampakkan ke dalam sungai malu atau sungai kehidupan - Malik syak (tidak pasti yang mana satu daripada dua perkataan tadi telah disebutkan oleh 'Amar) - Teruslah mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji benih selepas banjir. Tidakkah engkau lihat (bagaimana) biji-biji benih itu keluar dalam keadaan kuning dan berolak naik. (Bukhari, Ahmad, Abu 'Awaanah, Abu Ya' la dan Baihaqi )

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, dia hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Kalau tidak mampu dengan tangan, hendaklah dengan Iidahnya. Kalau dengan Iidah pun tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, 'Abd bin Humaid dan Abu Daud at-Thayaalisi).

(مَنْ أَحَبَّ لِله وَأَبْغَضَ لِله وَأَعْطَى للِه وَمَنَعَ للهِ فَقَدٌ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ)
Bermaksud: Sesiapa yang kasih kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi (juga) kerana Allah, sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (Ahmad, Abu Daud, at-Thabaraani, adh-Dhiaa' al-Maqdisi, al-Baihaqi dan al-Baghawi).

الإِيمانُ بِضعٌ وسَبعونَ شُعبةً ، فأَفْضَلُها قَولُ : لا إِلهَ إلا اللهُ ، وأدْناها إِماطَةُ الأَذَى عنِ الطَّرِيقِ ، والحياءُ شُعبةٌ من الإِيمانِ
 Bermaksud: Iman ada lebih tujuh puluh bahagian. Yang paling istimewa daripadanya ialah ucapan 
(kesaksian)  لا أله إلأ الله dan yang paling kurang daripadanya ialah membersihkan jalan dari segala gangguan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. 
(Ahmad, Muslim, Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan at-Thabaraani di dalam Mu'jam al-Ausathnya). 

يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدْ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوْ الْحَيَاةِ شَكَّ مَالِكٌ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً
Akhir sekali lihatlah pula atsar-atsar sahabat. Ini adalah sebahagian daripadanya: Saiyyidina 'Umar pernah berkata kepada para sahabatnya:
هَلُمُّوا نَزْدَدْ إِيمِاناً فَيَذْكُرُونَ الله تَعَالَى

Bermaksud: "Ayuh, biar bertambah iman kita! Lalu mereka berzikir." (al-Khallaal di dalam as-Sunnah, al-Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah, Ibnu Baththah di dalam al-Ibaanah). 

Ibnu Massud selalu berdoa begini:اللهُمِّ زِدْنِا إِيمَاناً وِيِقِيناً وَفِقْهاً"
Bermaksud: "Ya Allah! Tambahlah kepada kami iman, yakin dan kefahaman yang mendalam." 
(al-Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah). Jundab bin 'Abdillah al-Bajali menceritakan, kata beliau:
 
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَانٌ حَزَاوِرَةٌ فَتَعَلَّمْنَا الْإِيمَانَ قَبْلَ أَنْ نَتَعَلَّمَ الْقُرْآنَ ثُمَّ تَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيمَانًا
Bermaksud: "Ketika muda belia kami bersama Nabi s.a.w. Kami pelajari iman sebelum mempelajari al-Qur'an. Kemudian kami pelajari al-Qur'an. Dengan itu bertambahlah iman kami.” (Ibnu Majah dan Baihaqi).

Abu Hurairah, ibnu Abbas dan Abu ad-Dardaa' selalu berkata  الإيمان يزيد ةينقص
 Bermaksud: Iman itu bertambah dan berkurang.(al Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah).
Umair bin Habib al-Khathmi r.a. berkata

الإيمانُ يزيدُ وينقصُ ، قيل : وما زيادتُه ونقصانُه ؟ قال : إذا ذكرنا اللهَ تعالى ووحَّدناهُ وسبَّحناهُ فتلك زيادتُه وإذا غفِلنا ونسينا فذاك نُقصانُه
Bermaksud: Iman itu bertambah dan berkurąng. Beliau ditanya orang: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya iłu?" Beliau menerangkan: "Apabila kita ingat kepada Allah lalu kita bertahmid dan bertasbih, begitulah ia bertambah. la berkurang apabila kita Ieka.” 
(Baihaqi di dałam Syuab al-lman, Ibnu Abi Syaibah di dalam al-lman, Ibnu Baththah di dalam al-lbaanah). 

Demikianlah kami paparkan sebahagian daripada dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan iman iłu bertambah dan berkurang. Selain dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah iłu Jumhur Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah juga berpegang dengan dalil 'aqal. Kata mereka, kalau hakikat iman tidak berlebih kurang, tentulah setiap orang yang beriman iłu sama tarafnya, termasuk iman orang-orang yang melakukan ma'shiat dan bermacam-macam bentuk kejahatan yang lain. Tentulah iman semua orang sama saja dengan iman para nabi dan malaikat. Ini adalah suatu yang sama sekali tidak masuk 'aqal. 
Antara dalil yang dikemukakan oleh al-Aini bagi pihak imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya pula ialah: 
(1) Allah s.w.t. menujukan firmanNya kepada sekalian manusia menggunakan bahasa 'Arab yang terang, bahawa; (berimanlah / percayalah kamu kepada Allah). Perkataan iman atau percaya dałam bahasa 'Arab bererti membenarkan dengan hati semata-mata. Kerana iłu perintah ini tidak merangkumi amalan sebagai juzu' (sebahagian daripada) iman. Kalau perkataan iman juga mengandungi ma'na-ma'na lain selain percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata, tentulah ia diketahui orang-orang 'Arab. 
(2) Ayat-ayat dan hadits-hadits yang menyatakan tempat iman adalah di hati, jelas membuktikan bahawa ma'na sebenar iman ialah percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata. Iman dengan iłu merupakan salah satu perbuatan dan kerja hati. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai buktinya: 
 أُو۟لَٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْإِيمَٰنَ
Bermaksud:mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka (al-Mujaadilah:22).

وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْۛ 
Bermaksud: padahal hatinya tidak beriman. 
(al-Maa'idah:41).

 Lihat juga apa kata Rasulullah s.a.w. kepada Usaamah apabila Usaamah tetap membunuh seorang kafir yang telah mengucap لا إله إلا الله di hadapannya: 
أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا
Bermaksud: Kenapa tidak engkau belah hatinya untuk mengetahui adakah hatinya benar-benar ikhlas atau tidak? 
(Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain). 

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, katanya: 
كَانَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللهم يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Bermaksud: Nabi s.a.w. selalu berdoa (begini): Ya Allah! Wahai Tuhan yang mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Bukhari di dalam al-Adabu al-Mufrad, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah, al-Baghawi di dałam Syarah as-Sunnah, Ahmad, Abu Yaîla dan lain-lain). 

(3) Kufur lawannya iman. Kerana itu Allah berfirman:

 فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ 
Bermaksud: oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman (percaya) kepada Allah, (al-Baqarah:256).

Kufur bererti tidak percaya dan iman pula bererti percaya. Kedua-duanya berkait dengan hati dan saling berlawanan. Apabila ada iman, tiadalah kufur dan apabila ada kufur, tiadalah pula iman. Setelah jelas tempat kufur iłu sebenarnya di hati, iman yang merupakan lawannya juga tentulah letaknya di hati, bukan pada amalan atau perbuatan anggota lahir badan. Logiknya ialah tidak akan berlaku pertentangan dan perlawanan jika tempat berlainan (لَا تَضَادَّ عِنْدَ تَغَايُرِ المَحَلَيْنِ). 

(4) Di dalam al-Qur'an seringkali amal di'athafkan kepada
iman. Sebagai contohnya lihatlah firman Allah ini 
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh .
Ini menunjukan kelainan hakikat iman dan amal saleh itu.
Kalau tidak , akan berlakulah pengulangan ma'thuf  yang sia-sia.
Padahal qaedah nahu menyebut  العطف يقتضي المغايرة (athaf memberi erti  hakikat ma'thuf dan ma'thuf'alaih adalah berbeza dan berlainan) .

(5) Firman  Allah di dalam al-Quran  menegaskan iman boleh berada bersama perbuatan  yang bukan merupakan amal saleh  atau lawan amal saleh. Lihat firman ini 
وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟
Bermaksud: dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang, (al-Hujuraat:9).

Sedangkan logik menghukum bahawa sesuatu tidak boleh berada bersama lawan juzu'nya. Tetapi jelas tersebut di dalam ayat di atas bahawa iman boleh berada bersama lawan amal saleh iaitu berperang. Maka dengan sendirinya ia menunjukkan amal bukan juzu' (sebahagian daripada) imam 

(6) Iman merupakan syarat untuk sahnya sesuatu amal saleh. Hakikat ini dapat dilihat di dalam dua firman Allah berikut ini sebagai contohnya:

Al-Anbiya 21:94
فَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, tidaklah disia-siakan (amal) usahanya itu; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. (al-Ambiyaa':94).


Al-Anfal 8:1
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَنفَالِۖ قُلِ ٱلْأَنفَالُ لِلَّهِ وَٱلرَّسُولِۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصْلِحُوا۟ ذَاتَ بَيْنِكُمْۖ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Bermaksud: bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (alAnfaal:1). 

Sedia dimaklumi bahawa syarat sesuatu bukan sebahagian daripada hakikatnya شرط الشيء يكون خارجا عن ماهيته

(7) Setiap kali hendak menyuruh hamba-hambaNya mengerjakan sesuatu amal ketaatan, Allah akan menyeru mereka dengan sifat iman. Lihatlah misalnya Allah berfirman: يأيها الذين آممنوا(wahai orang-orang yang beriman) di permulaan ayat-ayat yang memerintahkan hamba- hambaNya bersembahyang, berpuasa, berwudhu' dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan amalan itu sendiri tidak termasuk dalam mafhum iman. Kalau tidak, apakah ertinya memerintah atau menyuruh supaya beramal secara berasingan setelah mereka disifatkan dengan beriman?! 

(8) Di dalam hadits Jibril tersebut pertanyaannya ما الإيمان. Apa itu iman?
Bukankah jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya ialah: 
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الأخروتؤمن بالقدره وشره
(Engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan hari kemudian, di samping engkau percaya juga kepada taqdir (ketentuan Allah), baik dan buruknya)." 

Apa yang terkandung di dalam jawapan ini semuanya berkaitan dengan kepercayaan yang merupakan perbuatan hati semata-mata. Tidak ada satu pun daripadanya yang berkait dengan amal atau perbuatan anggota badan.

(9) Menerusi ayat berikut Allah memerintahkan orang-orang mu'min supaya bertaubat:

At-Tahrim 66:8
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya. (at-Tahrim:8). 

Ia secara tidak langsung menunjukkan iman dan masshiat dapat berkumpul bersama. Kerana tidak ada ertinya perintah bertaubat, sekiranya orang-orang musmin itu tidak ada langsung melakukan ma'shiat. Hakikat ma'shiat ialah melakukan sesuatu perkara bercanggah dengan ketentuan agama. Dengan itu iman boleh ada, walaupun tidak ada amal yang baik bersamanya. Secara tidak langsung ia membuktikan amal bukan juzu' (bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada) iman. 

(10) Rasulullah s.a.w. pernah mengesahkan iman seorang hamba wanita dengan adanya tashdiq (dengan hati sebagai komponen utama iman) dan iqrar (mengaku dengan lidah sebagai komponen keduanya) sahaja tanpa ada juzu' (komponen) ketiganya iaitu amal dengan anggota Jil badan. Lihat haditsnya: 
أنَّ رجلًا من الأنصارِ جاء إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بجاريةٍ له سوداءَ فقال : يا رسولَ اللهِ إنَّ عليَّ رقبةً مؤمنةً أفأعتق  هذه  فقال لها رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أتشهدين أن لا إلهَ إلَّا اللهُ ؟ قالت : نعم ، قال : أتشهدين أنَّ محمَّدًا رسولُ اللهِ ؟ قالت : نعم ، قال أتؤمنين بالبعثِ ؟ قالت : نعم ، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم  أعتِقْها
Bermaksud: Sesungguhnya ada seorang lelaki Anshaar datang menemui Rasulullah s.a.w. sambil membawa bersamanya seorang hamba perempuan yang hitam (warna kulitnya). Lelaki itu bertanya: "Wahai Rasulallah! Saya kena merdekakan seorang hamba yang beriman. Bolehkah saya memerdekakan dia ini?" Rasulullah s.a.w. lantas bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?" Jawab hamba perempuan itu," Ya." Rasulullah s.a.w. terus bertanya. "Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?" Jawab perempuan itu, "Ya." Rasulullah s.a.w. seterusnya bertanya: "Adakah engkau percaya kepada kebangkitan sesudah mati?" Jawab perempuan itu, "Ya." Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Merdekakanlah dia." 
(Malik di dalam Muwatha'nya, Ahmad, 'Abdur Razzaaq, Ibnu al-Jaarud, at-Thabaraani dan lain-lain). 

Hadits ini jelas menunjukkan amal bukanlah komponen yang tidak dapat dipisahkan sama sekali dari iman. Kerana itulah Rasulullah s.a,w. langsung tidak bertanya tentangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan