Masalah pembelajaran biasanya dibahagikan kepada 3 kategori – language disorder, specific learning disorders (reading, writing and arithmetics) dan masalah lain seperti coordination, motor skills dan sebagainya.
Selalunya, masalah keupayaan pembelajaran berlaku pada semua spektrum di atas (campur-campur pelbagai kategori masalah).
Ingat! Tugas ibubapa bukan mendiagnosis anak-anak sendiri, tetapi memantau dan mengenal pasti masalah seawal mungkin dan kemudian dapatkan bantuan professional.
Perkongsian ini sebagai maklumat. Setiap kes berbeza berdasarkan sejarah individu.
Antara tanda-tanda awal yang boleh dikesan pada kanak-kanak berusia 5 tahun:
1. Lewat bertutur dengan normal (peraturan kasar – 2 tahun 2 perkatan satu ayat, 3 tahun – 3, 4 tahun ayat penuh, boleh bercerita kembali bila ditanya)
2. sukar belajar perkataan baru
3. masalah sebutan (articulation dan pronounciation)
4. sukar belajar mengenal nombor, huruf, hari dalam seminggu, warna dan bentuk
5. Sukar fokus
6. sukar menerima arahan
7. masalah dalam memegang pensil dengan baik
8. sukar belajar kemahiran motor seperti memakai butang, zip dan mengikat.
Bagi kanak-kanak yang ke sekolah tadika (penghujung 6 tahun)
1. tidak berminat dengan aktiviti memerlukan membaca, melukis dan menulis
2. tidak mengenal huruf besar dan kecil
Sekolah akan ada ujian saringan, namun lebih baik kalau ibubapa ambil perhatian awal sebelum terlewat.
Dapatkan maklumbalas dari guru mengenai perkembangan anak-anak di sekolah. Jadikan guru 'share-partner' anda dalam mendidik anak-anak.
Sekiranya kenal pasti masalah, boleh lakukan ujian saringan di mana-mana Klinik Kesihatan. Rujukan ke klinik pediatrik atau psikiatri kanak-kanak hanya untuk kes yang memerlukan pengesahan diagnosis atau intervensi. Doktor akan buat penilaian lanjut samaada masalah pembelajaran tadi berkait dengan masalah neurodevelopmental lain seperti autism, ADHD, Intellectual disability, sensory problem etc.
Jangan tunggu sampai anak dah darjah 4 masih tak boleh membaca baru nak bawa untuk penilaian.
Sumber: (Learning Disorder, Jensen & Breiger, 2005)
Dr .Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan