=================================
Alhamdulillah, selesai saya berkongsi 7 steps untuk kendali saat sukar dengan anak kesayangan kita dengan Alumni EHSABAR dalam coaching hangout tadi.
.
Post sebelum ini, mengapa penting Time In bukan Time Out, ada di sini ya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=780786102095976&substory_index=0&id=477691842405405
.
7 Langkah boleh ibubapa cuba setkan framework di dalam diri pabila nak kendali anak dengan tingkahlaku sukarnya ialah:
.
.
STEP 1
Adjust Your Mindset
(Sediakan Set Minda Anda)
.
Ini saya mudahkan keyword nya, jaga set minda dengan LUA (law of universal attraction) yang baik, positif, dan yakin.
.
i. Sebaik sahaja nampak anak sudah ada bunga-bunga nak ‘mencabar’ kesabaran dengan aksi dan emosinya, beritahu diri: “Saya boleh kendalikan anak saya ini” (Jangan lupa tarik nafas dalam dengan niat ‘kuat + tenang’, dan hembus dengan niat ‘lemah dan goyah’).
.
ii. Boleh juga buat skrip reasoning untuk yang jenis thinking macam anda: “Anak saya tantrum sebab dia penat, letih tak cukup rest bukan sebab tak dapat mainan semata”.
.
.
STEP 2
.
Listen Actively
(Dengar, dengan Aktif)
.
i. Dengar anak, dengan menggunakan telinga, mata dan hati (3 deria ni sangat penting untuk judgement yang tepat).
.
ii. Dengar apa dikata, perhati ‘nonverbal’ dia, nilaikan dengan mata hati apa yang sebenarnya dimahukan si anak ini sebenarnya.
.
iii. Offer soalan cepumas: “Kakak nampak macam maraaah sangat. Cuba kakak bagitahu mama apa yang kakak marah kan tu, mama nak faham”.
.
iv. Ini untuk break dia dari emotional brain terlalu lama dalam mengamuk (contoh menendang, pukul, dan menangis berlamaan) agar hormone stress tidak berlebihan dan move ke ‘rational brain’, mudah nak convert behaviour sukar kepada behaviour kerjasama.
.
.
STEP 3
.
Repeat Their Concern
(Ulangkan Semula Apa Dikehendaki si Anak Ini)
.
i. Ucapkan semula dalam ayat mudah dan jelas anda, perkara yang si anak highlightkan isunya tadi. Isu Bimbang? Marah? Penat? Geram? (focus kepada emosi berbanding tingkahlaku sebab emosi sahaja boleh hubungkan manusia dengan manusia lain walau negative atau positif, berbanding fakta di fikiran membuatkan manusia tak berhenti berbalah dan nak menang).
.
ii. “Oooh… rupanya Kakak marah sebab tunggu mama lama sangat.. Kakak tunggu sampai semua orang dah balik…”
.
iii. Anak akan rasa didengari, difahami, dan diambil berat.
.
iv. Ada juga kes anak tidak beritahu maka Mama akan teka teki teku kan? Heheh, so sebenarnya untuk permulaan, anak jenis ini mahu perhatian dan ‘susahkan’ mama untuk teka sebab dia nak TIME IN dengan anda sebenarnya. Maka boleh solusi di Step 5 untuk akan datang dia mudahkan Mama semudah beritahu apa dia rasa bukan berdingdong lama macam tu ya ;)
.
.
STEP 4
.
Be Empathic & Apologise
(Jadi Empati dan Mohon Maaf Ikhlas Dari Hati, Sungguh-sungguh)
.
i. Rasakan apa yang anak rasa JIKA anda di tempatnya.
.
ii. Minta maaf siap-siap atas apa jua kesilapan, kekurangan, ke terlepasan pandang kita kepada isu kecil dia (tapi besar pada nya).
.
iii. “Maaf sayang Mama… Mama lambat. Jika Mama di tempat Kakak, mesti Mama juga marah sebab tunggu lama sangat… Allahu Akhbar.”
.
Minta maaf juga boleh jadi dua: satu kita memang silap, kedua atas apa dia rasai kerana perbuatan kita tanpa kita niatkan.
.
iv. Jangan gunakan perkataan Mama faham, Mama tahu, hakikatnya kita takkan tahu dan faham exactly pemikiran kecil mereka. Gunakan ‘Jika Mama di tempat kakak, mama juga… akan rasa… kerana… ‘.
.
v. Minta maaf juga banyak melurutkan emosi negatif kepada let go dan maka boleh Move on ke stage seterusnya.
.
.
STEP 5
.
Present a Solution
(Beri Solusi / Penyelesaian)
.
i. What you focus will expand, jika anda fokus kepada 1 tingkahlaku negatif kerap anak anda, tingkahlaku ini akan terus berputar-putar di minda dan mindset anda, dan ia akan terusan jadi masalah pada anda.
.
ii. Tapi, focus pada penyelesaian, alternatif penyelesaian akan semakin nampak dan bertambah.
.
iii. Berikan solusi berbanding fokus kepada isu anak anda berulang ini, “Haa ni mesti nak ngamuk la ni, bila kita tak beri apa dia nak”. Apa kita fikir, rasa dan ucap adalah doa ya .
.
iv. “Mama nampak Kakak lama menangis, mesti penat kan. Apa kata Mama bawa Kakak minum air sejuk / cuci muka Kakak? – solusi sementara.
.
v. Ingat, emosi akan switch dengan dua keadaan/syarat sahaja, satu breathing, satu lagi movement. Saya pernah aja minta anak saya bernafas tiga kali semasa dia sedang bising-bising mencabar tu, menjadi sahaja ;) kena masterkan diri skill breathing ni.
.
vi. “Baiklah, lain kali Mama akan usaha balik awal, keluar dari ofis awal. Jadi, takdalah Kakak tunggu lama, kan? Mama nak minta kakak beritahu perasaan kakak, iaitu Kakak rasa marah kepada Mama kerana…. Apa, dan lain kali tak perlu bentak-bentak pukul Mama macam tadi tu, boleh anak solehah Mama?
.
.
STEP 6
.
Take Action & Follow Up
(Ambil Tindakan dan Tanya Susulan)
.
i. Lakukan tindakan yang sewajarnya dan perlu.
.
ii. Susulan perlu buat dan ambil tahu tindakan yang telah diperbincang dan dipersetujui bersama.
.
iii. Ia bertujuan untuk pengukuhan agar tidak berulang sama atau lebih teruk lagi akan datang.
.
iv. Esoknya: “Tengok, hari ni Mama berjaya balik awal, ambil Kakak awal sebab Mama ingat kat anak Mama yang baik ni”.
.
.
STEP 7
.
Use the Feedback
(Gunakan Maklumbalas Diperolehi)
.
i. “Alhamdulillah, betul, mood kakak lebih baik la sekarang sejak Mama ambil awal di sekolah. Mama syukur sangat. Selama ni memang Kakak geram sebab tunggu lama sangat. Lepas tu rupanya Kakak gaduh-gaduh dengan kawan sementara tunggu Mama sebab risau Mama lambat sangat ambil ya. Mama gembira sebab Kakak juga gembira”.
.
ii. Ini penting untuk wrap up semula semua proses ini untuk pembelajaran bersama.
.
.
Selamat berusaha untuk #awareparenting and positive parenting.
.
Susunan dan Refleksi,
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan