Pada waktu ini ada 50 juta penduduk dunia mengalami demensia (kemerosotan fungsi kognitif pada usia tua disebabkan pelbagai faktor seperti Alzheimer's, masalah cardiovascular dll.) Nombor ini akan meningkat ke 150 juta menjelang 2050.
2020 Report of Lancet Commission on Dementia baru release dan update beberapa info.
2017 Report yang sama bagitahu ada 9 faktor yang modifiable menyumbang kepada demensia
1. Kurang pendidikan
2. Darah tinggi
3. Masalah pendengaran
4. Merokok
5. Diabetes
6. Depression
7. Tidak aktif aktiviti fizikal
8. Kurang bersosial
9. Obesiti
2020 punya report dia tambah 3 lagi
10. Pengambilan alkohol berlebihan
11. Kecederaan kepala
12. Pencemaran udara, termasuk 2nd hand smoking
Jika semua 12 faktor ini dapat dicegah, kita mampu mengurangkan 40 peratus kes demensia.
#fikirmasadepan
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan