K607.14 Label Kepada Anak Yang Perlu Kita Ubah.
Setiap anak ada personalitinya yang unik dan tersendiri. Kadangkala kita lihat mereka seperti melihat diri kita sendiri, atau seperti orang dewasa lain yang kita kenali. Sebab tu kita mudah trigger dan naik angin.
Kita Tidak Membantu Malah Menambahkan Lagi Keterukan Susasana.
Bila kita bertindak atau berespon sama seperti tingkahlaku anak (anak keras kepala, mak pak pun keras kepala), kita tidak membantu apa-apa pun, malah meneguhkan lagi ciri karektor yang tidak disenangi ramai ini.
Jadi menurut pengalaman dan pengamatan saya,
(1) pertama sekali ibubapa perlu mengubah paradigma pemikiran terlebih dahulu terhadap setiap ciri yang anak tonjolkan yang buat kita rasa tidak selesa ini (ubah mindset – mencari positiviti).
(2) Seterusnya barulah kita boleh melakukan beberapa siri latihan diri dan kepada anak agar karektor ini boleh berkembang menjadi ciri yang teguh/kuat, positif, sederhana dan membantu diri, serta orang di sekelilingnya pada masa akan datang.
(3) Bantu anak juga untuk fahami dirinya sendiri dan orang lain dengan sentiasa duduk berbincang, bersembang mengenai karektor manusia yang pelbagai dan unik ini.
Saya telah senaraikan karektor sukar anak yang sering kita salah label dan perlunya kita ganti dengan sudut pandang yang positif kepada si anak dengan menyebut-nyebut ayat ini selalu kepada diri dan pasangan. Kemudian lakukanlah siri latihan yang perlu kita lakukan (solusi)
(kesemuanya Alhamdulillah memang telah kami lakukan).
Di sepanjang proses menulis ayat positif ini, saya bermuhasabah diri saya, dan ya 11 dari 14 ciri ini ada pada anak-anak saya juga . Bersyukur dan bergembiralah kerana anda juga sebenarnya berada di track yang betul kerana membaca artikel ini bersama-sama ibubapa lain.
Perkataan Kita Adalah DOA
Kita tidak mahu terikut-ikut dengan sikap anak dengan jadi sama macam dia sedangkan usia anak dan kita jauh berpuluh tahun beza. Ini akan membuatkan ianya semakin menjadi-jadi. Kita mahu lawan bisikan tidak elok ini dalam diri atau pendengaran kita (orang luar melabel) dengan selalu ucapkan kepada diri kita, anak kita dan pasangan kita akan ayat-ayat positif ini.
Apa jua kita fikirkan, rasakan, malah ucapkan memang merupakan satu doa. Persoalannya, jika bukan kita, siapa lagi nak mulakan positiviti ini?
14 Ciri Karektor Anak Yang Sering Buat Kita Hilang Sabar, Macam Mana Nak Respon Serta Apa Yang Perlu Kita Lakukan dalam ‘Long Run’.
1.Anak Yang Dramatik
Dramatik betul dia ni.
Respon ;Syukurlah anak kita ni seorang yang passionate dan expressive orangnya .
Plan kedepan, Dia tak simpan dalam hati .Apa dia rasa terus tunjuk . Nanti kita ajar la dia pelan-pelan agar berpada-pada dalam mengekspresi diri tu. tak mau orang salah sangka dan terasa hati pula.
2.Anak Yang Penakut
Penakut betullah anak kita ni.
Respon; Anak kita ni seorang yang berhati-hati, berwaspada dan nak melindungi diri dia.
Plan ke depan: Nanti kita hynoscript dia selalu yang berani, dia yakin, dia boleh buat. Kita bagi tau dia :
Salah tak apa, buat je..Kita pun pada usia dia entah-entah lagi penakut dari dia tu,ha ha ha
3.Anak Yang Selalu ‘Demanding’
Respon: Anak kita ni dia tahu apa mahu dia jenis outspoken, berani , tegas
Plan ke depan nanti kita ajar dia untuk sabar ,minta apa dia nak tu cara eluk- eluk , berbincang dan negosiasi selalu dengan kita. Bukan kita tak bagi ,kita akan bagi bila tiba masa yang sesuai dengan kemampuan dia. Lama-lama dia akan faham nanti. Dia buat kita latih diri jadi lebih sabar
4.Anak Yang ‘Bossy’ (Macam Bos).
Dia ni bosy betul.
Respon; Anak kita ni ada ciri kepimpinan semulajadi, sesuai jadi pengurus dan ketua.
Plan ke depan Nanti kita ajar/latih dia untuk jadi pemimpin diri sendiri, pemimpin adikberadik dia, kita beri dia banyak tugas dan tanggungjawab sesuai dengan usianya. Dia pasti suka dan akan lakukan dengan baik selali.
5.Anak Yang Impulsif
Dia jenis impulsif betul.
Respon: Anak kita ni ada ciri spontaneonus dan guna naluri dia. Suka terlibat dan ready on the go aja. Senang.
Plan akan buat Bila dia silap, langgar orang, cuai, terluka hati orang, kita ajar dia untuk lebih sensitif, minta maaf dan be humble. Kita selalu beri dia grounding dengan rumput dan alam semulajadi agar dia boleh aktivate sensori dia dengan lebih baik dan seimbang.
6.Anak Yang Cerewet (Fussy)
Cerewetnya lah hai anak kita ni.
Respon :Anak kita ni dia ada kehendak yang jelas dan kuat ,tau kesukaan atau spedia tersendiri. Dia nak yang terbaik.
Plan akan buat: Kita ajar dia untuk cuba dulu alami apa dia ada/dapat yang bukan kehendak spec dia. Ajar dia konsep bersyukur. Kadangkala apa yang kita tak suka tu baik untuk diri kita dan sebaliknya, perlu lebih relaks sedikit, tarik nafas dan terima apa ada dulu.
7.Anak Yang Banyak Cakap (Talkative)
Banyak cakap betul anak kita ni.
Respon: Alhamdulillah ,anak kita ni dia suka/enjoy komunikasi.
Plan akan buat Kita perlu selalu menjadi pendengar dia, juga ajar dia untuk bercakap ikut turn giliran juga. Hormati orang yang tengah bercakap. Nanti masukan dia ke super speakers kids, boleh dia berdebat ke, masuk pertandingan bercerita ke, buat talk show youtube channel sendiri ke. Bagi terlunas kepuasan bercakapnya tu he he he.
8.Anak Yang Keras Kepala, Degil
Anak kita ni keras kepala,degil.
Respon Alhamdulillah,anak kita ni seorang yang persisten (berterusan /konsisten,tekun dan tabah sekali)
Plan akan buat Kita perlu banyakan mendengar points dia, reason dia dan bernegosiasi dengan dia.Dia ada sebab tersendiri . Nanti dia boleh pertahankan rule yang benar bila besar nanti, berani dan yakin diri. Cuma juga kita perlu ajar dia berempati dengan perasaan orang lain dan juga terbuka mendengar pandangan orang lain.
9.Anak Yang Tidak Fokus
Anak kita selalu tak fokus.
Respon:Alhamdulillah , Anak kita ni jenis multitask, boleh beri perhatian kepada banyak benda..
Plan akan buat. Dia happy go lucky dan suka main aja, easy going. Kita perlu banyakan latih dia juga buat satu benda dalam satu masa dan buat sampai siap. Latihan brain gym boleh bantu dia untuk fokus, kita beri video youtube buat sama-sama setiap hari . Nanti daya kawalan fokus dia akan meningkat seiring dengan usianya.
10. Anak Yang Selalu Nak Perhatian
Dia cuma nak perhatian aja.
Respon Sebenarnya dia nak capai connectian dengan kita...
Plan akan buat Kita perlu connect dengan dia . Jadi nya kita akan sit down dan luang masa dengan dia dan tanya sendiri apa yang sebenarnya dia nak sampaikan ,apa terbuku dan tak terluah. Kemudian minta dia untuk lain kali tak perlu ulang macam ru lagi, just bagitau ada dia perlu/nak
11. Anak Yang ‘Hiper’
Dia ni hyper
Respon Kita perlu beri dia banyak latihan /game/aktiviti yang guna tenaga banyak macam lari, basikal, panjat dll di setting outdoor atau indoor yang khusus untuk beri kanak-kanak bebaskan tenaga dia di tempat selamat.
12.Anak Yang Selalu Bertentangan dengan Kita
Dia ni selalu bertentangan dengan apa yanb kita cakap.
Respon Alhamdulillah sebenarnya anak kita ni boleh me beri perspektif yang berbeza.
Plan akan buat Kita perlu galakan dia beritahu buah fikiran dan perspektif dia, kita dengari, fahami. Kita juga perlu ajar dia untuk win win situation : iaitu dengari dan hormati perspektif orang lain pula sebab setiap orang ada perspektif tersendiri.
13.Anak Yang Selalu Melawan
Anak kita ni selalu melawan.
Rezpon Sebenarnya anak kita ini jenis yang kuat berpegang dengan kepercayaannya, berani dan determined
Plan akan buat Ia cuma satu jenis karektor. Kita rasa sukar sebab kita fikir dia anak dan kecil lagi. Tetapi karektor seperti ini membolehkan dia menjadi seorang ketua yang tegas pada pendirian dan peraturan. Kita tidak mahu ciri ini mati. Kita cuma perlu banyak bersabar, berlembut, menasihati dan selalu berdoa agar dia juga lembut hati dan empati pada orang lain. Banyakkan juga bawa dia ke alam semulajadi untuk berdamai dengan alam.
14.Anak Yang Tidak Fleksibel
Anak kita ni selalu tak fleksibel.
Respon Sebenarnya anak kita ni lebih suka aturan dan sesuatu yang dia boleh jangka.
Plan akan buat
Ia cuma satu jenis personaliti.
Pertama kita perlu pastikan dia tahu awal sesuatu perkara sebab dia tak boleh terkejut-kejut dan lasy minute.
Kedua kita juga latih dia untuk kemungkinan situasi yang mengejut boleh berlaku, agar dia boleh adaptasi dengan baik kelak
Peringatan Tambahan
Walau bagaimanapun, ketahuilah usia 2-7 tahun anak adalah di peringkat egosentrik ; yang mana kebanyakannya ada ciri seperti dalam senarai di atas. Mereka sedang membentuk personaliti dan jati diri mereka.
Namun tidaklah terlalu ambil mudah atau abaikan sekiranya ia masih berterusan sehingga usia 7 ke atas. Melentur buluh kan dari rebung? Bawalah pergi ke pemeriksaan doktor sekiranya anda perasan kelainan yang ketara dan mahukan penilaian lanjut dan intervensi awal ya.
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan