Sahih bukhari kitab ilmu 20/8/22(2)
Bab (10):¹²⁶Ilmu (Mesti Ada Dahulu) Sebelum Bercakap Dan Beramal¹²⁷ Kerana Firman Allah S.W.T. Yang Bermaksud: “Maka Ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Selain Allah Dan Beristighfarlah Untuk Kesalahanmu.”
Allah S.W.T. Memulakan Dengan Ilmu.¹²⁸ Dan Sesungguhnya Para `Ulama’, Mereka Itulah Pewaris Para Nabi.¹²⁹ Mereka (Para Nabi) Meninggalkan Ilmu,¹³⁰ Sesiapa Yang Mengambilnya Bererti Dia Telah Mengambil Bahagian (Habuan) Yang Banyak,¹³¹ Sesiapa Yang Mengikuti Sesuatu Jalan Demi Mencari Ilmu, Allah S.W.T. Mempermudahkan Jalan Untuknya Ke Syurga.¹³² Allah S.W.T. Berfirman
(maksudnya): Sesungguhnya Yang Takut Kepada Allah Dari Kalangan Hamba-HambaNya Hanyalah `Ulama’.¹³³ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): “…Dan Tiada Yang Memahaminya Kecuali Orang-Orang Yang Berilmu.”¹³⁴ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Mereka Berkata: Kalaulah Dahulu Kami Mendengar Dan Kami Berfikir Tentulah Kami Tidak Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Masuk Neraka.¹³⁵ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Adakah Sama Orang Yang Mengetahui (Orang Yang Berilmu) Dan Orang Yang Tidak Mengetahui (Tidak Berilmu)? ¹³⁶ Nabi S.A.W. (Pula) Bersabda: Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Besar (Istimewa) ¹³⁷ Untuknya Nescaya Dia S.W.T. Memberi Faham Yang Mendalam ¹³⁸ Kepadanya Tentang Agama.¹³⁹ Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Diperolehi Dengan Belajar.¹⁴⁰
Kata Abu Dzar: Sekiranya Kamu Meletakkan Pedang-Pedang Yang Tajam Di Atas Ini (Sambil Beliau Mengisyaratkan Kepada Tengkuknya), Kemudian Aku Rasa Aku Dapat Mengucapkan Satu Perkataan Yang Pernah Aku Dengar Daripada Nabi S.A.W. Sebelum Kamu Melaksanakan Kehendak Kamu Itu Ke Atasku, Nescaya Aku Akan Keluarkan (Aku Akan Ucapkan).¹⁴¹ Dan Sabda Nabi S.A.W.: Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadhir,¹⁴² Dan Ibnu `Abbaas (Pula) Berkata: Hendaklah Kamu Menjadi Orang-Orang Rabbaniy, Siapa Itu Rabbaniy? Hukama’, `Ulama’,¹⁴³ Fuqaha’,¹⁴⁴ Dan Dikatakan Rabbaniy Itu Orang Yang Mengajar (Mendidik) Manusia Dengan Pengetahuan Yang Kecil-Kecil¹⁴⁵ Sebelum Pengetahuan Yang Besar-Besar.¹⁴⁶
Tiada ulasan:
Catat Ulasan