Tafsir quran dengan quran 7/9/22(04)
Al-Baqarah 2:168
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,²⁶⁰ kerana sesungguhnya ia adalah musuhmu yang nyata.²⁶¹ [168].
²⁶⁰ dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal kerana Allah berfirman:
Al-Ma'idah 5:87
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحَرِّمُوا۟ طَيِّبَٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
Al-Ma'idah 5:88
وَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (87).
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (88).
- maksud melampaui batas adalah menghalalkan apa yg Allah haramkan dan mengharamkan apa yg Allah halalkan.
-dan didikan bukan berhenti setakat selera makan tetapi juga sehingga tiada selera kepada syirik juga.
- syirik, kezaliman , riba, adalah tidak baik dan menjijikan bukan hanya makanan yang diharamkan itu menjijikan. Ini adalah cara Islam membentuk peribadi seorang Islam, merasa jijik dengan perkara-perkara haram bermula dengan makanan (atau pakaian juga) yakni perkara yg boleh dilihat sehinggalah perkara haram yg tidak boleh dilihat dengan mata kasar seperti keharaman syirik, riba dan lain- lain dosa atau maksiat.
²⁶¹ Apa yang dapat difahami daripada ayat ini ialah syaitan itu suka makan makanan-makanan yang tidak halal dan tidak baik. Syaitan juga suka sangat kalau manusia mengikutinya dalam perkara ini. Sedangkan manusia tidak sepatutnya mengikut syaitan dalam perkara apa sekalipun, kerana ia perlu sedar bahawa syaitan itu adalah musuhnya yang nyata. Apa yang disukai syaitan untuk manusia tentunya tidak baik akibatnya kepada manusia.
-syaitan makan minum seperti manusia cuma tak kira halal haram.
- syaitan juga tidak sukakan perkara yg baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan