Tafsir quran dengan quran 19/10/22(6)
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Masa puasa itu ialah bulan Ramadhan yang diturunkan padanya (permulaan)Al-Quran,²⁹⁵ sebagai hidayat kepada manusia, dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan hidayat dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Oleh itu. sesiapa di antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya)]²⁹⁶ maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia mengqadha' puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang Iain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mahukan kamu mendapat kemudahan dan tidak mahu kamu menanggung kesukaran.²⁹⁷ Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasa (sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat hidayat yang telah dikurniakanNya kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.[185]
²⁹⁵ Ayat ini menjelaskan bahawa Al-Qur'an telah diturunkan pada bulan Ramadhan, tetapi tidak disebutkan di sini waktunya. Adakah pada waktu malam atau siang? Semua sekali Al-Qur'ankah atau permulaan Al-Quran sahaja?
Namun ayat-ayat yang lain ada menyebut tentangnya. Allah berfirman:
Al-Qadr 97:1
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Al-Qadr 97:2
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
Al-Qadr 97:3
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Al-Qadr 97:4
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Al-Qadr 97:5
سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (Malam Qadar), (1)
Dan tahukah kamu apakah Lailatul-Qadar itu? (2) LailatulQadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (3)
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit Fajar!(5).
Allah juga berfirman tentangnya:
Ad-Dukhan 44:1 حمٓ
Ad-Dukhan 44:2 وَٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ
Ad-Dukhan 44:3 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Ad-Dukhan 44:4 فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Ad-Dukhan 44:5 أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ad-Dukhan 44:6 رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Bermaksud: Haa, Miim. (1)
Demi Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkati; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (3)
Pada malam yang diberkati itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4)
laitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi ketetapan Kami mengutuskan Rasul. (5)
(untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). (6)
Daripada Surah al-Qadar dan ad-Dukhaan yang dikemukakan di atas dapat diketahui bahawa malam diturunkan Al-Qur'an itu mempunyai namanya tersendiri dan ia mempunyai banyak sekali keistimewaan dan rahsia Allah.
Berhubung dengan persoalan Al-Qur'an itu diturunkan semuanya sekali gus kah pada Malam Qadar itu atau hanya bahagian permulaannya sahaja dapat anda lihat pada sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Antaranya ialah pada firman Allah di bawah ini: Al-Furqan 25:32
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَٰحِدَةًۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَۖ وَرَتَّلْنَٰهُ تَرْتِيلًا
Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan AlQuran itu kepada Muhamad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
²⁹⁶ Bahagian yang [.....] ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut: Oleh itu, sesiapa di antara kamu hadhir atau berada (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu....
²⁹⁷ Di sini Allah menyatakan sifat syari'atNya dan salah satu daripada prinsip utama agamaNya. Ugama Islam adalah ugama yang mudah. Tiada sebarang kesukaran dalam Islam. Allah mahukan umat Islam mendapat kemudahan dan Dia tidak mahu umat Islam menanggung kesukaran. Prinsip utama Islam ini dinyatakan di dalam AlQur'an dengan ibarat dan gaya bahasa yang berbeza-beza.
Antaranya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesukaran dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. la menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatanmu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
-sifat agama yg dibawa oleh Nabi Ibrahim termasuk suruhan berpuasa.
- kita diberikan nama ٱلْمُسْلِمِينَ oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan