Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 001
Umar bin Thabarzad (Nama penuhnya ialah Umar bin Muhammad. Tbnu Thabarzad adalah nama timangannya) al-Baghdadi¹ berkata: Asy-Syeikh Abu al-Fath Abdul Malik
bin Abi al-Qasim Abdullah bin Abi Sahl al-Hirawi al-Karukhi meriwayatkan kepada kami pada 10 Zulhijah tahun 547 hijrah di Mekah (Semoga Allah tetap memuliakannya)
dengan cara saya mendengar. Kata beliau (Asy-Syeikh Abu al-Fath al-Karukhi): Al-Qadhi az-Zahid Abu Aamir Mahmud bin al-Qasim otn Muhamnad al-Azdi (semoga Allah merahmatinya), meriwayatkan kepada kami dengan cara dibaca hadits-hadits(Jaami at-Tirmizi) ini di hadapannya dan saya mendengarnya, pada bulan Rabi' ul Awwal tahun 482 hijrah. Syeikh Abu al-Fath al-Karukhi juga berkata: "Kitab ini juga dibaca di hadapan asy-Syeikh Abu an-Nashr 'Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali bin Tbrahim at-Tiryaaqi dan asy-Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Abdis Shamad bin Abi al-Fadhl bin Abi Hamid al-Ghurji (semoga mereka berdua dirahmati Allah) dalam keadaan saya mendengarnya pada bulan Rabi'ul Akhir tahun 481 hijrah. Mereka berdua juga
(seperti AI-Qadhi az-Zahid Abu Aamir Mahmud bin al-Qasim bin Muhammad al-Azdi)berkata: Abu Muhammad Abdul Jabbaar bin Muhammad bin Abdillah bin Abi al-Jarraah
al-Jarraahi al-Marwazi al-Marzubani meriwayatkan kepada kami dengan dibaca (kitab) hadits ini di hadapannya, katanya: Abu al-'Abbaas Muhammad bin Ahmad bin Mahbub bin Fudail al-Mahbubi al-Marwazi meriwayatkan kepada kami. lalu Syeikh yang tsiqah lagi amanah mengakuinya² , katanya: Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa at-Tirmizi al-Hafiz³ meriwayatkan kepada kami, katanya:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
أبواب الطهارة عنرسول الله صلى الله عليه وسلم
Bab-Bab Bersuci Daripada Nabi s.a.w.⁴
(1)باب مَا جَاءَ لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ:
1.Bab Tentang Sembahyang Tidak Diterima Tanpa Bersuci.⁵
1-Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu 'Awaanah meriwayatkan kepada kami daripada Simaak bin Harb. (Kata Imam Tirmizi lagi)
__________
Sanad penulis sendiri sampai kepada Syeikh Umar bin Thabarzad ini dan seterusnya sampai kepada pengarang kitab Jaami' at-Timizi, Abu Isa Muhammad bin Isa at-Timizi adalah sepert berikut:
(1) Saya hamba Allah yang dha if, Muhammad Asri bin Yusoff telah menerima kitab Jaami at-Timizi ini secara talaqqi (dengan mempelajarinya dari awal hingga ke akhir) daripada guru saya
(2) Maulana as-Syeikh al-Mufti Wali Hasan Khan at-Tonki, Syeikhul Hadits Jami' atul Uloom al-Islamiyyah Karachi dan Mufti besar Pakistan di zamannya. (m.1415H). Beliau menerimanya daripada
(3) Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband India, Maulana Husain Ahmad al-Madani (m. 1377H). Beliau menerimanya daripada
(4) Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband India, Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kashmiri (m.1352H). Beliau menerimanya daripada
(5) Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan ad-Deobandi (m. 1339H). Beliau menerimanya daripada dua orang gurunya iaitu
(6)
(i) Maulana Muhammad Qasim an-Nanutwi (pengasas Darul Uloom Deoband, m.1297H) dan
(ii) Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi (m.1323H).
Mereka berdua menerimanya daripada
(7) Syeikh Abdul Ghani al-Mujaddidi ad- Dihliwi (m. 1296H). Beliau menerimanya daripada
(8) Syeikh Muhammad Ishaq, Muhaddits Delhi (m.1262H). Beliau menerimanya daripada
(9) As-Syeikh Syah Abdul Aziz ad-Dihliwi (m.1239H). Beliau menerimanya daripaúa ayahandanya
(10) As-Syeikh Syah Waliyvullah muhaddits Delhi di zamannya (m.1176H). Beliau menerimanya daripada
(11) As-Syeikh Abi at- Thahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.l145H). Beliau menerimanya daripada ayahandanya
(12) As-Syeikh Ibrahim al-kurdi (m.1 101H). beliau menerimanya daripada
(13) As- Sveikh Sulthan bin Ahmad al-Mazzaahi al-Mishri (m.1075H). Beliau menerimanya daripada
(14)As-Syeikh Syihaabuddin Ahmad as-Subki (m.1032H). Beliau menerimanya daripada
(15) As- Syeikh Najmuddin Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Abi Bakr al-Ghaithi (m.984H). Beliau menerimanya daripada
(16) As-Syeikh Zainuddin Zakariyya bin Muhammad bin Ahmad bin Zakariyya al-Anshaari (m.926H). Beliau menerimanya daripada
(17) As-Syeikh Izzuddin Abu Muhammad Abdur Rahim bin Nashiruddin, Ibnu al-Furaat (m.851H). Beliau menerimanya daripada (18) As-Syeikh Umar bin al-Hasan al-Magharaaghi (m.778H). Beliau menerimanya daripada
(19) As-Syeikh al-Fakhr Ali bin Ahmad, Ibnu al-Bukhari (m.690H). Beliau menerimanya daripada
(20) As-Syeikh Umar bin Thabarzad al-Baghdaadi (m.607H). Beliau menerimanya daripada
(21) As-Syeikh Abu al-Fath Abdul Malik bin Abi al-Qasim Abdullah bin Abi Sahl al-Hirawi al-Karukhi (m.548H). Beliau menerimanya daripada tiga orang gurunya iaitu
(22) ) Al-Qadhi az-Zaahid Abu Aamir Mahmud bin al-Qaasim bin Muhammad al-Azdi (m.487H)
(i) As-Syeikh Abu an-Nashr 'Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali bin Ibrahim al- Tiryaaqi (m.483H) dan
(ii) As-Syeikh Abu Bakr Ahmad bia Abdis Shamad bin Abi al-Fadhl bin Abi Hamid al-Ghurji (m.481H). Mereka bertiga menerimanya daripada
(23) Abu Muhammad Abdul Jabbaar bin Muhammad bin . lah bin Abi al-Jarraah al-Jarraahi al-Marwazi a! Marzubaani (m.412H). Beliau menerimanya daripada
(24) Abu al- Abbaas Muhammad bin Ahmad bin Mahbub bin Fudhail al-Mahbubi al-Marwazi (m.346H). Beliau menerimanya daripada
(25) Pengarang kitab Jaami' at-Tirmizi sendiri, Al-Imam al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa at-Tirmizi (m.279H).
Walaupun ucapan ini tidak terdapat di dalam sesetengah nuskhah Jaami at-tirmizi, malah tempatnya diambil alih oleh ibarat: أخبرنا الشيخ الثقة أبو العباس atau أخبرنا أبو العباس محمد بن محموب فضيل المروزي الشيخ الثقة الأمين
Namun disebabkan terdapat banyak sekali nuskhah- nuskhah yang mengandungi ucapan itu, terutamanya nuskhah-nuskhah yang dicetak di benut kecil India. Apa lagi dalam keadaan mafhumnya yang telah menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pihak, sehingga ada yang berkata, ini semua adalah akibat kesilapan penyalin Kitab.
Maka penulis berfikir ada baiknya jika ucapan yang telah menjadi teka-teki itu dirungkai dengan teliti dan cermat. Menurut pengamatan penulis, sebenarnya terdapat beberapa pendapat tentang siapakah sebenarnya orang yang mengatakan: "lalu Syeikh yang tsiqah lagi amanah
mengakuinya" di sini. Dan siapakah pula yang dimaksudkan dengan Syeikh yang tsiqah lagi amanah itu? Antara pendapat yang telah dikemukakan oleh para pensyarah kitab Jaami at- Tirmizi ialah:
(1) Orang yang mengatakan demikian ialah Umar bin Thabarzad al-Baghdadi. Syeikh yang tsiqah lagi amanah itu pula ialah Syeikh Abu al-Fath Abdul Malik bin Abi al-Qasim al-Hirawi al-Karukhi. Maksudnya ialah setelah selesai membaca kitab Jaami at-Tirmizi di hadapan gurunya Syeikh Abu al-Fath, Syeikh Umar bin Thabarzad al-Baghdaadi meminta pengesahan daripadanya tentang keabsahan riwayatnya. Tetapi pendapat ini tidak begitu kuat. kerana ucapan lalu Syeikh yang tsiqah lagi amanah mengakuinya" itu terletak terlalu jauh selepas disebutkan nama Syeikh Abu al-Fath.
(2) Orang yeng mengatakan demikian ialah Syeikh Abu al-Fath sendiri dan orang yang dimaksudkan dengan Syeikh yang tsiqah lagi amanah itu ialah salah seorang daripada tiga orang guru beliau. Maksudnya ialah Syeikh Abu al-Fath berkata. selepas menyampaikan hadits-hadits kitab Tirmizi. guru saya mengakui keabsahan riwayatnva. Pendapat ini juga tidak kuat kerana ucapan tu terletak terlalu jauh selepas disebutkan nama Syeikh Abu al-Fath. Nama guru yang dikatakan Syeikh yang tsiqah lagi amanah itu juga tidak dapat dipastikan.
(3) Orang yang berkata begini ialah Abu Muhammad Abdul Jabbaar, Syeikh yang tsigah lagi amanah pula merujuk kepada Abu al-Abbaas Muhammad bin Abmad al-Marwazi, Tiga orang murid Abu Muhammad Abdul Jabbaar telah meminta pengesahan guru Abu Muhammad iaitu Abu al- Abbaas bahawa adakah benar beliau ada meriwayatkan kitab Jaami at-Tirmizi kepada Abu Muhammad? Maka beliau mengakuinya. Pendapat ini baru dapat diterima setelah dipastikan al-Qadhi az-Zaahid, Syeikh Abu an-Nashr at-Tiryaaqi atau Syeikh Abu Bakr al-Ghurji memang sempat bertemu dengan Syeikh Abu al- Abbaas al-Marwazi.
Kenyataan tidak menyokongnya disebabkan oleh al-Qadhi az-Zaahid lahir pada tahun 400H.
Sedangkan Syeikh Abu al-Abbaas al-Marwazi telah meninggal dunia 54 tahun sebelum kelahirannya iaitu pada tahun 346H. Dengan ittu pertemuan mereka dengannya adalah suatu yang tidak mungkin berlaku.
(4) Ini ialah ucapan salah seorang daripada murid Abu Muhamad 'Abdul Jabbaar. Syeikh yang tsiqah lagi amanah yang dimaksudkan ialah Abu al-abbas al-Marwazi. Maksudnya ialah setelah menerima hadits-hadits kitab Jaami' at-Tirmi Muhammad Abdul Jabbaar, al-Qadhi az-Zaahid, Syeikh Abu an-Nashr at-Tiryaaqi atau Syeikh Abu Bakr al-Ghurji telah pergi bertemu dengan guru Abu Muhammad Abdul Jaabar sendiri iaitu Abu al-Abbaas al-Marwazi untuk mendapat pengesanan daripada beliau, Seolah-olahnya dia bertanya Abu al-Abbaas al-Marwazi begini ااخبرت عبد الجباز؟ فأقر به الشيخ الأمين(Benarkah tuan telah meriwayatkan hadits-hadits kitab Jaami' at-Tirmizi kepada Abdul Jabbaar? Maka Syeikh yang tsiqah lagi amanah pun mengesahkannya). Pendapat ini juga tidak kuat seperti pendapat (3) sebelumnya. (5) Ini ialah ucapan ketiga-tiga orang murid Abu Muhammad 'Abdul Jabbaar.
Syeikh yang tsiqah lagi amanah yang dimaksudkan ialah Abu Muhammad Abdul Jabbaar sendiri. Maksudnya ialah setelah menerima hadits-hadits Jaami' at-Tirmizi daripada beliau, mereka meminta pengesahannya. Seolah-olahnya mereka berkata kepada Abu Muhammad Abdul Jabbaar begini: أأخبرك العباس؟ فأقر به الشيخ الثقة الأمين
(Benarkah Abu al- Abbaas telah meriwayatkan hadits-hadits kitab Jaami' at-Tirmizi ini kepada tuan? Maka Syeikh yang tsiqan lagi amanah pun mengesahkannya).
Inilah pendapat Maulana 'Abdur Rahman al-Mubaarakpuri, pengarang Syarah Tirmizi yang berjudul "Tuhfatu al-Ahwazi" yang masyhur itu. Namun pendapat beliau tidak diterima oleh banyak pihak. Kerana kalau begitulah sebenarnya, sepatutnya ucapan "lalu Syeikh yang tsiqah lagi amanah mengakuinya" itu terus disebutkan selepas disebut nama Abu Muhammad Abdul Jabbaar. Bukan selepas nama Abu al-Abbaas al-Marwazi.
(6) Orang yang berkata begini ialah Abu Muhammad Abdul Jabbaar. Syeikh yang tsiqah lagi amanah pula merujuk kepada Abu al- Abbaas Muhammad bin Ahmad bin Mahbub bin Fudhail al-Mahbubi al-Marwazi. Salah seorang daripada murid Abu al- Abbaas mungkin Abu Muhammad Abdul Jabbaar sendiri telah meminta pengesahan guru mereka iaitu Abu al- Abbaas tentang keabsahan beliau meriwayatkan kitab Jaami' at-Timizi? Maka beliau mengakuinya. Seolah-olahnya Abu Mulhammad Abdul Jabbaar berkata kepada Abu al- Abbaas al-Marwazi begini:أأخبر الإمام الترمذي؟ فأقر به الشقة الأمين(Benarkah Imam at-Tirmizi telah meriwayatkan hadits-hadits kitab Jaami'nya kepada tuan? Maka Syeikh yang tsiqah lagi amanah pun mengesahkannya). Inilah pendapat yang paling baik di sisi penulis. Inilah juga pendapat Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi, Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan dan Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kashmiri. Taujih ini lebih baik daripada yang lain-lain dan lebih rajih pada pandangan penulis kerana tiga alasan berikut:
(a) Untuk menerimanya, anda tidak perlu pergi kepada ta'wilan-ta'wilan yang jauh dan bukan-bukan.
(b) Ucapan itu terus tersebut selepas nama Abu al- Abbaas al-Marwazi.
(c) Kerana tersebut di dalam sesetengah nuskhah Jaami at- Tirmizi begini: أخبرنا الشيخ الثقة الأمين أبو العباس, Demikian juga terdapat di dalam Tsabt (catitan riwayat yang dirakam dengan cermat) Allamah Ibrahim al-Kauraani dan Allamah Faalih al- Hijaazi. Berdasarkan riwayat daripada nuskhah-nuskhah ini, dapat difahami bahawa الشيخ الثقة الأمين atau Syeikh yang tsiqah lagi amanah itu merupakan laqab (gelaran) khusus yang diberikan kepada Abu al- Abbaas al-Marwazi. Atas alasan-alasan inilah penulis berpendapat ia paling kuat dan rajih. Soal apa perlunya ada ucapan seperti itu dalam periwayatan hadits? Anda akan mendapat jawapannya menerusi keterangan Khathib al-Baghdaadi di dalam kitabnya "Al-Kifaayah Fi 'Imi Ar-Riwaayah". Al-Khathib menulis di dalamnya bahawa jika murid membaca hadits di hadapan guru dalam keadaan guru mendengarnya dengan teliti, adakah murid masih memerlukan kepada pengesahan guru atau tidak untuk meriwayatkan hadits yang dibaca di hadapannya itu? Para ulama hadits berbeda pendapat dalam masalah ini. Ada antara mereka berpendapat, masih lgi perlu. Ada pula yang berpendapat, tidak perlu lagi. Bagaimanapun semua mereka berpendapat, adalah lebih baik setelah selesai mendengar, guru mengucapkan sesuatu ucapan yang menunjukkan pengesahan dan pengakuan dari pihaknya. Sebagai mengamalkan vang lebih baik itulah Syeikh Abu al- Abbaas mengakui dan mengesahkan apa yang diriwayatkan olehnya kepada murid-muridnya. Khususnya Syeikh Abu Muhammad Abdul Jabbaar. Syeikh Abu Muhammad Abdul Jabbaar kemudiannya menukilkan pengakuan dan pengesahan gurunya Syeikh Abu al- Abbaas dengan berkata: (Maka Syeikh yang tsiqah lagi amanah pun mengakui dan mengesahkannya). Disebutkan al-Hafiz kepada Imam Tirmizi di sini, semata-mata untuk menghormati beliau. la sama sekali tidak boleh difahami dengan erti yang tertulis di dalam banyak kitab-kitab Mushthalah Hadits. Kerana itu, sebutan perkataan al-Hafiz kepada Imam Tirmizi tidak menafikan (menidakkan) beliau sebagai seorang imam, muhaddits, hujjah, hakim dan sebagainya dalam bidang hadits. Ramai pengarang kitab-kitab Mushthalah Hadits mengkategorikan dan mengklasifikasikan tokoh-tokoh "ulama' hadits kepada beberapa peringkat berikut:
(1) Perawi. Perawi menurut mereka ialah orang yang menukilkan hadits dengan isnad.
(2) Muhaddits. Muhaddits menurut mereka ialah orang yang menerima hadits secara riwayat di samping mementingkan dan menitikberatkan soal dirayahnya.
(3) Al-Hafiz. Al-Hafiz menurut mereka ialah orang yang ingat seratus ribu hadits, merangkumi matan dan isnadnya. Sesetengah 'ulama berpendapat, al-Hafīz ialah orang yang ingat hadits-hadits dengan baik dan dapat pula meriwayatkannya dengan baik.
(4) Al-Hujjah. Al-Hujjah menurut mereka ialah orang yang ingat tiga ratus ribu hadits, merangkumi matan dan isnadnya.
(5) Al-Hakim. Al-Hakim menurut mereka ialah orang yang pengetahuannya tentang hadits meliputi sudut matan, isnad, jarh, ta'dil dan sejarah serta latar belakangnya.
Tetapi, perlu sekali diketahui dan diingati bahawa para 'ulama hadits masih lagi berbeda pendapat tentang istilah-istilah tersebut. Malah ada mempertikaikannya. Terutamanya dari sudut mengaitkannya dengan menghafal sejumlah tertentu hadits-hadits Nabi s.a.w. dan dari sudut mengangeap al-Hakim sebagai orang yang pengetahuannya tentang hadits meliputi semua sudut dan menghafal (ingat) pula semua hadits. hadits Baginda s.a.w. Kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun muhaddits yang dida' wa bersifat demikian. Pada hakikatnya semua yang tersebut tu tidak lebih daripada gelaran-gelaran penghormatan dan penghargaan yang diberikan kepada ulama- ulama' hadits.
(Lihat Syarah Syarah Nukhbatu al-Fikar, karangan Mulla Ali al-Qaari, Inhaa' as-Sakan, karangan Syeikh Abdul Fataah Abu Ghuddah dan Darsi TirmiZI, Karangan Maulana Muhammad Taqi Utsmaani) Dengan berkata daripada Nabi s.a.w, begini, imam tirmizi sesungguhnya mengisyaratkan bahawa hadits-hadits yang akan dikemukakannya nanti adalan marfu. Tujuan sebenar Imam Tirmizi mengarang kitabnya ini ialah untuk mengemukakan hadits-hadits marfu Ada pun perbincangan di bawahnya yang menyentuh soal mazahib, perawi-perawi dan isyarat-isyarat lain seperti kata beliau وفي الباب dan sebagainya, itu semua tidak lebih daripada sentuhan sampingan demi mengulas, menyuluh, menguat dan menyempurnakan lagi tujuan asalnya. Kitab beliau ini berbeza daripada sesetengah kitab hadits yang lain, di mana terkandung di dalamnya segala macam hadits. Seperti marfu', mauqut, atsar dan lain-lain. Antara contoh kitab hadits yang termuat di dalamnya semua macam hadits ialah Kitab al-Aatsaar, karangan Imam Abu Hanifah,
al-Muwattha', karangan Imam Malik dan al-Mushannaf, karangan Ibnu Abi Syaibah. Imam Ahmad, Bukhari dan lain-lain pula adalah antara pelopor dalam mengarang kitab hadits marfu sahaja.
⁵ Tajuk bab yang dibuat Tirmizi ini sebenarnya adalah sebahagian daripada hadits pertama yang dikemukakan oleh beliau sendiri di bawah nanti. Dengan lafaz yang sama hadits ini telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan Ibnu Abi Syaibah. la juga telah diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Daarimi, Nasaa'i, Ibnu Majah, Abu Awaanah, Ibnu Hibbaan, lbnu Abi Syaibah dan lain-lain dengan sedikit perbedaan pada lafaznya. Antaranya ialah hadits berikut ini:
لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
Bermaksud: Allah tidak menerima sembahyang tanpa bersuci dan tidak juga diterimaNya sedekah daripada harta yang haram.
Pada dasarnya Imam Tirmizi sentiasa mengutamakan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan tajuk babnya, sebagaimana yang dibuat beliau di sini. Sehingga bolehlah dikatakan bahawa cara itu termasuk dalam metodologi beliau untuk Jaami' nya ini. Bagaimanapun apabila tidak terdapat hadits yang sesuai untuk dijadikan tajuk bab, beliau akan mencipta sendiri tajuk bab, menggunakan kepakaran yang ada pada beliau sebagai murid Imam Bukhari yang terkenal hebat dalam mengadakan tajuk bab untuk Sahihnya. Di antara enam kitab hadits yang utama dan terkenal di kalangan umat Islam tajuk bab Tirmizi adalah yang paling mudah, jelas dan tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan