Khamis, Februari 02, 2023

Asas kenali hadis 042-43 22/10/2022

Asas kenali hadis (22/10/2022)

Istilah-Istilah Yang Berkaitan Dari Segi Al-Riwayah Dan Al-Dirayah

Al-Riwayah
A-Riwayah menurut bahasa  ialah kata terbitan (masdar) daripada perkataan (روى،يروي). Maksudnya ialah memindahkan sesuatu berita, hikayat, atau kisah dan menukilkannya kepada orang lain.

A-Riwayah menurut istilah pula ialah mengenali perkataan,
perbuatan, pengakuan (taqrir) dan sifat baginda Nabi SAW. la juga bermaksud mengenali perkataan dan perbuatan para sahabat dan tabi in  serta memelihara dan menjaga ketepatannya, merekodkan lafaz-lafaznya,
menukil serta meriwayatkannya dengan teliti dan amanah.

Dalam erti kata yang lain, ia merujuk kepada ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis. la merangkumi kajian sanad, penggunaan lataz
dalam meriwayatkan hadis, ketepatan lafaz pada teks hadis dan kajian terhadap nama perawi yang disebutkan.
la juga meliputi aspek yang berkaitan dengan nukilan yang sahih dan tepat bagi sesebuah hadis pada sanad dan matan.

AI-Dirayah
Al-Dirayah ialah kata terbitan daripadaperkataan (درى،يدري). Maknanya ialah mengetahui sesuatu.

A-Dirayah menurut istilah ialah ilmu mengenai prinsip untuk mengenali perihal sanad dan matan. Prinsip ini dijadikan tanda aras untuk mengetahui sama ada hadis itu diterima atau ditolak.

Melalui kajian dan penelitian yang kritis, hukum terhadap sesuatu sanad sama ada ia sahih, hasan, atau dhaif dapat ditentukan. Begitu juga dengan kajian untuk memahami maksud sebenar matan dengan kefahaman ilmiah, kesahihan matan dapat dipastikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan