Jumaat, Mac 31, 2023

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(02)

Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(02)
Ribuan contoh terdapat di dalam al-Qur’an. 
Sebagai panduan ambil saja dua daripadanya;

(a) Di dalam ad-Dukhan ayat 3, 
Allah menceritakan bahawa Dia menurunkan al-Qu’ran pada satu malam yang diberkati. 
Ad-Dukhkhan 44:3إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ 
sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkahi. Sungguh, Kamilah yang memberi peringatan.

Apakah malam itu? Ia ialah malam Qadar. 
(lihat ayat 1 Surah al-Qadr). 
Al-Qadr 97:1 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ 
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam qadar.

Malam Qadr itu terletak dalam bulan apa pula?Jawabnya di bulan Ramadhan. 
(lihat ayat 185, Surah al-Baqarah). 
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.

Lagi contoh-contoh tafsir quran dengan quran:

Tafsir ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
pada Al-Fatihah 1:6 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ 
Tunjukilah kami jalan yang lurus
ialah
Ya Sin 36:61وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚ هَٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ 
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. 
Inilah jalan yang lurus.”
-jadi ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ (jalan yang lurus) adalah ibadah 

Tafsir ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
Al-Fatihah 1:7
-siapakah ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ( jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya)?
-ialah An-Nisa' 4:69
مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا
(yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih.

Tafsir Al-Fatihah 1:6 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ 
Tunjukilah kami jalan yang lurus
ialah
Al-Baqarah 2:2 ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ 
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

(b) Al-Qur’an beberapa kali menyebutkan manusia akan mendapat balasan dan ganjaran bagi segala usahanya. Kalau dia mahu dunia, dia akan mendapat dunia. Kalau dia mahu akhirat, dia juga akan mendapatnya. Orang-orang Islam diajar supaya meminta dunia dan akhirat, kedua-dua sekali. Sesiapa yang mencari dan meminta dunia sahaja, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Pada Allah ada dunia dan akhirat. Untuk mendapat apa-apa, sama ada di dunia atau akhirat, perlu ada usaha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan