Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(05)
Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits yang sahih juga perlu kerana beberapa sebab berikut:
(a) Salah satu peranan dan kerja Nabi s.a.w.
dan menerangkan maksud-maksudnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam Surah An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
(b) Allah memerintahkan NabiNya Muhammad s.a.w. supaya memutuskan perkara dan menghukum antara manusia dengan berpandukan al-Qur'an.
Allah berfirman: An-Nisa' 4:105
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);Dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
(c) Al-Qur'an sampai kepada kita (umat) menerusi Nabi s.a.w.
-jika tafsiran bercanggah dgn nabi ,tafsiran nabi akan yg kita pilih.
(d) Banyak sekali perintah Allah di dalam al-Qur'an diberikan secara ijmal. Hadits-hadits Rasulullah lah yang mentafshilkan nya. Seperti perintah bersembahyang, memberi zakat,memotong tangan pencuri dan lain-lain.
Satu perkara perlu sekali diingat apabila anda mentafsir al-Qur'an, iaitu anda mestilah mengelak diri daripada menggunakan hadits-hadits dha'if (lemah) dan maudhu'(palsu).Hadits-hadits tentang kelebihan setiap surah al-Qur'an yang dikemukakan di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir ats-Tsa'labi, al-Waahidi, az-Zamakhsyari, al-Baidhaawi dan lain-lain, kebanyakannya adalah maudhu' .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan