Asas(usul) Tafsir 1&2 20/3/23(07)
(b) Berdasarkan hadits sahih, rangkai kata سبعا من ثانى yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah al-Hijr di bawah ini:
Al-Hijr 15:87 وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ
Bermaksud: dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung (amat besar kemuliaan dan faedahnya) adalah Surah al-Fatihah.
Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
أُمُ القُرْآنِ هِىَ السَّبْعُ المَثِنِي وَالقُرْآنُ العَظِيمُ
Bermaksud: Ummul Qur'anlah (yang dimaksudkan
dengan) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung
(yang dimaksudkan di dalam ayat al-Hijr:87) itu.
(Sahih al-Bukhari, bab firman allah وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ )
Demikianlah dua contoh tafsir al-Qur'an dengan hadits
yang sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan