Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 01 nota1(001-5)

Daurah tafsir 2023 sesi 01 nota1(001-5)❣️
minit 37
Surah Al fatihah.
Tertib surah 1
Bilangan ayat 7(ambil kira bismillah sbg ayat 1)
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turun 4@5
Bilangan paragraf 4

Paragraf 1 ayat 1-4
Adab2 doa menggunakan Asma ulhusna untuk memuji Allah.
Paragraf 2 ayat 5
Kelayakan disembah dan di minta doa kepadaNya.
Paragraf 3 ayat 6.
Doa sebenar.
Paragraf 4ayat 7
Keterangan doa dan apa yg diminta
Jalan orang2 yg dapat nikmat.
Bukan jalan orang2 yg dimurkai .
Bukan jalan orang2 yg sesat.

Mesej.
Memohon jalan yg lurus dan betul.

Zaman Diturunkan
Surah al-Fatihah adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan dengan lengkap. Ia diturunkan di zaman permulaan Islam, ketika mana Rasulullah berda'wah secara sulitdi Mekah. Sebelumnya telah pun diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. beberapa ayat daripada Surah al-'Alaq, al-Muddattsir dan al-Muzzammil

Antara Keistimewaannya
(1) Ia mempunyai beberapa nama. Antara lainnya ialah Fatihatul Kitab, Ummul Kitab, as-Sab'u al-Matsani dan lain-lain.
(2) Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta (الخالق)sendiri telah mengurniakan sebuah doa yang paling ideal untuk makhluk ciptaannya yang paling ajaib di alam semesta ini, manusia. Doa itu berupa Surah al-Fatihah. Ia amat sesuai dan betul-betul menepati fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Fatihah.
Di sana terdapat beberapa hadits Rasulullah s.a.w. yang menyatakan kelebihan dan fadhilat Surah al-Fatihah. Antara lainnya ialah:
(1)
عَنْ أَبِي هُرَيْرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم 
أُمُّ الْقُرآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: Ummul Qur'an (Surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan al-Qur'an yang agung.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Ahmad).

(2)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بَيْنَمَا جِبْرِلُ  قَاعِدٌ عِنْدَ النَّبِىَّصلى الله عليه وسلم 
سَمِعَ نَقِيضًا مِنْ فَوْقِهِ  فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ هَذَا  بَابٌ مِنَ السَّمَاءِ فُتِحَ الْيَوْمَ لَمْ يُفْتَحُ قَطٌّ إِلَّا الْيَوْمَ فَنَزَلَ مِنْهُ مَلِكٌ فَقَالَ هَذَا مَلَكُ نَزَلَ إِلَى الأَرْضِ لَمْ يَنْزِلٌ  قَطَّ إِلَّا الْيَوْمَ فَسَلَّمَ وَقَالَ أَبْشِرْ بِنُورَيْنِ  أُوتِيْتَهُمَا لَمْ يُؤْتَهُمَا نَبِىٌ قَبْلَكَ فَاتِحَةُ ابْكِتَابِ وَخَوَاتِيمُ  سُورَةِ الْبَقَرَةِ لَنْ تَقْرَأَ بِحَرْفٍ مِنْهُمَا إِلَّا أُعْطِيتَهُ
Bermaksud: Kata Ibnu 'Abbaas, ketika Jibril sedang duduk di samping Nabi s.a.w.Tiba-tiba ia mendengar suara pintu dibuka dari arah atas kepalanya. Lalu malaikat Jibril berkata: "ltu adalah suara salah satu pintu langit yan dibuka, sebelumnya ia belum pemah dibuka sama sekali kecuali pada hari ini." Lalu turunlah daripadanya malaikat. Jibril berkata: Ini adalah malaikat yang hendak turun ke bumi, sebelumnya ia belum pernah turun ke bumi sama sekali kecuali pada hari ini saja." Lalu ia memberi salam dan berkata: "Bergembiralah atas dua cahaya yang diberikan kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seorang pun sebelummu, iaitu Fatihatul Kitab (Surahal-Fatihah) dan penutup Surah al-Baqarah. Tidaklah kamu membaca satu huruf dari keduanya kecuali pasti akan diberikan kepadamu."(Hadits riwayat Musliman ,Nasaa'i, Abu Ya'la, at-Thabaraani, al-Haakim, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).

(3)
أَنَّ رسولَاللهِ صلى عليه وسلم قَالَ: لا صلاةَ  لمن يَقرأ بِفَاتحةِ الكِتابِ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihatil Kitab (Surah al-Fatihah).
(Hadits riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain).

(4)
فاتحة الكتاب سورة لم ينز في التوراة في الإنجيل ولا في الزبور ولا في القران مثله
Bermaksud: Tidak pernah turun sama ada di dalam Taurat, Injil atau Zabur dan Qur'an seumpama Surah al-Fatihah. (Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah,Tirmidzi, an-Nasaa'i dan lain-lain).

Kelebihan Ucapan آمين Secara Khusus
Ma'na آمين ialah terimalah (doa kami). Selepas selesai membaca Surah al-Fatihah kita disuruh Nabi mengucapkannya. Lihat saja hadits baginda berkenaan di bawah ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرًةَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قال:إِذَ أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّه مِنْ وَافَقَ تَأْمِينَ الْمَلَائكَةِ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Bermaksud: Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila imam mengucapkan 'Aamin', kamu ucapkan juga Aamin (bersamanya). Kerana orang yang ucapan Aaminnya
berbetulan dengan Aamin para malalkat, diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kesinambungan Surah Al-Fatihah Dengan Dua Surah Terakhir Di Dalam AI-Qur'an
Al-Qur'an diakhiri dengan dua surah yang memproklamasikan sifat rububiyyah Allah رب الفلق dan رب الناس. Surah al-Fatihah juga dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah sebagai Rab (Tuhan) bagi sekalian 
alam, الحمد لله رب العالمين bererti ia juga memproklamasikan sifat rububiyyah Allah seperti dua Surah di penghujung al-Qur'an itu.Kesedaran tentang adanya Tuhan sebagai Rabb (Tuhan yang mempunyai sifat rububiyyah) itulah yang mendorong manusia memuji, memuja dan memohon segala  hajat kepadaNya.


Beberapa kata kunci Terpenting Di Dalam Surah Al-Fatihah
(1)Perkataan الحمد Pujian dan segala bentuknya. Atau pujian yang sempurna dan lengkap'
(2)Perkataan الحمد لله. Perkataan الحمد yang digabungkan dengan لله memberi erti syukur kepada Allah.
(3) Perkataan رب  bererti penjaga, pemelihara, pengasuh, pendidik, tuan, pemilik, pencipta dan lain-lain.
(4)Perkataan الرحمن atas wazan فعلان merupakan isim mubalaghah yang memberi erti Tuhan yang rahmatNya Maha luas dan sempurna'
(5)Perkataan الرحيم atas wazan فعيل  merupakan isim sifat yang memberi erti Tuhan yang rahmatNya berterusan dan berkekalan'
(6)Perkataan الدين  bererti ugama, cara hidup, balasan baik dan buruk atau ganjaran dan hukuman. Ia juga bererti pengadilan yang sebenar. Inilah yang dimaksudkan di sini'
setelah mempercayai adanya hari kiamat, mempercayai pula bahawa hanya Allah s.w.t. jua yang berkuasa pada hari itu. Dialah yang akan mengadili manusia,kemudian memberikan balasan yang baik atau buruk kepada mereka'
(7)Perkataan عبادة. Ibadah mempunyai tiga pengertian. Pertama' penghambaan' 
Kedua' keta'atan.Dan 
ketiga, Pemujaan'
(8)Perkataan استعانة  bererti meminta dan memohon pertolongan' khususnya Dalam perkara-perkara yang di luar kemampuan manusia hanya kepada Allah'.

Struktur Makro Surah Al-Fatihah
Surah al-Fatihah mengandungi empat paragraf. 
Paragraf pertama berbicara tentang adab doa. 
Paragraf kedua tentang kelayakan Allah sebagai tempat memohon doa'
Paragraf ketiga tentang lafaz doa yang sebenarnya. Dan paragraf keempat ialah tentang keterangan dan perincian doa'
(1) Ayat 1 hingga 4 merupakan paragraf pertama Surah al-Fatihah' Di Dalamnya dinyatakan adab doa.
Sebelum mengemukakan doa yang sebenarnya hendak disampaikan kepada Allah manusia diajar adabnya, iaitu mereka hendaknya terlebih dahulu memuji Allah
mengunakan nama-nama sifatNya yang indah. Mereka hendaklah mengaku tentang.RububiyyahNya, Rahmaniyyahnya, Rahimiyyahnya dan juga MalikiiyyahNya
(2) Ayat 5 merupakan paragraf kedua. Ia menyatakan kelayakan Allah sebagai tempat memohon doa. Kenapa Dia yang harus kita tujukan segala doa? Jawabnya ialah Kerana Dialah yang kita ta'ati, kita sembah dan kita puja. Dialah yang kita percaya sebagai Pencipta Yang Maha Berkuasa. Kita pula adalah hamba-hambaNya. Maka tidak ada sesuatu yang lain yang layak disembah dan ditujukan doa selain Dia, Tuhan
yang mencipta kita, Tuhan yang dita'ati dan disembah oleh kita. Itulah ertinya اياك نعبد واياك نستعين. Kerana beribadat kepadaNya jualah manusia hanya layak berdoa kepadaNya. Tidak ada orang lain atau sesuatu yang lain yang layak diminta pertolongan oleh manusia, sebagaimana tidak ada orang lain atau sesuatu yang lain yang layak disembah olehnya.
(3) Ayat 6 adalah paragraf ke-tiga. Didalamnya terkandung doa yang sebenarnya hendak diminta,
iaitu اهدنا الصراط المستقيم (tunjukilah kami jalan yang lurus).
Ini sebenarnya adalah doa yang paling lengkap dan ideal.     اهدنا الصراط المستقيم adalah jalan tauhid yang merupakan seruan utama al-Qur'an dan as-Sunnah. Dengan melalui jalan itu manusia akan mendapat keredhaan Allah dan akan dapat memasuki syurga yang abadi.
(4) Ayat ke-7 merupakan paragraf ke-empat dan terakhir di Dalam Surah al-Fatihah. Di Dalamnya terdapat keterangan dan perincian tentang doa yang dipinta, baik yang
bersifat positif atau negatif.
(a)Jalan    الصراط المستقيم  adalah jalan orang-orang yang telah mendapat ni'mat daripada Allah.Mereka terdiri daripada para nabi, shiddiqin, syuhada' dan shalihin.
(Lihat an-Nisaa':69).
(b)Jalan  الصراط المستقيم  bukan jalan orang-orang yang dimurkai Allah, seperti golongan Yahudi.
(Lihat al-Baqarah:90, al-Maa'idah:60).
(c)Jalan الصراط المستقيم bukan juga jalan orang-orang yang sesat, seperti golongan Nashara atau Kristian.(Lihat an-Nisaa'44).

Mesej Utama Surah
Permohonan اهدنا الصراط المستقيم  tunjukilah kami jalan yang lurus). Doa inilah sebenarnya merupakan mesej utama Surah al-Fatihah. Ia adalah permintaan hamba kepada
Tuhannya, agar ditunjukiNya jalan yang lurus di sepanjang perjalanan hidup sihamba. Hamba memohon kepada Tuhan supaya memberi hidayah dan taufiq kepadanya untuk melakukan amal saleh dengan ikhlas di sepanjang hayatnya,sehingga apabila ia mati, ia berhak dan layak memasuki syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan