Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 06(4)nota 3

Daurah tafsir 2023 sesi 06(4)nota 3

004.Surah annisa(wanita)
Tertib surah yg ke 4
Bilangan ayat 176
Bilangan rukuk 24
Surah Madaniyah  
Tertib turunnya ke 92
Bilangan paragraf 9 

Paragraf 1 ayat 1-43 Hukum2(peraturan2) untuk melahirkan masyarakat yg baik
Paragraf 2 ayat 44-57 Menyeru ahli kitab kepada Islam
Paragraf 3 ayat 58-59 Hak2 kerajaan dan rakyat.
Paragraf 4 ayat 60-104 Orang2 munafiq dan jihad.
Paragraf 5 ayat 105-115 Hikmat turun alQuran.
Paragraf 6 ayat 116-134 Perselisihan diantara Bani Ismail dan Bani Israel.
Paragraf 7 ayat 135-152 Perintah membersihkan diri daripada sifat nifaq dan berlaku adil dan saksama
Paragraf 8 ayat 153-175 Kritikan terhadap ahli kitab khususnya orang kristian.
Paragraf 9 ayat 176 Undang2 pusaka.

Mesej utama 
1.Menyampaikan dakwah Islam keseluruh dunia khususnya kepada ahlil kitab dan orang2 Kristian.
2.Perintah supaya orang2 Islam bebas dari sifat nifaq.Mereka hendaklah hidup dgn ajaran tauhid
3.Perintah supaya melahirkan masyarakat yg kukuh bermula drp keluarga hingga kepada sebuah negara.


Zaman Turun Surah
Kebanyakan bahagian Surah an-Nisaa' diturunkan selepas peperangan Uhud, iaitu di penghujung tahunke-3 Hijrah atau pada tahun ke-4 Hijrah. Sesetengah ayat Surah an-Nisaa' pula turun di antara Ghazwah Uhud (Syawwaal 3 Hijrah) dan Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6 Hijrah). Setelah kesyahidan ramai pejuang-pejuang Islam dalam peperangan Uhud, timbullah pelbagai masalah kemasyarakatan berkaitan dengan janda-janda dan anak-anak yatim. Timbul juga persoalan-persoalan berkenaan perkahwinan, mas kahwin, pusaka dan lain-lain. Di satu pihak yang lain, orang-orang munafiq pula
kelihatan lebih bersemangat.Sebelum qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri (pada bulan Rabi'ul Awwal 4 Hijrah), sikap permusuhan dan kebencian orang-orang Yahudi dan munafiq begitu ketara dan terserlah. Untuk
mengukuhkan negara Islam yang baru setahun jagung, segala pergerakan dan aktiviti mereka yang boleh
menggugat kedudukan negara Islam perlu sekali diberikan perhatian khusus. Di dalam surah ini dinyatakan tentang sistem kemasyarakatan,kerajaan dan sistem keadilan Islam. Hukum-hukum tentang shalat khauf (Lihat ayat 102) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Dzati ar-Riqa' (4 Hijrah). Hukum- hukum tayammum (Lihat ayat 43) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6Hijrah).


Ciri-Ciri Khusus Surah Ini
Seperti dua surah sebelum ini, di dalam Surah an-Nisaa' juga seruan kepada Ahli Kitab supaya memeluk agama Islam diberikan, cuma seruan Islam untuk Ahli Kitab lebih berbentuk tanggungjawab kemasyarakatan dan kenegaraan.

Kesinambungan Surah An-Nisaa' Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam bahagian kedua Surah Aali 'Imraan telah diberikan beberapa garis panduan tentang pembentukan dan perpaduan ummat. Di dalam Surah an-Nisaa', keterangan yang lebih mengenainya diberikan bahawa ia tidak terhad di medan perang sahaja, malah ia meliputi institusi kekeluargaan dan juga institusi-institusi negara.

2. Di dalam Surah an-Nisaa' terdapat isyarat tentang kewujudan kerajaan Islam. Di dalam Surah al-Maa'idah selepasnya pula terdapat isyarat tentang kewujudan mahkamah-mahkamah Islam yang bertanggungjawab melaksanakan sistem kehakiman dan undang-undang jenayah.


Kata Kunci Dan Tema-Tema Utama
1.Mas kahwin: hukum tentang mas kahwin beberapa kali disebutkan didalam surah ini, ia menunjukkan kewajiban dan kepentingannya. Beberapa lafaz digunakan untuk memberi erti mas kahwin itu, seperti صدقات (Ayat: 4), فريضة(Ayat: 24), أجور (Ayat: 10). Andai kata mas kahwin diberikan sebanyak satu qintar atau sejumlah harta yang besar sekalipun, ia tetap tidak boleh diambil kembali.

2.Taghut(طاغوت):Dua perkara telah disebutkan tentang Thaghut. Kes tidak boleh lagi dibawakan ke hadapan
Thaghut, kerana al-Qur'an telah pun diturunkan, segala penyelesaian pertikaian yang berlaku dalam masyarakat mestilah berpandukan wahyu. Yang dimaksudkan dengan Thaghut di sini ialah mahkamah-mahkamah bukan Islam (Ayat: 60). Satu lagi perkara yang disebutkan di dalam surah ini ialah orang-orang Islam berperang dan berjihad di jalan Allah, orang-orang kafir pula berjuang demi Thaghut,
Thaghut yang dimaksudkan di sini pula ialah gagasan dan ideologi. Berasaskan gagasan dan ideologi itulah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir mendorong pengikut-pengikut mereka supaya berperang dengan orang-orang Islam (Ayat:76).

3.Menjaga kehormatan diri.Orang-orang lelaki dan perempuan diperintahkan supaya menjaga kehormatan diri, kerana itulah dikatakan kepada kalangan 
lelaki مُحْصِنِيْنَ غَيْرَ مُسَافِحِيْن
dan kepada orang-orang perempuan pula 
dikatakan مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلامُتَّخِذَاتِ أَخْدَن (Ayat: 24 sehingga 25).

Zaman Turun Surah
Kebanyakan bahagian Surah an-Nisaa' diturunkan selepas peperangan Uhud, iaitu di penghujung tahunke-3 Hijrah atau pada tahun ke-4 Hijrah. Sesetengah ayat Surah an-Nisaa' pula turun di antara Ghazwah Uhud (Syawwaal 3 Hijrah) dan Ghazwah Bani al-Mushthaliq (Sya'baan 6 Hijrah). Setelah kesyahidan ramai pejuang-pejuang Islam dalam peperangan Uhud, timbullah pelbagai masalah kemasyarakatan berkaitan dengan janda-janda dan anak-anak yatim. Timbul juga persoalan-persoalan berkenaan perkahwinan, mas kahwin, pusaka dan lain-lain. Di satu pihak yang lain, orang-orang munafiq pula
kelihatan lebih bersemangat.Sebelum qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri (pada bulan Rabi'ul Awwal 4 Hijrah), sikap permusuhan dan kebencian orang-orang Yahudi dan munafiq begitu ketara dan terserlah. Untuk
mengukuhkan negara Islam yang baru setahun jagung, segala pergerakan dan aktiviti mereka yang boleh
menggugat kedudukan negara Islam perlu sekali diberikan perhatian khusus. 

Di dalam surah ini dinyatakan tentang sistem kemasyarakatan,kerqaan dan sistem keadilan Islam. Hukum-hukum tentang shalat khauf (Lihat ayat 102) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Dzati ar-Riqa' (4Hijrah). 
Hukum- hukum tayammum (Lihat ayat 43) diturunkan dalam peristiwa Ghazwah Bani al-Mushthaliq
 (Sya'baan 6Hijrah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan