Rabu, Mac 29, 2023

Daurah tafsir 2023 sesi 09(11)nota6

Daurah tafsir 2023 sesi 09(11)nota6

sesi 06(11,12,13,14)

Surah hud
Tertib surah 11
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Surah makkiyah
Tertib turun ialah yg ke 52
Bilangan paragrafnya ada 8

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24  pendahuluan tuntutan tauhid ibadat (yakni tauhid uluhiyah:tauhid ibadat byk jenis ,ada tauhid uluhiyah dan ada tauhid rububiyah.Ini tauhid ibadah tauhid uluhiyah)
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3 Ayat 50-60 kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123  Penutup, tuntutan tauhid ibadat.

(Surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadat dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini yang juga merupakan kata kuncinya.Selalunya kata kunci ini ada didepan atau  ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya)

Mesej utama.
Dengan menerima seruan alQuran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa2 selain memohon keampunan kepada Allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .

-istighafar secara berjemaah khususnya pemimpin bukan istighafar perseorangan.
-surah al a'raf lebih kepada pemimpin
-surah hud lebih melibatkan semua orang

Aiman baca
Zaman Diturunkan Surah Dan Latar belakangnya.
Surah Hud diturunkan bersama-sama Surah Yunus di zaman pertengahan bahagian ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah. Zaman terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun ke-11 Kenabian hingga ke tahun 13 Kenabian, bagaimanapun Surah Hud berkemungkinan besar diturunkan pada tahun 12 Kenabian, itulah zaman di mana Rasulullah s.a.w. dituduh dengan pelbagai tuduhan, seruan Baginda dipandang dengan penuh keraguan dan kesangsian, al-Qur'an dikatakan sihir yang nyata.

Ciri-Ciri Khusus Surah.
1. Surah Hud merupakan surah yang menyatakan sifat jalal(sifat keras) Allah, di dalamnya disebutkan bagaimana Allah memurkai bangsa-bangsa yang derhaka, berdosa dan melampaui batas dan bagaimana Allah membinasakan mereka, surah ini telah membuatkan Rasulullah s.a.w. menjadi tua.

-sifat jamal Allah ,sifat cantik
-sifat jalal wal ikram ,menakutkan

2. Di dalam paragraf pertama dan terakhir surah ini terdapat ayat yang menuntut manusia supaya mentauhidkan ibadat kepada Allah semata-mata (توحيد عبادة)
(Ayat 2 dan ayat 123).
-kata kunci

-tauhid ibadah أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۚ

❣️Hud 11:2أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dari-Nya untukmu.

-tauhid tawakal فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ

Hud 11:123
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan milik Allah meliputi rahasia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.

Adh-Dhariyat 51:56وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.


3. Surah ini juga menerangkan bagaimana Allah melaksanakan sunnahNya dalam membinasakan
bangsa-bangsa dan sunnahNya dalam menggantikan mereka dengan yang lain, bahawa Allah membinasakan bangsa-bangsa setelah memberikan sedikit masa dan peluang kepada mereka, pada ketika itu Dia menyelamatkan orang yang baik-baik dan untuk memimpin dunia pula dibawakan umat yang lain sebagai gantinya.

4. Dari segi nazm (struktur makronya), Surah Hud menyerupai Surah al-A'raaf, kedua-duanya
mempunyai lapan paragraf, di dalamnya terdapat pendahuluan dan penutup, di antara pendahuluan dan
penutupnya pula terdapat kisah enam kaum yang dibinasakan secara berturut-turut dalam sejarah
kemanusiaan.

5. Apa yang berbeza ialah di dalam surah ini terdapat seruan para nabi kepada umat masing-masing
supaya mereka bertaubat dan beristighfar, supaya mereka terhindar daripada kemurkaan Allah.

Kelebihan Surah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالمُرْ سَلَاتُ وَ عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَ إِذَا الشّمْسُ كُوّرَتْ
Maksudnya:
Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, Surah an-Naba' dan Suah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)"
- Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٣٢97.Ia adalah satu hadits sahih.

Perkaitan Surah Hud Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Bermacam-macam dalil telah diberikan di dalam
Surah Yunus sebagai menyempurnakan hujjah kepada orang-orang yang tidak percaya kepada keesaan tuhan (tauhid), kerasulan Muhammad s.a.w. dan juga hari akhirat. Di dalam
Surah Hud ini, Allah mengemukakan enam peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, di mana Allah membinasakan orang-orang yang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang beriman sebagai menyempurnakan hujjah dari pihakNya.

2. Hujjah yang lengkap kepada orang-orang yang berada dalam keraguan.
Di dalam Surah Yunus sebelum ini tersebut bahawa al-Qur'an adalah kalam رب العالمين yang suci
daripada segala bentuk keraguan (Ayat: 37).

Ketika menyatakan kesalahan orang-orang musyrikin Mekah, dikatakan mereka juga berada dalam keraguan (Ayat: 94).

Di dalam ayat 104 surah yang sama dikemukakan dalil kepada orang-orang yang ragu bahawa Tuhan yang mematikan manusia sahaja yang layak disembah.

Di dalam Surah Hud dikemukakan bukti sejarah bahawa kaum Tsamud juga pernah berada dalam keraguan (Ayat: 62). Fir'aun dan pengikut-pengikutnya juga terperangkap dalam penyakit yang sama. (Ayat 110).

3. Cabaran kepada kaum musyrikin Ouraisy kerana menuduh Nabi s.a.w. mengada-adakan al-Qur'an.Di dalam Surah Yunus orang-orang musyrikin dicabar bahawa kalau kamu mengatakan al-Qur'an ini bukan kalam Allah dan ia hanya rekaan Muhammad, maka kamu dicabar supaya membawa hanya satu saja surah seumpamanya sebagai bukti kebenaran kamu (Ayat: 38) dan di dalam Surah Hud ini pula mereka dicabar bahawa jika kamu menuduh Muhammad berdusta kerana mengatakan al-Qur'an itu kalam Allah padahal ia tidak lebih daripada rekaannya semata-mata, maka kamu dicabar supaya membawa 10 surah seumpamanya jika kamu benar dalam da'waanmu itu. (Ayat: 13).

4. Jawapan kepada tuduhan sihir.

Di dalam Surah Yunus dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir kerana Baginda menyampaikan berita gembira dan ancaman menerusi ayat-ayat al-Qur'an (Ayat: 2).
Sikap mereka tak ubah seperti sikap Fir'aun dan pembesar-pembesar negaranya yang menuduh mu'jizat yang diberikan kepada Musa a.s. sebagai sihir yang nyata (Ayat: 76).

Di dalam Surah Hud dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh kepercayaan kepada akhirat yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sihir yang nyata, mereka tidak dapat menerima manusia setelah mati akan dibangkitkan kembali. (Ayat:7).

5. Di dalam Surah Yusuf akan datang diberikan berita gembira kepada orang-orang yang bersabar dalam menghadapi kesukaran hidup, bahawa orang-orang yang beriman akan berjaya menghadapi tipu daya pihak yang menipu dan membuat perancangan jahat, orang-orang yang beriman juga akhirnya akan diberikan kekuasaan dan kemenangan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Berkali-kali tauhid ibadat dituntut di dalam Surah Hud. semua para nabi menyeru manusia supaya beribadat hanya kepada Allah.
(a) Rasul terakhir Muhammad s.a.w. dengan jelas berkata bahawa janganlah kamu sembah selain Allah, aku hanya pengancam dan pembawa berita gembira daripada Allah (Ayat: 2).
أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dari-Nya untukmu.

Perkara ini tersebut di permulaan Surah Hud dan juga di penghujung surah. Dengan perkataan فَاعْبُدْهُ Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mentauhidkan ibadat dan mentauhidkan tawakkal (Ayat:123).
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ
Dan milik Allah meliputi rahasia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya.

(b) Nabi Nuh a.s. juga membawa seruan yang sama, bahawa jangan kamu sembah selain Allah, aku takut kamu ditimpa azab yang pedih jika kamu menyembah selain Allah (Ayat:26).
أَن لَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۖ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Aku benar-benar khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat pedih.”

(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya dengan seruan yang sama, bahawa janganlah kamu menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Allah. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah). (Ayat 50).
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۚ

قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۖ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ
Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka, Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. (Selama ini) kamu hanyalah mengada-ada.

(d) Nabi Shaleh a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaum Tsamud, bahawa janganlah kamu
menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang lain yang layak disembah selainNya. (Ayat: 61).
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ
dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Shalih. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia.

-ini tauhid uluhiyah مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ

(e) Nabi Syu'aib a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaumnya, bahawa jangan kamu sembah
selain Allah, tidak ada siapa pun yang layak disembah selainnya (Ayat 84).
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ
Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syuaib. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia.

2. Surah Hud menyatakan bangsa-bangsa yang bersalah boleh selamat daripada dibinasakan jika mereka beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). Para nabi menceritakan kepada kaum yang berdosa dan derhaka bahawa mereka boleh terhindar daripada azab Allah dan dibinasakan sekiranya mereka bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
(a) Orang-orang kafir Quraisy Mekah diseru supaya beristighfar dan dinyatakan kelebihan dan faedah taubat serta istighfar, bahawa mereka akan diberikan peluang untuk menikmati kehidupan hingga ke suatu masa yang ditentukan dan mereka tidak akan dibinasakan. Allah akan memberikan ganjaran sesuai dengan kebaikan yang dibuat oleh setiap orang manusia (Ayat: 3).
وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥۖ
Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan karunia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik.

(b) Nabi Nuh a.s. juga pernah menyeru kaumnya supaya beristighfar, di dalam doanya Nuh pernah berkata: "Jika engkau tidak mengampuni dan mengasihaniku nescaya aku termasuk di kalangan orang-orang yang rugi". (Ayat: 47).Doa Nabi Adam a.s. juga lebih kurang begitu.

(Hud 11:47
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku termasuk orang yang rugi.”)

(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya yang durjana, sombong, zalim dan keras kepala supaya beristighfar, Baginda juga menyatakan kelebihan-kelebihan istighfar, bahkan Nabi Hud mengatakan kamu akan dihujani hujan rahmat jika bertaubat dan beristighfar, kamu juga akan diberi kekuatan tambahan daripada sebelumnya jika kamu bertaubat dan beristighfar. Nabi Hud pernah berkata
(Ayat:52).
وَيَٰقَوْمِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا۟ مُجْرِمِينَ

(Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa.”)

-orang kafir bertaubat adalah dgn masuk Islam.
Allah akan ampun dosa-dosa yg lalu.
-kelebihan istighafar.
-Allah akan tambah kekuatan lagi
semua golongan kena bertaubat.

(d) Nabi Shaleh a.s. juga menyeru kaumnya yang musyrik iaitu kaum Tsamud supaya beristighfar kepada Allah dengan meninggalkan syirik dan memilih aqidah tauhid yang suci murni. Allah yang Maha dekat (قَرِيْب) lagi Maha menerima taubat (مُجِيْب). Dia mendengar seruan manusia, Dia mendengar doa-doa manusia dan Dia juga boleh memaaf dan mengampunkan manusia yang bersalah. Kata Shaleh (Ayat:61).
فَٱسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ
(karena itu mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenankan (doa hamba-Nya).”)

(e) Nabi Syu'aib a.s. juga menyeru kaumnya penduduk Madyan yang buruk pekerti, banyak melakukan dosa dan jahat supaya beristighfar kepada Allah, mereka selalu menipu dalam jual beli dengan mengurangkan timbangan dan sukatan, selain itu mereka juga mencuri dan merompak serta melakukan kerosakan di muka bumi. Katanya: "Allah Maha penyayang (رَحِيْمِ). Dia juga Maha pengasih (وَدُوْد), Allah s.w.t. menghikayatkan seruan Syu'aib itu di dalam firmanNya (Ayaf 90).
وَٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ
Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih.”


3. Orang-orang musyrikin Mekah yang ragu terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad diingatkan bahawa umat-umat nabi yang lalu juga telah diseksa dan dihukum Allah kerana keraguan dan kesangsian mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh para nabi.

(a) Kaum Tsamud telah meragui da'wah yang disampaikan oleh Nabi Shaleh(Ayat: 62).

Hud 11:62
قَالُوا۟ يَٰصَٰلِحُ قَدْ كُنتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَآۖ أَتَنْهَىٰنَآ أَن نَّعْبُدَ مَا يَعْبُدُ ءَابَآؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِى شَكٍّ مِّمَّا تَدْعُونَآ إِلَيْهِ مُرِيبٍ
Mereka (kaum Tsamud) berkata, “Wahai Shalih! Sungguh, engkau sebelum ini berada di tengah-tengah kami merupakan orang yang di harapkan, mengapa engkau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami? Sungguh, kami benar-benar dalam keraguan dan kegelisahan terhadap apa (agama) yang engkau serukan kepada kami.”

(b) Kaum Musa telah meragui da'wahnya (Ayat: 110).
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ فَٱخْتُلِفَ فِيهِۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِىَ بَيْنَهُمْۚ وَإِنَّهُمْ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ
Dan sungguh, Kami telah memberikan Kitab (Taurat) kepada Musa, lalu diperselisihkannya. Dan kalau tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah dilaksanakan hukuman di antara mereka. Sungguh, mereka (orang kafir Mekah) benar-benar dalam kebimbangan dan keraguan terhadapnya (Al-Qur'an).

4. Orang-orang musyrikin menuduh Rasulullah s.a.w. membuat al-Qur'an. Mereka meragui al-Qur'an sebagai kalam Allah lalu mereka dicabar bahawa kalau kamu benar dalam tuduhan mu maka kamu boleh meminta pertolongan dan bantuan sekalian makhluk untuk menciptakan sepuluh surah seperti surah-surah al-Qur' an.

(a) (Ayat: 13).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيَٰتٍ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ
Bahkan mereka mengatakan, “Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Qur'an itu.” Katakanlah, “(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Qur'an) yang dibuat-buat, dan ajaklah siapa saja di antara kamu yang sanggup selain Allah,

(b) Allah menceritakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah menuduh nabi Muhammad mereka al-Qur'an dan Baginda disuruh supaya berkata (Ayat: 35).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ إِنِ ٱفْتَرَيْتُهُۥ فَعَلَىَّ إِجْرَامِى وَأَنَا۠ بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُجْرِمُونَ
Bahkan mereka (orang kafir) berkata, “Dia cuma mengada-ada saja.” Katakanlah (Muhammad), “Jika aku mengada-ada, akulah yang akan memikul dosanya, dan aku bebas dari dosa yang kamu perbuat.”

5. Hak-hak asasi manusia untuk memilih agama diterima di dalam Surah Hud melalui lidah Nabi Nuh.
Allah berfirman: Bukti yang terang dari tuhanku ada padaku, aku mendapat rahmat dan hidayat daripadanya. Tetapi kalau kamu terus mahu menjadi buta maka aku tidak akan memaksakan seruanku kepada kamu dalam keadaan kamu tidak inginkannya" (Ayat: 28).
قَالَ يَٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَىٰنِى رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَٰرِهُونَ
Dia (Nuh) berkata, ”Wahai kaumku! Apa pendapatmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan aku diberi rahmat dari sisi-Nya, sedangkan (rahmat itu) disamarkan bagimu. Apa kami akan memaksa kamu untuk menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya?


115

Tiada ulasan:

Catat Ulasan