Muka 21
2.6.6 Jika diteliti secara halus dapat difahami bahawa kebanyakan perkara yg dikatakan membatalkan wuduk oleh sesetengah ulama itu memang kaitannya dengan perkara pokok yg telah dikemukakan oleh Imam Bukhari itu. Umpamanya tidur adalah madzinnah (perkara yg besar sekali boleh membawa kepada sesuatu) bagi terkeluarnya angin (kentut) daripada dubur dalam keadaan tidak disedari. Bersentuhan diantara lelaki dan perempuan adalah madzinnah bg terkeluarnya air mazi dan begitulah seterusnya. Bagaimanapun pada pandangan Imam Bukhari terkeluarnya angin(kentut) daripada dubur orang yg tidur dan terkeluarnya mazi daripada zakar orang yg menyentuh perempuan dan begitu juga sebaliknya bukanlah sesuatu yg pasti.
Penutup
Untuk mengetahui berapa banyakkah lagi fiqh dan ijtihad Imam Bukhari, mungkin dapat anda andaikan setelah anda mempelajari sendiri Kitab Sahihnya yg memuatkan semua bab fiqh yg terdapat didalam kitab2 fiqh yg lain. Apa istimewanya ialah fiqh beliau merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid mutlaq yg tidak kurang hebatnya daripada imam2 mazhab 4 dan para mujtahidin yg lain. Disamping itu ketokohan beliau dalam bidang2 yg lain juga telah diterokai beliau didalam kitab Sahihnya jangan sekali2 dilupakan. Seperti mana para ulama telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang2 lain yg disentuh beliau didalam kitab Sahihnya yg masyhur itu. Pembaca2 yg budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan, dan keluasan penelitian ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yg merangkumi aqidah, sirah dan sejarah, ta'bir mimpi, perubatan nabi saw, akhlak dan adab, tafsir manaqib dan lain2 selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul2 kitab Sahihnya
ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء
وآخر دعو انا أنالحمد للهرب العلمين
Muka 21
Jumaat, Julai 29, 2016
Fiqh Bukhari MMAY (Muka 20)
Muka 20
2.6.2.2 Walaupun ada persamaan diantara pendapat Bukhari dan Abu Hanifah dari segi terbatalnya wuduk dgn sebab sesaorang menyentuh zakar atau bersentuhan dengan perempuan namun mereka berdua berlainan pandangan tentang sesaorang yg ketawa terbahak2 atau keluar darah dengan banyak dari tubuhnya. Imam Abu Hanifah berpendapat wuduk sesaorang akan batal dengan sebabnya tetapi Imam Bukhari berpendapat tidak.
2.6.3 Pendek kata pendapat Imam Bukhari dalam perkara ini berbeza sama sekali dengan pendapat2 imam2 4 mazhab.Pendapat yg paling hampir dengan pendapat Bukahri dalam masalah ini ialah pendapat Daud Dzahiri.
2.6.3.1 Untuk menguatkan pendapatnya Imam Bukhari telah mengemukakan ayat Al-quran juga atsar para sahabat dan tabiin dibawah tajuk "Orang yg berpendapat tidak perlu berwuduk melainkan kerana keluar sesuatu daripada 2 saluaran keluar najis iaitu qubul dan dubur".
2.6.3.1 Dari situ para ulamak dapat mengetahui fiqh dan ijtihad Imam Bukhari dalam masalah ini.
2.6.4 Ijtihad dan fiqh Imam Bukhari dalam bab ini ada kelebihannya yg tersendiri terutamanya jika dilihat dari segi ia memberi kemudahan kepada pengidap penyakit2 tertentu seperti beser dan lain2. Ia juga memudahkan pesakit2 yg terpaksa memakai beg air kencing(urine bag) atau beg najis(stoma) dan sebagainya.
2.6.5 Perbahasan dalam bab ini juga menunjukan kepada kita tentang perkara yg membatalkan wuduk yg disepakati oleh semua ulama mazhab dan perkara2 yg tidak disepakati mereka. Yang disepakati ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yg biasa daripada 2 saluaran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal dan tidak di sepakati pula ialah yg selain dari itu.

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 19)
Muka 19
2.6.1 Para ulamak berbeza pendapat tentang perkara2 yg membatalkan wuduk disebabkan perbezaan pendapat mereka dalam penentuan MANATH bagi perkara2 yg membatalkan wuduk itu.
2.6.1.1 Imam Abu Hanifah, Sufyan As-Tsauri, Ahmad dan lain2 berpendapat. MANATH ialah keluarnya najis daripada tubuh sesaorang tidak kira samada keluarnya itu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur atau daripada lain2 bahagian tubuh. Kerana itulah mereka berpendapat terbatal wuduk dengan keluarnya darah dari hidung atau mana2 bahagian tubuh yg lain. Wuduk juga terbatal menurut mereka dengan sebab muntah dll.
2.6.1.2 Imam Syafie dan orang2 yg sehaluan denganya berpendapat MANATH nya ialah keluarnya sesuatu dari saluran itu najis biasa atau batu, darah, ulat dan sebagainya.
2.6.1.3 Imam Malik berpendapat MANATHnya ialah keluarnya sesuatu(najis dan sebagainya) yg biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal. Oleh itu disisi Imam Malik air kencing yg keluar tidak secara normal kerana beser dan sebagainya tidak membatalkan wuduk. Demikian juga batu yg keluar daripada salah satu saluran tersebut tidak membatalkan wuduk disisi Imam Malik.
2.6.2 Pendapat Imam Bukhari dalam masalah ini sama seperti pendapat Imam Malik iaitu MANATH nya ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yg biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal.
2.6.2.1 Tetapi beliau berbeza pendapat dengan Malik dalam perkara2 lain yg membatalkan wuduk seperti dalam masalah menyentuh zakar dan masalah bersentuh dgn perempuan dlm keadaan bernafsu. Justeru Malik berpendapat wuduk tidak terbatal dengan sebab menyentuh zakar atau dgn sebab bersentuhan perempuan walaupun dalam keadaan bernafsu.

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 18)
Muka 18
2.5.2.5 Satu pengajaran besar dari sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat demi peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yg mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri atau umat yg beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengagumi secara membabibuta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selsema burung yg boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga sesuatu yg mengancam jiwa sesuatu umat, wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yg dimaksudkan Rasullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing.
2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah dizaman moden ini apabila telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yg tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Dizaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang2 yg terperangkap dibawah runtuhan bangunan dan lain2.Dikawasan2 bersalji seperti diEskimo pula anjing2 digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yg boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri didalam al-quran. Dalam keadaan sesaorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughazallah, bagaimana dia akan dapat mengambil manfaat daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita akan tidak akan ketinggalan dibelakang bangsa2 lain didunia ini dalam mendapatkan ilmu dan seni istimewa ini.
2.6 Imam Bukhari telah membuat satu bab bertajuk "Orang yg berpendapat tidak perlu berwuduk melainkan kerana keluar sesuatu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur" dengan tujuan menyatakan pendapat dan ijtihadnya berhubung dengan apa yg keluar dari tubuh yg membatalkan wuduk disamping menolak pendapat orang2 lain dalam masalah ini.

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 17)
Muka 17
Bermaksud:Barangsiapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang ternakan maka pahalanya akan berkurang tiap2 hari 2 qirat. (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasai, Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaki, Darimi dll)
من اقتنى كلبا لا يغني عنه زرعا ولا ضر عا نقص من عمله كل يوم قيراط
Bermaksud : Barang siapa memelihara anjing yg tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau bintang peliharaannya maka akan berkurang daripada amalannya setiap hari satu qirat(hadis riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasai, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Darimi dll).
2.2.5.3. Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlak tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dgn tujuan menjaga tanaman atau binatang ternakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat2 seperti Abu Hurairah, Adi bin Hatim, Abu Tsalabah Al-Khasyni dll yg meriwayatkan hadis2 tentang perlunya dibasuh 7X bekas jilatan anjing atau amalan sesaorang berkurang pada tiap2 hari sebanyak satu atau dua qiraat kerana memelihara anjing.
2.5.2.4 Diantara bukti bahawa hukum membasuh bekas yg dijilat oleh anjing sebanyak 7X sudah mansukh ialah Abu Hurairah yg meriwayatkan sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak 3X sahaja bukan 7X dan begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenarnya dalil paling kuat menunjukan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah didalam al-quran untuk memakan binatang yg ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak 7x atau 3X.Rasullah saw juga tidak menyebut apa2 tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut didlm surah al-quran yg paling akhir diturunkan kepada nabi saw. Inilah pegangan Imam Bukhari, Malik dan orang2 lain yg sependapat dengan mereka berdua.

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 16)
Muka 16
2.5.2 Para ulamak seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain2 cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil2 berupa hadis2 yg menjadi pegangan golongan yg mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahami dan memakainya tidak seperti yg difahami oleh golongan itu. Antara alasan yg diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain2 dalam persoalan ini adalah seperti berikut:
2.5.2.1. Imam Bukhari dan para ulamak yg sefahaman dengannya berpendapat hadis2 yg memerintah supaya anjing2 dibunuh dan bekas yg terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak 7X dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yg suci, itu sudah mansukh semuanya atau ia tidak ada kena mengena dengan najis zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang yahudi yg pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah ahlilkitab dan menguasai ekonomi masyarakat setempat yg mana majoritinya terdiri daripada orang2 Arab yg kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang pembina dan arkitek umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yg telah terbukti berkesan.
2.5.2.2. Hadis2 yg menyebutkan bahawa amalan orang yg memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk kedalam rumah yg terdapat anjing didalamnya adalah berkenaan dengan anjing yg dipelihara semata2 kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi dizaman Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yg tidak apa2 manfaat malah sebaliknya mengganggu ketenteraman awan. Adapun anjing yg berfaedah seperti anjing pelihara untuk perburuan, menjaga binatang2 ternakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sama sekali malah ia termasuk dalam apa yg dikecualikan berdasarkan hadis2 nabi saw berikut:
يقول من اقتنيى كلبا إلا كلبا ضاريا لصيد أو كلب ماشية فانه ينقص من اجره كل يوم قيراطان

Fiqh bukhari mmay(muka 15)
Muka 15
Bermaksud : Ibnu Umar r.a berkata, "Anjing2 kencing, keluar dan masuk didalam masjid dizaman rasullah saw tetapi mereka(para sahabat) tidak merenjis pun tempat dimana terkena kencing dan tapak kaki anjing2 itu(hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dll)
*Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak membiarkannya keluar masuk begitu didalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat2 yg dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukan anjing tidak najis pada pandangan mereka.
2.5.1.4 Hadis Abu Hurairah yg diriwayatkan beliau(Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain2 juga menunjukan anjing ialah binatang suci (bersih) seperti binatang lain yg suci iaitu:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم ان رجلا راى كلبا يأكل الثرى من العطش فأخذ الجل خفه فجعل يغرف له به حتي أرواه فشكرالله له فأدخله الجنة
Bermaksud : Abu Hurairah meriwayatkan daripada nabi saw, "Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang makan tanah yg basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khaufnya lalu mencebuk air dengannya untuk untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukannya kedalam syurga. "
*Komentar:Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan sesaorang yg salah disisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khauf orang itu kerana anjing telah menjilat air kedalamya. Apa yg ada didalam hadis ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yg dahaga.
Muka 15.

Fiqh bukhari mmay(muka 14)
Muka 14
Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liur atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan penggunaan anjing untuk berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yg sah. Binatang buruan yg ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh 7X@8X dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yg suci) terlebih dahulu. Ini menunjukan anjing bukan sahaja sejenis binatang yg suci zatnya malah sejenis binatang yg sangat istimewa menurut al-quran.
2.5.1.2 Nabi saw bersabda didalam hadis yg diriwayatkan Adi Bin Hatim begini:
عن عدي بن حاتم قال سألت النبيصلى الله عليه وسلم فقال إذا أرسلت كلبك المعلم فقتل فكل وإذا اكل فلا تأكل فإنما امسكه على نفسه قلت ارسل كلبي فأجد معه كلبا آخر قال فلا تأكل فإنما سميت على كلبك ولم تسم على كلب آخر
Bermaksud:Adi bin Hatim meriwayatkan katanya, Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yg ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakannya binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada buruan itu) maka janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkap untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba2 saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca bismillah ketika melepaskan anjing mu, bukan anjing yg lain.
(hadis riwayat bukhari, muslim, ahmad, tarmizi, ibnu hibban. Baihaki dll)
2.5.1.3. Imam Bukhari dan lain2 juga mengemukakan satu hadis riwayat Ibnu Umar yg menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yg suci, iaitu:
قال كانت الكلاب تبول وتقبل وتدبر في المسجد في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم يكونوا يرشون شيئا من ذالك

Fiqh bukhari mmay(muka 13)
Muka 13
2.5 Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para ulamak berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tahap kenajisannya. Imam Syafie, Ahmad dan golongan yg sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yg terkena anjing mesti dibasuh 7X atau 8X dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang2 yg sependapat dengannya najisnya adalah najis biasa. Apa yg perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanapun sebaik2nya 3X.Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari disamping tokoh fiqh yg lain pula berpendapat anjing tidak najis samada air liur atau peluh atau tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yg suci seperti kucing dan lain2 dan apa2 yg disentuhnya tidak perlu dibasuh.
2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yg sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil drp al-quran, assunnah dan qias seperti berikut.
2.5.1.1 Allah berfirman didalam Al-quran :
يسألونك ماذا أحل لهم قل حهل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح مكلبين تعلمون هن مما علمكم الله فكلوا مما أمسكن عليكم واذ كروااسم الله ان الله سريع الحسب
Bermaksud:Mereka bertanya kepada mu (Muhamad), "Apakah (makanan) yg dihalalkan bg mereka?" Katakanlah dihalalkan bagi mu(makanan) yg baik2 dan (buruan yg ditangkap) oleh pemburu yg telah kamu latih untuk berburu, yg kamu latih menurut apa yg telah diajarkan oleh Allah kepada mu. Maka makanlah apa yg ditangkap untuk mu, sebutlah nama Allah (waktu melepasnya) Dan bertaqwqlah kepada Allah (dengan memelihara diri drp memakan apa yg diharamkan Allah) Sesungguhnya Allah sanagt cepat perhitunganNya(Al-Maidah:4)
*Komentar :Imam Bukhari dan orang2 yg sependapat denganya berhujjah bahawa jika anjing memang najis, bagaimana Allah membenarkan penggunaanya untuk berburu.
Muka 13.

Fiqh bukhari mmay(muka 12)
Muka 12
Imam Bukhari berpendapat hadis2 yg melarang orang2 berjunub, berhaid dan bernifas daripada memegang al-quran tidak ada satu pun yg sahih. Atau kalau sahih pun ia tidaklah setaraf dan setanding dengan hadis2 yg menjadi pegangannya iaitu yg menepati syarat2nya yg ketat dalam penilaian hadis
2.4.2 Dikalangan tabiin terdapat ramai tokoh2 yg berpendapat perempuan berhaid atau bernifas dan orang berjunub boleh membaca al-quran dan memegangnya sama seperti Imam Bukhari. Antara lain ialah Muhamad bin Sirin, Hakam bin Utaibah, Hammad bin Abi Sulaiman, Said bin Musayyab, Atha bin Rabah, Said bin Jubair.
2.4.3 Dari kalangan para ulama mujtahidin selepas zaman tabiin pula terdapat ramai juga yg sependapat dengan Imam Bukhari dalam perkara ini. Mereka ialah Daud Zahiri, Ibnu Al-Munzir, At-tabari, Imam Malik mengikut riwayat daripada muridnya Ibnu Al-Qasim, Ibnu Hazam dll.
2.4.4 Pendapat Imam Bukhari dan orang2 yg sependapat dengannya dalam masalah pelajar ini tampak lebih releven dan sesuai terutamanya untuk perempuan2 yg terlibat dalam menghafal al-quran, apalagi jika gurunya juga seorang perempuan.
2.4.5 Dalam keadaan sesaorang perempuan yg datang bulan atau bernifas diganggu makhluk halus juga, pendapat golongan ini kelihatan lebih berguna dan praktikal demi perlindungan dirinya dari gangguan yg amat membahayakan mereka.
2.4.6 Penerimaan mazhab Imam Bukhari dan orang2 yg sealiran dengannya pasti akan menghilangkan pandangan serong dan prejudis setengah pihak (terutama bukan islam) bahawa islam mendiskriminasikan lelaki dan wanita. Pendapat Iman Bukhari ini paling tidak mendekatkan jurang perbezaan diantara lelaki dan wanita apabila dalam soal furu' dan khilafiah seperti ini dihadapi dengan sikap terbuka dan penuh toleransi.

Langgan:
Catatan (Atom)