Khamis, Oktober 27, 2022

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(6)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(6)
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Masa puasa itu ialah bulan Ramadhan yang diturunkan padanya (permulaan)Al-Quran,²⁹⁵ sebagai hidayat kepada manusia, dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan hidayat dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Oleh itu. sesiapa di antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya)]²⁹⁶ maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia mengqadha' puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang Iain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mahukan kamu mendapat kemudahan dan tidak mahu kamu menanggung kesukaran.²⁹⁷ Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasa (sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat hidayat yang telah dikurniakanNya kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.[185]

²⁹⁵ Ayat ini menjelaskan bahawa Al-Qur'an telah diturunkan pada bulan Ramadhan, tetapi tidak disebutkan di sini waktunya. Adakah pada waktu malam atau siang? Semua sekali Al-Qur'ankah atau permulaan Al-Quran sahaja?
Namun ayat-ayat yang lain ada menyebut tentangnya. Allah berfirman:
Al-Qadr 97:1
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ 
Al-Qadr 97:2
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ 
Al-Qadr 97:3
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ 
Al-Qadr 97:4
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ 
Al-Qadr 97:5
سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ 
Bermaksud: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (Malam Qadar), (1)
Dan tahukah kamu apakah Lailatul-Qadar itu? (2) LailatulQadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (3) 
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit Fajar!(5). 

Allah juga berfirman tentangnya:
Ad-Dukhan 44:1 حمٓ 
Ad-Dukhan 44:2 وَٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ 
Ad-Dukhan 44:3 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ 
Ad-Dukhan 44:4 فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ 
Ad-Dukhan 44:5 أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ 
Ad-Dukhan 44:6 رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ 
Bermaksud: Haa, Miim. (1) 
Demi Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkati; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (3) 
Pada malam yang diberkati itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4) 
laitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi ketetapan Kami mengutuskan Rasul. (5) 
(untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). (6) 

Daripada Surah al-Qadar dan ad-Dukhaan yang dikemukakan di atas dapat diketahui bahawa malam diturunkan Al-Qur'an itu mempunyai namanya tersendiri dan ia mempunyai banyak sekali keistimewaan dan rahsia Allah.
Berhubung dengan persoalan Al-Qur'an itu diturunkan semuanya sekali gus kah pada Malam Qadar itu atau hanya bahagian permulaannya sahaja dapat anda lihat pada sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Antaranya ialah pada firman Allah di bawah ini: Al-Furqan 25:32
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَٰحِدَةًۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَۖ وَرَتَّلْنَٰهُ تَرْتِيلًا 
Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan AlQuran itu kepada Muhamad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. 

²⁹⁶ Bahagian yang [.....]   ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut: Oleh itu, sesiapa di antara kamu hadhir atau berada (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu....

²⁹⁷ Di sini Allah menyatakan sifat syari'atNya dan salah satu daripada prinsip utama agamaNya. Ugama Islam adalah ugama yang mudah. Tiada sebarang kesukaran dalam Islam. Allah mahukan umat Islam mendapat kemudahan dan Dia tidak mahu umat Islam menanggung kesukaran. Prinsip utama Islam ini dinyatakan di dalam AlQur'an dengan ibarat dan gaya bahasa yang berbeza-beza.

Antaranya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ 
Bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesukaran dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. la menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatanmu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 
-sifat agama yg dibawa oleh Nabi Ibrahim termasuk suruhan berpuasa.
- kita diberikan nama  ٱلْمُسْلِمِينَ oleh Allah.

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(5)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(5)
Al-Baqarah 2:184
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
(Iaitu berpuasa) pada sebilangan hari yang tertentu;²⁹² maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian [[wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang Iain; dan wajib di atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin]].²⁹³ Sesiapa yang dengan sukarela memberi makan melebihi kadar yang ditentukan itu, maka itulah yang Iebih baik baginya;²⁹⁴ (namun demikian) berpuasa itu Iebih baik bagimu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui. [184].


²⁹² Puasa apakah yang diwajibkan orang-orang yang beriman melaksanakannya pada sebilangan hari yang tertentu itu? Ayat 185 selepas ini menjelaskan ia adalah puasa di bulan Ramadhan.

²⁹³ Bahagian yang [[...]]  ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut:
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu): memberi makan seorang miskin.

Terjemahan ini malah Iebih bersesuaian dengan penghujung ayat, iaitu: وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: (namun demikian) berpuasa itu Iebih baik bagimu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui.

²⁹⁴ Potongan ayat ini bersesuaian dengan qaedah dan prinsip umum yang ditetapkan Allah di dalam dua Surah Al-Qur'an. Satunya di dalam Surah Fusshilat:
Fussilat 41:46
مَّنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal saleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambahambaNya. 

Dan satu lagi di dalam Surah al-Jaatsiyah:
Al-Jasiyah 45:15
مَنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۖ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal saleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu jua kamu dikembalikan. 

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(4)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(4)
Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [183].

- perkara sama cuma berbeza keadaan atau masa

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(3)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(3)
Al-Baqarah 2:182
فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Tetapi sesiapa yang bimbang²⁸⁹ terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa  (dalam wasiatnya)²⁹⁰  lalu ia mendamaikan antara mereka,²⁹¹ maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [182].

- orang yang nak mati itu berwasiat مُّوصٍ
- perkara salah جَنَفًا
²⁸⁹  dari kalangan pihak berkuasa atau orang yang berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.

²⁹⁰  Seperti ia berwasiat untuk seseorang melebihi satu pertiga daripada harta yang akan ditinggalkannya. Tujuannya ialah untuk mengurangkan hak pewaris.

²⁹¹  waris-waris dan orang-orang yang diwasiatkan untuknya, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama.

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(2)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(2)
Al-Baqarah 2:181
فَمَنۢ بَدَّلَهُۥ بَعْدَمَا سَمِعَهُۥ فَإِنَّمَآ إِثْمُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya,²⁸⁷ maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya;²⁸⁸ Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [181].

²⁸⁷ dengan menyalahi hukum pesaka yang telah ditetapkan oleh Allah.

²⁸⁸  Si mati yang telah berwasiat supaya membahagikan pesaka peninggalannya menurut hukum Allah itu langsung tidak berdosa.

Tafsir quran dengan quran 19/10/22(1)

Tafsir quran dengan quran  19/10/22(1)

Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ 
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu didatangi (gejala-gejala) mati, jika ia ada meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kerabatnya²⁸⁴ dengan cara yang baik (menurut peraturan agama)²⁸⁵ sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. [180].²⁸⁶

-jika orang miskin tak payah (tidak wajib) berwasiat.
- feel bina majhul كُتِبَ yg memerlukan naib fail ٱلْوَصِيَّةُ
- orang yg dituju عَلَيْكُمْ iaitu orang Islam.
-harta yang banyakخَيْرًا
-dalam alquran خَيْرًا banyak tempat dengan makna harta walaupun maknanya kebaikan.


²⁸⁴  yang tidak tersenarai sebagai pewaris, seperti ibu bapa dan kerabat yang bukan beragama Islam atau datuk dan nenek dalam keadaan bapa dan ibu si mati masih hidup.
-berbeza agama tidak boleh menerima pusaka...hadits
-disebabkan  hubungan silaturahim juga perlu dijaga, boleh wasiat  untuk mereka dapat bahagian.

- tetapi hanya ⅓ sahaja
- jika ayat ini إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ  tidak dianggap mansukh oleh ayat pusaka yg duk ada selepas ini.
- ada yg kata mansukh dan ada yg kata tidak mansukh.
- bg mmay ayat ini tidak mansukh.
- yg kata ibubapa tak dapat sebab telah ada bahagian dalam faraid.
- ayat quran yang detail tetang faraid hanya 2 ayat satunyaAn-Nisa' 4:11
-simati ada anak, ibubapa ⅙, 2 bahagian anak lelaki simati 1 bhg anak perempuan simati
- simati tiada anak ada ibubapa, ibu ⅓
- simati ada anak perempuan sahaja ½
- simati ada 2 perempuan ⅔
- simati ada adikberadik dan ibu, ibu⅙

-bagi yg berpendapat tidak mansukh  inilah caranya iaitu wasiat.
-ini lah ayat pusaka yang digunakan sekarang ini.
-jika ingin lari hukum pesaka tidak boleh, hukumnya haram dan berdosa besar.
-jika nak berikan harta kepada sesiapa yg diinginkan hendaklah  sebelum mati boleh.

²⁸⁵ Iaitu dengan tidak melebihi satu pertiga daripada peninggalan simati.
-ini dari hadits.
- rakaat solat tiada dalam quran tetapi ada dalam hadits.
-wasiat dan pusaka yang khilaf tiada juga dalam quran 


²⁸⁶  Maksudnya ialah orang telah mengalami gejala-gejala kematian hendaklah berwasiat kepada pewaris-pewarisnya agar membahagi  pesaka peninggalannya menurut hukum Allah sesuai dengan hukum pembahagian pesaka yang tersebut di dalam al-Quran. 

-negara kita sekarang ini masih boleh bahagi tak ikut cara Islam.
-ini dosa besar.

Antaranya ialah pada firman Allah berikut:
An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati). tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik). maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

Sebabnya dia perlu berwasiat begitu kerana Allah telah berfirman: Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah;  Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Rabu, Oktober 26, 2022

Sahih bukhari kitab melembutkan hati sesi 001t

Sahih bukhari kitab melembutkan hati sesi 001t

3409. Tak ada kehidupan yang hakiki selain kehidupan akherat
باب مَا جَاءَ فِي الرِّقَاقِ وَأَنْ لاَ عَيْشَ إِلاَّ عَيْشُ الآخِرَةِ:  
Kitab perbincangan tentang kezuhudan dan ar riqaq (dari perkataan riqah yakni perkara-perkara yang melembutkan hati) dan tiada kehidupan yang sempurna melainkan kehidupan akhirat.

3410. Perumpamaan dunia di akherat
باب مَثَلِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ: 
وَقَوْلِهِ تَعَالَى: {أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الأَمْوَالِ وَالأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ}. 57:20
Al-Hadid 57:20
ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌۢ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ ٱلْكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَٰمًاۖ وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنٌۚ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ 
Bab Perbandingan dunia dengan akhirat.
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

3411. Sabda nabi "Jadilah engkau di dunia seolah-olah penyeberang jalan."
باب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ)): 
Sabda Nabi saw : Hendaklah kamu berada di dunia ini seperti orang dagang ( bukan orang tempatan) 

3412. Panjang angan-angan
باب في الأَمَلِ وَطُولِهِ: 
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى:
{فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ}3:185، 
{ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ}. 15:3
وَقَالَ عَلِيٌّ ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ. 
{بِمُزَحْزِحِهِ} بِمُبَاعِدِهِ. 
Ini bab panjang tentang amal atau harapan atau keinginan manusia dan panjangnya amal harapan dan keinginan manusia itu.
Bab firman Allah; Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia sesungguhnya telah berjaya dia. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.
Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan berseronok-seronok dan dipermainkan  oleh harapan keinginan nanti  mereka akan mengetahui juga yakni perkara yang sebenar.
Ali berkata dunia berangkat dengan berpaling belakang ,akhirat berangkat dengan mengadap kepada kita.
Masing-masing kedua-duanya mempunyai anak-anak , hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat  jangan kamu menjadi anak-anak dunia . Hari ini adalah untuk bekerja  tidak ada sebarang perhitungan besuk ada perkiraan tidak ada lagi amalan.
{Menjauhkannya}(menghindarkannya)

Aal-e-Imran 3:185
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ 
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Al-Hijr 15:3 ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا۟ وَيَتَمَتَّعُوا۟ وَيُلْهِهِمُ ٱلْأَمَلُۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ 
Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka, kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya).

3413. Siapa yang telah mencapai usia enam puluh tahun, Allah telah memberinya umur panjang 
باب مَنْ بَلَغَ سِتِّينَ سَنَةً فَقَدْ أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ: 
لِقَوْلِهِ: {أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ}35:37. 
Bab orang yang telah sampai keperingkat umur 60 tahun yakni orang yang umurnya menjangkau umur 60 tahun sesungguhnya tidak ada  lagi alasan Allah  berikan kepadanya berhubung dengan umur. Kerana firmannya : “Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dimana sesaorang yang mahu mendapat peringatan akan mendapat peringatan  dan telah pun datang kepada mu pengancam.

Fatir 35:37
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَآ أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَٰلِحًا غَيْرَ ٱلَّذِى كُنَّا نَعْمَلُۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُۖ فَذُوقُوا۟ فَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِن نَّصِيرٍ 
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu.” (Dikatakan kepada mereka), “Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berpikir bagi orang yang mau berpikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zhalim tidak ada seorang penolong pun.”

3414. Amalan yang diniati mencari wajah Allah ta'ala
باب الْعَمَلِ الَّذِي يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ: فِيهِ سَعْدٌ. 
Ini bab amalan semata-mata dilakukan kerana Allah.
Berhubung dengan perkara ini ada riwayat daripada Saad

Selasa, Oktober 25, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(6)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(6)
Siapakah Muhammad bin Rukanah?
Beliau adalah watak utama yang meriwayatkan kisah ini. Justeru,amat penting untuk kita mengenali siapakah watak ini sehingga mudah untuk kita menentukan kualiti dan kedudukan hadith serta kisah yang terkenal ini. Inilah metod yang terpenting digunakan oleh alim ulama khususnya dalam bidang hadith untuk menentukan darjat sesuatu hadith.

☆1.Abu Hatim Muhammad bin Hibban bin Ahmadal-Taminmi al-Busti (270-354 H) dalam al-Thiqat:
"(Rukanah) bin Abd Yazid bin Hashim bin Abd al-Muttalib bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah, dikatakan
beliau pernah bergusti dengan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun begitu, pada sanad penyataan ini ada masalah.⁷

☆2.Imam Yahya bin Sharf bin Murri al-Nawawi (676 H) dalam Tahdhib al-Asma' wa al-Lughat:
"Dan hadith pergaduhan dengan Nabi Muhammad s.a.w. disebut dalam Sunan Abu Daud dan al-Tirmidhi dalam kitab al-Libas tetapi ia mursal. Al-Tirmidhi mengatakan sanadnya tidak kuat dan dalam periwayatannya ada perawi yang tidak dikenali."
Imam al-Nawawi kemudian mendakwa riwayat yang
menunjukkan kisah perkelahian beliau dengan Nabi s.a.W. adalah dhaif. Berikut ialah pernyataan beliau:
"Dan hadith tentang pergaduhan adalah dhaif.⁸

☆3.Imam Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (748 H)dalam Mizan al-l tidal:
"Tidak sahih hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin
Rukanah daripada bapanya. Abu al-Hasan berseorangan dalam meriwayatkannya dan beliau adalah seorang yang tidak dikenali."⁹
Al-Dhahabi menambah:
Abu Ja'far bin Muhammad bin Rukanah al-Muttalibi,
daripada bapanya: Sesungguhnya Rukanah telah berkelahi dengan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau (Muhammad bin Rukanah) tidak dikenali. Abu al-Hasan al- Asqalani berseorangan dalam meriwayatkan hadith daripadanya. Siapakah Abu al-Hasan?"¹⁰

4.Al-Hafiz 'Ali bin Muhammad bin Hajr al-'Asqalani(852 H) dalam Taqrib al-Tahdhib:
"Muhammad bin Rukanah bin Abd Yazid al-Muttalibi, tidak
dikenali, daripada kurun ketiga, adalah silap dakwaan mengatakan beliau tergolong daripada kalangan sahabat.¹¹

5.Al-Hafiz lbn Hajr al-'Asqalani menghuraikan perkara ini agak panjang dalam al-Talkhis al-Habir¹²
"Hadith tentang (pergaduhan antara Rasulullah s.a.w. denga Rukanah). la diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmidhdaripada hadith Abu al-Hasan al- Asqalani, daripada Abu Ja'far bin Muhammad bin Rukanah. (Sesungguhnya Rukanah bergaduh dengan Nabi Muhammad s.a.w. Rukanah berkata , Aku mendengar Nabi s.a.w. berkata: Beza antara kita dengan Ahli Kitab ialah serban di atas kopiah. Al-Tirmidhi memberikan komentar: Gharib, sanadnya tidak kuat."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Mursalnya daripada
Sa'id bin Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. berada di satu tempat. Beliau telah didatangi oleh Yazid bin Rukanah atau Rukanah bin Yazid, bersamanya sekumpulan kambing. la berkata kepada Baginda s.a.W.: Wahai Muhammad, apakah kamu mahu bertarung dengan saya?' Nabi s.a.w. menjawab: 'Apakah pertaruhannya? Ia berkata: Kambing peliharaanku. Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w.
berjaya mengalahkannya. Lalu Baginda s.a.w. berjaya mendapat sebahagian kambingnya. Rukanah bertanya: Adakah kamu ingin bertarung lagi? Lalu mereka berkelahi buat kali kedua dan Baginda s.a.w. sekali lagi berjaya mengalahkannya. Lalu Rukanah berkata: Wahai Muhammad, tiada siapa mampu menjatuhkan saya ke atas tanah melainkan kamu. la pun memeluk Islam dan
Baginda s.a.w. memulangkan semula kambing-kambingnya.
Isnadnya sahih sehingga ke Sai'd bin Jubayr, namun Sai' d tidak bertemu dengan Rukanah. Al-Baihaqi berkata: Diriwayatkan secara mawsul. Saya (Ibn Hajr) berkata: Ia ada dalam hadith Abu Bakar al-Shafi' i, dan dalam Kitab al-Sabq wa al-Ramy oleh Abu Shaykh daripada riwayat Abdullah bin Yazid al-Madani, daripada Hammad, daripada Amr bin Dinar, daripada Sa' id bin Jubayr, daripada Ibn Abbas r. anhuma secara panjang, dan diriwayatkan oleh Abu Nu'aym dalam Ma rifah al-Sahabah daripada hadith Abu Umamah secara panjang. Kedua-dua sanadnya adalah dhaif."

Namun, A-Hafiz Abd al-Ghani bin Sa' id berkata: "Kisah
pergaduhan antara Nabi s.a.w. dengan Abu Jahal tidak berasaskan sumber yang kuat. Hadith tentang pergaduhan antara Baginda s.a.w. dengan Rukanah lebih kuat."¹³

Penulis berpendapat bahawa sekalipun lebih kuat, namun
tidak bermakna ia sahih.

6.Al-Hafiz lbn Hajr al- Asqalani dalam Tahdhib al-Tahdhib:
"Ibn Hibban berkata: Dikatakan bahawa Rukanah berkelahi
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam sanadnya ada masalah.Demikianlah disebutkan oleh Ibn al-Sakan."¹⁴

☆7.Muhammad bin Ali bin Umar al-Shawkani (1255 H) dalam Nayl al-Awtaar
"Hadith Muhammad bin Ali bin Rukanah, pada sanadnya
terdapat Abu al-Hasan al- Asqalani, beliau tidak dikenali."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Mursalnya daripada
Sa id bin Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. di satu tempat.
Beliau telah didatangi oleh Yazid bin Rukanah atau Rukana
bin Yazid, bersamanya sekumpulan kambing." Lalu dia berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai Muhammad, adakah engkau mahu bertarung denganku? Nabi s.a.w. menjawab: "Apakah pertaruhannya? Ia berkata: "Kambing peliharaanku." Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya, Lalu Baginda s.a.w. berjaya mendapat sebahagian kambingnya Rukanah bertanya: "Adakah engkau ingin bertarung lagi? Lalu mereka berkelahi buat kali kedua dan Baginda s.a.w. sekali lagi berjaya mengalahkannya. Lalu Rukanah berkata: "Wahai Muhammad, tiada siapa mampu menjatuhkan aku ke atas tanah melainkan engkau." la pun memeluk Islam dan Baginda s.a.w. memulangkan semula kambing-kambingnya.
Al-Hafiz berkata: "Sanadnya sahih sehingga Sa id bin Jabir,
tetapi Sa id tidak pernah berjumpa dengan Rukanah." Al-Baihaqiberkata: "la diriwayatkan secara mursal."

☆8. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Nu aym di dalam Ma rifah al-Sahabah daripada hadith Abu Umamah secara panjang namun sanadnya dhaif."

Diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq daripada Ma'mar daripada
Yazid bin Abi Ziyad, dan aku mengiranya daripada Abdullah
bin al-Harith, katanya: Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkelahi dengan Abu Rukanah semasa ia jahiliyah. la sangat kuat. Ia berkata:"(Taruhannya) kambing dengan kambing." Mereka pun berkelahi dan Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya. Ia berkata: "Kita berlawan sekali lagi." Sekali lagi Nabi s.a.w. berjaya mengalahkannya. Ia mengatakan sekali lagi: "Kita berlawan lagi sekali." Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya buat kali ketiga. Abu Rukanah menambah: "Apa yang aku ingin katakan kepada isteriku? Kambing dimakan serigala? Atau kambing telah hilang melarikan diri? Apakah alasan yang dapat aku berikan? Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan: "Kita berjumpa bukan untuk berkelahi, ambillah semula kambing-kambingmu.

Demikianlah yang diriwayatkan. Di dalam sanad hadith
ini terdapat Abu Rukanah, yang sahihnya adalah Rukanah.
Dalam hadith Abu Hurairah r.a, terdapat perawi yang bernama Muhammad bin Amr bin Alqamah al-Laythi, yang pernah diterima oleh Imam Muslim, diiktiraf thiqah oleh Ibn Ma'indan Muhammad bin Yahya al-Dhuhali dan juga al-Sa'i. Ibn  'Adi berkata: "Aku mengharapkan agar beliau tidak bermasalah." Yahya bin Ma' in berkata lagi: "Orang sentiasa berhati-hati dengan hadithnya." Al-Sa' di berkata: "la tidak kuat" dan dikritik oleh Imam Malik. Ibn al-Madini berkata: "Aku bertanyakan Yahya al-Qattan tentang Muhammad bin Amr bin Alqamah. Beliau bertanya semula: Engkau mahukan pandangan yang sederhana atau tegas? Aku menjawab: Tegas. Beliau mengatakan: Beliau bukanlah orang yang engkau perlukan." ¹⁵

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(5)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(5)
Pendapat Ulama Mengenai Status Hadith Kisah Ini
1. Imam al-Tirmidhi selepas membawakan hadith tersebut didalam kitab Jami'nya, beliau akhirnya memberikan komentar:
Abu Isa berkata: "Hadith ini gharib dan sanadnya
tidak kuat. Kami tidak mengenali siapakah Abu al-Hasan
al-'Asqalani dan kami tidak mengenali siapakah anak Rukanah.

2. Al-Mubarakfuri (1353 H) dalam mensyarahkan hadith
ini dalam kitab Tuhfah al-Abwadhi (kitab syarah Jami' al-
Tirmidhi) mengatakan:
Daripada Abu al-Hasan al-Asqalani), al-Hafiz menyatakan di dalam Tagrib al-Tahdhib, beliau seorang yang tidak dikenali. Manakala pernyataan (daripada Abu Ja' far bin Muhammad bin Rukanah), al-Hafiz menyatakan di dalam al-Taqrib, beliau juga merupakan seorang yang tidak dikenali."

"Pernyataan Imam al-Tirmidhi (Ini adalah Hadith Gharib), ia ada direkodkan oleh Imam Abu Daud (Namun sanadnya tidak kukuh) kerana di dalam sanad tersebut terdapat tiga orang yang tidak dikenali sebagaimana yang diketahui.

3. Al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-
Azim Abadi (1273-1329 H) ketika mensyarahkan hadith
ini dalam Awn al-Ma bud (Syarah Sunan Abu Daud)
mengkritik kualiti hadith ini dengan mengatakan:
At-Tirmidhi ada merekodkan hadith ini dan beliau mengatakan hadith tersebut gharib dan sanadnya tidak kuat dan beliau turut mengatakan bahawa kami tidak mengenali Abu al-Hasan al-Asqalani dan Ibn Rukanah."

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(4)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(4)
Rumusan Sumber
☆Pandangan Ibn Kathir sedikit terkeliru. Beliau menyatakan nama orang yang bertarung dengan Nabi s.a.w. ialah Yazid bin Rukanah sedangkan menurut kebanyakan ulama, nama sebenarnya ialah Rukanah bin Yazid.²

☆Sikap Rasulullah s.a.w. menerima pertaruhan daripada
Rukanah menimbulkan keraguan dalam kalangan ulama,
Mustahil Baginda S.a.w. sanggup berbuat demikian
meskipun tujuannya ialah dakwah. Ini kerana Rasulullah
s.a.w. tidak akan melakukan sesuatu perkara yang haram
meskipun bertujuan baik. Sebagai contoh, Baginda s.a.w. beberapa kali mendapat tawaran yang boleh mendatangkan
kebaikan, tetapi oleh kerana dalam bentuk yang tidak baik
atau haram, Baginda s.a.w. menolaknya tanpa sebarang
pertimbangan.

☆Terdapat beberapa perbezaan riwayat jika diperhatikan
kepada beberapa sumber yang ada. Ada riwayat yang
menunjukkan Rukanah memeluk Islam selepas itu
sedangkan ada maklumat mengatakan Rukanah tidak
memeluk Islam. Apabila diperhatikan kepada riwayat lain,
ternyata ada seorang yang bernama Rukanah memeluk
Islam selepas pembukaan kota Mekah. Al-Hafiz Ibn
Hajr al-Asqalani menjelaskan memang wujud kejadian
tersebut, namun Rukanah tidak terus memeluk Islam
sebaliknya memeluk Islam semasa pembukaan Kota Mekah. Pada awalnya, beliau sendiri mengkritik kisah
perkelahian tersebut."³  Tulisan al-Hafiz ini akan dinyatakan
dalam bahagian berikutnya.