Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 11)..

Usul 8,Memahami alquran berdasarkan tertib turun ayat

Surah yg turun sebelum shabat berhijrah ke habsyah.
Selepas peringkat kedua ,bermula lah zaman penentangankaum quraisy terhadap nabi saw ia semakin memuncak sehingga akhirnya mendorong sesetengah sahabatmemilih untuk berhijrah ke habsyah.
7surah berikut diturunkan sebelum mereka berhijrah kesana.

24.al-ankabut(29)
Didalamnya ada isyarat kepada hijrah ke habasyah.
Hijrah ke habasyah 2kali

Ayat 56
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ

Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Ayat 1-8

25.ar-rum(30)
Didlmnya terdpt berita gembira bahawa orang2 islam akan mendapat kejayaan setelah diuji

26.lukman(31)
Larangan mengikut kedua ibubapa dalam aqidah syirik

27.azzumar(39)
Didlmnya ada isyarat berhijrah ke habasyah

28.ak-kahfi(18)
Adap2 penyampaian agama kepada penganut agama kristian di habasyah

29.maryam(19)
Penyampaian aqidah tauhid kepada penganut2 agama kristian dan penolakan terhadap ajaran 3tuhan yg dibw mereka

30.thahaa(20)
Seruan tauhid kepada penganut2 agama kristian
Hijrah pertama dan kedua ke habasyah.
Hijrah pertama ke habasyah telah berlaku pada 5rejab tahun kenabian (selepas nabi saw dilantik sebagai nabi dan rasul)bersamaandgn 614masehi.
Pada kali ini seramai 12 orang laki2 muslim dan 4 orang muslimah  telah berhijrahke habasyah dibwh pimpinan s.utsman r.a.
Dlm hijrah kedua pula seramai 82 orang laki2 muslimdan 18orang muslimah telah berhijrah kesana.

Surah2 yg diturunkan selepas para sahabat berhijrah ke habasyah.
Selepas sekumpulan para shabat berhijrah ke habasyah,sejumlah 12surah diturunkan kepada rasullah saw diperingkat ini baginda saw dituduh dgn pelbagai tuduhan .bukan sekadar itu shj malah ajaran yg dibawa baginda juga didustakan
Dibawah ini menunjukan senarai 12surah berkenaan.

31.as-sajadah(32)
Rasullah saw dituduh sebagai pereka alquran dan penimbul fitnah

32.alwaqiah(56)
Diturunkan dizaman (peringkat)nabi didustakan

33.qaaf(50)
Mengandungi perintah allah kepada rasullah saw agar terus memberi peringatan walupun didustakan.

34.azzariyat(51)
Rasullah saw dituduh sebagai gila dan tukang sihir.

35.at-thuur(52)
Rasullah saw dituduh dgn pelbagai tuduhan seperti penyair ,gila,tukang tenung dan mereka2 sendiri alquran.

36.al-mulk(67)
Nabi dituduh sesat

37.al-qalam(68)
Baginda dituduh gila dan dirasuk

38.al-haaqqah(69)
Rasullah saw dituduh penyair gila dan telah mengada2kan alquran.

39.al-maarij(70)
Ancaman kebinasaan terhadap pimpinan quraisy yg begitu materialistik dan mata duitan.

40.nuuh(71)
Etika dakwah dan ancaman kebinasaan kepada orang2  yg ingkar seperti telah berlaku kepada kaum nabi nuuh as yg terdahulu.

41.assyaam(91)
Ia turun ketika diperingkat nabi saw didustakan .
Akibat pendustaan bangsa mana pun mungkin dimusnahkan seperti kaum tsamud

42.al-lail(92)
Diturunkan dizaman pendustaan  orang2 kafir terhadap nabi saw.

43.annajm((53)-ayat2 akhir surah.
Ayat2 terakhir didlm surah ini juga turun pada tahun ke12 kenabian sempena berlakunya peristiwa israa dan mikraj

Tiada ulasan:

Catat Ulasan