0601416
Sambungan usul ke8
Memahami alquran berdasarkan tertib turun ayat.
Surah yg diturunkan antara tahun ke6 dan ke 10 kenabian.
Diperingkat ke3 kehidupan rasullah saw dimekah.
(Ada 4peringkat kehidupan rasullah saw dimekah)
Sejumlah kira-kira 22 surah diturunkan kepada baginda.
Mula-mula turun 9surah pasca kemarau yg berlaku dimekah.
Dipermulaan peringkat ketiga saidina hamzah telah memeluk agama islam.
Tiga hari kemudian umar alkhattab pula memeluk islam.
Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke6 kenabian bersamaan 615masehi .
Pada th ke 7 kenabian bersamaan 616masehi ,telah berlaku kemarau yg dasyat di mekah,9surah yg diturunkan pasca kemarau yg berlaku pada tahun ke 7kenabian seperti berikut:
1.al anbiya /ambiya(surah 21)ن،bacaan نsepertiم
Rasullah dituduh sbg penyair dan seorg yg dirasuk .
ayat 5
بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ
(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
Ada unsur2 ini ,ini adalah peringkat tuduhan
2.al-mukminun(surah 23)
Dituduh gila.
Ayat 70
أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ ۚ بَلْ جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ
Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
-manusia dah punah,bila dtg balik ajaran dituduh dgn macam2 tuduhan
-jika ini gila,maka semuanya manusia gila.
-dlm dunia sentiasa ada perjuang kebenaran ditohmah.
-jadi jangan cepat menuduh.
Jika tidak dibuat tuduhan akan nampak kejahatan dia ,dia takut yg tu.itu biasa.
3.alfurqan(surah 25)
Dituduh seorang yg terkena sihir dan seorang yg mengada2kan dgn mereka alquran.
Ayat4,
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ ۖ فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain". Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.
Ayat 5,
وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".
Ayat 8
أَوْ يُلْقَىٰ إِلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا ۚ وَقَالَ الظَّالِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا
"Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya". Dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman): "Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman".
-macam2 tuduhan.pada hal semua tahu tidak begitu.
-ini cara untuk buat sekatan.
-nak ukur kebenaran dgn kebendaan.
-kebun adalah ukuran kekayaan.
-kata kuncinyg menentukan peringkat
4.an syu'ara(surah 26)
Rasullah saw diragui dan dituduh gila.
Ayat 27
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ
Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
-sedang manusia biasanya bila disekat semakin ramasi yg ingin tahu
5.an naml(surah 27)
Diragui dan dituduh tukang sihir
Ayat 66,68
6.al qasas(surah 28)
Nabi saw tidak berkuasa memberi hidayat kepada abu talib
7.ad dukhan (surah 44)
Baginda dituduh gila dan diajar oleh orang lain.
Ayat 14
ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
-orang yg tak eluk kearah yg tak eluk
8.al jaatsiyah (surah 45)
Ancaman kepada pemimpin2 materilis dan atheis
-pemimpin terlalu kebendaan
Ayat 23
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Ayat 24
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُمْ بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ=kehidapan hany diduia
9.al-qamar(surah 54)
Turun dizaman pendustaan orang kafir terhadap nabi saw
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Ayat 2
وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
Ayat 3
وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ ۚ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
Diperingkat ini nabi dipulau oleh kaum quraisy selama 3tahun.
Dalam masa tiga tahun nabi saw dan keluarga serta pengikut2nya dibenarkan bebas hanya dikawasan syi'bi hasyim atau syi'bi abitalib shj.
Peristiwa ini bermula pada tahun ke 7 kenabian bersamaan 616 m.
Surah2 ybg dturunkan ketika penindasan dan kekejaman penguasa2 kafir quraisy terhadap para shabat berada dikemuncaknya.
Berlaku pemulauan
Istihar jgn ada perhub dgn nabi saw
Rebus kulit unta,minum air untuk rasa daging.
Peringkat ke3 yg akhir
Diperingkat ini turun kepada rasullah saw kira2 11surah.nabi saw pada ketika itu bukan sj dituduh malah ketegangan kadang2 sampai kepada pakatan
jahat mereka untuk membunuh baginda saw.
Dipenghujung peringkat inilah turun kepada baginda saw dua surah daripada surah hawaaamin.
Dibawah ini dikemukakan 11surah yg diturunkan pada peringkat ini
1.surah Saba(34)
Rasullah saw dituduh tukang sihir,gila, dan pereka alquran.
Ayat 7-8
2.surah fatir(35)
Pakatan jahat terhadap rasullah saw.dan tindakan mendustakan
Ayat 10
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَٰئِكَ هُوَ يَبُورُ
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
َمَكْرُperancangan
Tuduhan dan komplot.
3.surah yassin(36)
Pakatan jahat terhadap rasullah.sifat jalal allah
Ayat 69
4.as shaffat(37)
Rasullah saw dituduh sebagai tukang sihir dan gila.penyair
Ayat 13-15,&36
5.surah shaad(38)
Rasullah saw dituduh tukang sihir dan pendusta besar.
Ayat 4-
وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ ۖ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta besar.
Ayat 5
أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ
" Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
6.surah al-buruj(85)
Ancaman kebinasaan kepada kaum kafir quraisy kerana penindasan dan kekejaman mereka yg melampaui batas keatas umat islam.
Ayat 1-22
Surah lengkap menceritakan kezaliman yg berulang2
Tapi jika bertaubat ,allah masih terima.
7.surah at tariq(86)
Turun dizaman berlakunya konspirasi ,komplot dan pakatan jahat membunuh nabi saw.
Ayat 13
إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)
peringkat 3&4
(Hujung peringkat ke3
In ni sakim,itu tauriyah
Ini adik beradik ,ibrahim tak kata bini .makna yg jauh.
Sakit ,makna yg jauh mungkin sakit hati,semua)
8.surah al-fajr(89)
Firman allah yg bermaksud "sesungguhnya tuhan mu benar2 mengawasi" ,merupakan ancaman kebinasaan drp allah kepada penguasa2 yg zalim.
9.surah albalad(90)
tuhan bersumpah dgn negeri mekah
Kezaliman terhadap baginda dianggap halal.
Sedang darah binatang pun haram ditumpahkan
Ayat 2,
وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَٰذَا الْبَلَدِ
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
-turun semasa nabi diancam untuk dibunuh
10.surah hammin almu'min(40)
Ancaman kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada firaun.
Orang dulu binasa sebab buat kerja2 begini (kafir quraisy)
Kesalahan yg dilakukan cukup berat,boleh hancur
Ayat 14-18
11.surah haamin (41)
Ancaman kebinasaan seperti kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada kaum aad dan tsamud
Ayat 14-18
Peringkat kehidupan rasullah saw ini berakhir dgn baginda dan para pengikut dibebaskan drp kepungan disyi'bi bani hasyim .diperingkat ini lah juga abu talib dan khadijah meninggal dunia.kemudiannya rasullah saw berkahwin dgn saudah dan pergi pula ke thaif untuk berdakwah.
Perincian adalah seperti berikut.
a).abu talib meninggal dunia pada bulan rejab tahun 10 kenabian bersamaan 619masehi
b).2bulan selepas itu saidatina khadijah pula meninggal dunia iaitu bulan ramadan tahun ke 10 kenabian.
c).nabi saw berkahwin dgn saudah pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian bersamaan 619masehi
d).pergi berdakwah ke thaaif pada tahun ke10 kenabian bersamaan jun 619masehi.pada ketika itulah dipercayai turun surah
1. surah al ahkaf(46)
Al quran diperdengarkan kepada kumpulan jin
Demo tu nak tahu ajaran islam
Ramai yg masuk islam
dan
2.al jin(72)
Selepas mendengar al quran kumpulan jin itu memeluk agama islam dan menjadi pendakwah.
Hujung peringkat ke3 kehidupan rasullah saw di mekah
Surah makkiyah,turun sebelum nabi berhijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan